Hari ini seawal 2 jam saya sudah sedia berada ditengah-tengah dataran Masjidil Haram. Waktu itu setelah selesainya tahajjud saya terfikir untuk tawaf sunat.Maka saya tinggalkan beg,barang-barang dibawah jagaan kawan yang juga berada di kawasan tersebut. Hanya tasbih yang dibawa sebagai peneman. Jika sebelum ini saya sering berkepit dengan buku doa namun untuk kali ini saya lebih suka menggunakan saat tawaf untuk membaca Al-Quran.
Oleh kerana waktu puncak,orangnya pula Begitu ramai.Umrah kali ini saya dapati keadaannya seperti musim haji.Maka apabila tawaf yang bersifat ibadat fikliyyah (perbuatan) maka lebih baik dijaga tatacara ibadat tersebut.
Apa yang ingin dikongsi cerita adalah tentang doa.Apabila selesai tawaf, saya kembali ke tempat kawan berada,ternyata semua mereka tiada. Apapun saya terfikir bagaimana mencari mereka dalam lautan manusia,sementelah tiada tempat khusus yang saya ketahui biasa mereka duduk.
Lalu masa menunggu subuh saya panjatkan doa agar dipertemukan dengan mereka. Saya memujuk hati bahawa setiap sesuatu itu dari Allah. Membayangkan semua duit ringgitn telefon,kasut dll berada dlm beg tersebut saya cuba untuk husnuzhan.
Saya yakin akan bertemu mereka. Setelah selesai subuh, orang ramai sudah beransur pulang,lalu saya menganjak ke dataran. Namun terdetik niat dihati,jika kawan tersebuit tidak ditemukan maka saya pasrah.Apa yang penting saya ingin menghayati masa selepas subuh dgn melihat kaabah.
Waktu berjalan hampir ke arah tangga,Masya Allah saya terserempak dengan rakan yang diamanahkan menjaga beg tersebut. Berpelukan kami kerana gembira dan tidak menyangka Allah mempertemukan kami dalam lautan manusia yang jika difikir mustahil untuk bertemu.
Sedang kami bertiga berkongsi kegembiraan,kawan seorang lagi hilang dicelah lautan manusia. Sampai sudah tidak bertemu.Bila sampai di hotel kami dimaklumkan sahabat tersebut dia pulang berkaki ayam. Padahal saya yang sepatutnya orang pertama pulang berkaki ayam jika tidak ketemu rakan tersebut. Itulah keadaan di Tanah Suci. Allah memakbulkan banyak perkara dan ada setengahnya perkara yang baik@tidak baik ibarat diberi secara CASH.
Wallahuaalam
No comments:
Post a Comment