Hari ini adalah hari terakhir persekolahan, manakala di negeri Pantai Timur pelajar dan guru sudah mula bercuti hari ini. Seronok apabila tibanya cuti sekolah kerana ramai ibu bapa mengambil kesempatan ini untuk pulang ke kampung, berjalan-jalan membawa keluarga makan angin serta menghadiri kenduri kendara yang pastinya diambil sempena cuti sekolah.
Anak-anak sendiri pasti sibuk bertanya cuti kali ini akan kemana. Contoh anak saya Ieman sudah bertanya awal-awal lagi sama ada cuti sekolah kami pulang ke kampung atau tidak. Walhal dia baru saja pulang dari umrah dan makan angin di Turki. Namun pertanyaan itu muncul kerana ia sudah menjadi budaya apabila cuti sekolah pasti ada destinasi yang dekat atau jauh atau juga sekadar balik kampung juga sudah memadai bagi anak-anak.
Meriahnya cuti persekolah kerana ada ramai ahli keluarga akan berkumpul dan mengambil peluang balik ke kampung. Ada juga yang mengadakan family day untuk syarikat atau juga ahli keluarga. Apapun program cuti yang dirancang ia sudah pasti bermatlamat mendekatkan hubungan antara ahli keluarga serta menikmati cuti bersama. Namun dalam keadaan semua orang sibuk untuk bercuti, ada juga yang tidak bernasib baik kerana tidak dapat bercuti keran ibu bapa tiada cuti. Ada juga ibu bapa sibuk memanjang dari awal tahun hingga hujung tahun, alasan mereka bukan hanya tiada cuti tetapi ada urusan perniagaan yang langsung tidak dapat ditinggalkan walaupun satu hari. Keuntungan atau urusan kerja lebih penting dari segala-gala.
Dala hal ini sering saya katakan, jika kita sibuk, carilah ruang masa atau keadaan yang kita kurang sibuk, Peruntukkan masa untuk bersama anak-anak biarpun tidak lama. Saya percaya semua ibu bapa yang bekerja sibuk, namun ia terpulang kepada bagaimana kita mengedalikan masa tersebut. Jika kita mementingkan hubungan keluarga, masa untuk dinikmati bersama kelaurga, bercuti untuk menjenguk ibu bapa di kampung atau memberi ruang kepada diri unutk istirehat setelah penat bekerja, maka ia masa itu perlu dicuri. Masa itu perlu direbut dan masa itu perlu dicari. Lakukan sedikit penrgorbanan, jika kita ada masalah kewangan, maka rancanglah dari awal untuk menabung atau menyimpan sedikit duit agar boleh diguankan unutk menikmati percutian.
Hendak seribu daya, tidak hendak satu alasan sudah cukup menggagalkan perancangan dan impian.
Wallahuaalam
No comments:
Post a Comment