Sesungguhnya peringatan itu memberi manfaat kepada mukmin

"Sesungguhnya Allah telah membeli daripada orang-orang yang beriman (mukmin), jiwa dan harta benda mereka dengan memberikan syurga kepada mereka, disebabkan mereka berjuang di jalan Allah, …. Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan dan itulah kemenangan yang seagung-agungnya". (At-Taubah: 111)

Perjalanan kehidupan seseorang menuntut kepada suatu perjuangan yang terkandung didalamnya nilai pengorbanan. Seseorang pejuang sudah pasti mengimpikan suatu kejayaan yang memerlukan pengorbanan. Seiring dengan pengorbanan itu sudah pasti perlukan ketabahan, keyakinan, semangat dan matlamat kejayaan yang jelas dan jitu demi memastikan kejayaan yang dimiliki akan membuahkan kebahagiaan kepada si pejuang. Sesungguhnya kehidupan adalah memberi bukan sekadar menerima...ia juga untuk dimanfaatkan sebagai bekalan kehidupan abadi.

“Ya Allah, ampunilah kesalahanku, kebodohanku, sikapku yang melampaui batas dalam urusanku, dan semua dosaku yang Engkau lebih mengetahui mengenainya daripada diriku sendiri. Ya Allah, ampunilah kesungguhanku, kelalaianku, kesalahanku dan kesengajaanku yang semua itu ada pada diriku.” (Hadis riwayat Imam Al-Bukhari dan Muslim)

Wednesday, May 2, 2012

Memberi Ruang Dan Peluang

Hari pertama tiba di Masjidil Haram menyaksikan banyak perubahan berlaku.Sejak sepuluh tahun lalu beginilah keadaannya.Masjid agung dikenali Baitillah ini semakin membesar dan terpaksa dibesarkan untuk memberi ruang dan peluang kepada jemaah yang bertambah.

Seperti biasa sewaktu tiba waktu solat maka tempat duduk pastinya menjadi rebutan terutama tempat yang selesa dan dapat melihat Kaabah.Bagi yang ingin duduk di tempat terpilih dan selesa maka rata-rata akan datang sejam atau dua jam lebih awal. Namun ada juga yang datang lambat menyelit-nyelit dicelah keramaian. Maka akan berlaku rebut merebut tempat. Ada yang baik menginjak memberi ruang untuk rakan seMuslim. Ada juga yang tidak mahu memberi peluang kerana merasa tidak adil bagi yang datang lambat.

Sebenarnya itulah sisi kehidupan realiti sebenar.Dalam hidup kita perlu mengejar peluang dan memburu kesempatan. Moga dengan memberi ruang Allah melapangkan ganjaran lain buat kitam
Wallahuaalam
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

No comments:

Post a Comment