Sesungguhnya peringatan itu memberi manfaat kepada mukmin

"Sesungguhnya Allah telah membeli daripada orang-orang yang beriman (mukmin), jiwa dan harta benda mereka dengan memberikan syurga kepada mereka, disebabkan mereka berjuang di jalan Allah, …. Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan dan itulah kemenangan yang seagung-agungnya". (At-Taubah: 111)

Perjalanan kehidupan seseorang menuntut kepada suatu perjuangan yang terkandung didalamnya nilai pengorbanan. Seseorang pejuang sudah pasti mengimpikan suatu kejayaan yang memerlukan pengorbanan. Seiring dengan pengorbanan itu sudah pasti perlukan ketabahan, keyakinan, semangat dan matlamat kejayaan yang jelas dan jitu demi memastikan kejayaan yang dimiliki akan membuahkan kebahagiaan kepada si pejuang. Sesungguhnya kehidupan adalah memberi bukan sekadar menerima...ia juga untuk dimanfaatkan sebagai bekalan kehidupan abadi.

“Ya Allah, ampunilah kesalahanku, kebodohanku, sikapku yang melampaui batas dalam urusanku, dan semua dosaku yang Engkau lebih mengetahui mengenainya daripada diriku sendiri. Ya Allah, ampunilah kesungguhanku, kelalaianku, kesalahanku dan kesengajaanku yang semua itu ada pada diriku.” (Hadis riwayat Imam Al-Bukhari dan Muslim)

Sunday, May 20, 2012

Antara Masa dan Kehidupan



Pejam celik-pejam celik esok dah masuk bulan Rejab, dua bulan lagi jika diizinkan Allah, maka akan datang bulan Ramadhan. Alangkah cepat masa berlalu, namun bila difikirkan adakah sepantas itu juga amalan kita bertambah dari sehari-ke sehari. MashaAllah rasa kerdilnya diri, kerana amat merasa banyak lagi amalan yang belum dipenuhi, jika ada yang sudah diperbuat terasa belum sempurna. Itulah yang dikatakan Masa dan kehidupan.

Manusia sering sibuk dengan urusan dunia, sibuk mencari material, sobuk menyempurnakan fizikal pada diri, sibuk memikirkan tetang keadaan diri dunia. Kenyataannya kita seringkali lalai memikirkan keadaan kita diakhirat nanti, hingga menyebabkan kita leka. Kita mengejar dunia tidak berhenti, tidak pernah merasa cukup dengan apa yang ada. Dengan itu kita juga sering memberikan alasan, sering menangguhkan kebaikan yang akan dilakukan kerana merasa diri masih punya kesempatan. Walhal usia, masa dan segalanya adalah milik Allah.

Setiap kali diberi sesuatu kita perlu bersyukur, namun pernahkan kita tanya diri kita ini kesyukuran itu adakah sekadar menyebut Alhamdulillah semata, atau sebutan kesyukuran itu disusuli pula dengan perbuatan yang melambangkan rasa syukur yang bersangatan kita kepada Allah. Ia umpama kita mendapat sesuatu perkara yang dinanti dalam hidup, ibarat impian telah tercapai, alangkah bagus kita menyebutkan tahmid puji-pujian padanya, bersujud tanda syukur padanya, serta memberikan sedekah kepada yang memerlukan maka itulah sebaik kesyukuran.
Kehidupan dan masa dua perkara yang menjadi intipati matlamat memenuhinya untuk mencapai keredhaan Allah. Kita ingin memenuhi keperluan kepada masa dan kehidupan itu untuk memberi manfaat kepada insan, dengan itu ia menjadi bekalan pada kehidupan di SANA nanti.

Pesanan buat diri ini yang sering leka dan lagha   dalam syurga sementara dunia, unutk mengisi masa yang ada di kehidupan ini dengan sebaik mungkin, masa yang ada ingatan hanya padaNya, segala perbuata hanya mencari kebaikan padaNya, segala pertuturan berkata hanya pesananNya. Alangkah iman ku Ya Rabb  adakala bertambah adakala berkurang kupohon HidayahMu ya Rabb. Moga datangnya Rejab, disusuli Syaaban dan hadirnya Ramadahan, berilah aku peluang untuk menikmati suasanan itu dan beribadat kepadaMu dengan terbaik, lebih baik dari sebelumnya.
Ameen.


No comments:

Post a Comment