Sesungguhnya peringatan itu memberi manfaat kepada mukmin

"Sesungguhnya Allah telah membeli daripada orang-orang yang beriman (mukmin), jiwa dan harta benda mereka dengan memberikan syurga kepada mereka, disebabkan mereka berjuang di jalan Allah, …. Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan dan itulah kemenangan yang seagung-agungnya". (At-Taubah: 111)

Perjalanan kehidupan seseorang menuntut kepada suatu perjuangan yang terkandung didalamnya nilai pengorbanan. Seseorang pejuang sudah pasti mengimpikan suatu kejayaan yang memerlukan pengorbanan. Seiring dengan pengorbanan itu sudah pasti perlukan ketabahan, keyakinan, semangat dan matlamat kejayaan yang jelas dan jitu demi memastikan kejayaan yang dimiliki akan membuahkan kebahagiaan kepada si pejuang. Sesungguhnya kehidupan adalah memberi bukan sekadar menerima...ia juga untuk dimanfaatkan sebagai bekalan kehidupan abadi.

“Ya Allah, ampunilah kesalahanku, kebodohanku, sikapku yang melampaui batas dalam urusanku, dan semua dosaku yang Engkau lebih mengetahui mengenainya daripada diriku sendiri. Ya Allah, ampunilah kesungguhanku, kelalaianku, kesalahanku dan kesengajaanku yang semua itu ada pada diriku.” (Hadis riwayat Imam Al-Bukhari dan Muslim)

Thursday, May 17, 2012

Hukum Menyimpan Kuku


Semalam saya beratur di pejabat pos menunggu untuk membayar bil. Waktu itu saya terlihat seorang pelajar yang bertudung bersama dua orang temannya berada dikaunter. Apa yang mengejutkan saya pelajar tersebut mewarnakan kukunya dengan warna keemasan. Saya cuba untuk tidak buruk sangka kerana tahu mungkin dia berada dalam hadas... 
Persoalan saya:
Apa perlunya dia mewarnakan kuku seperti orang bukan Islam. 
Adakah dia merasa bangga dengan mewarnakan kuku? 
Mungkin merasa diri berhak kerana dalam hadas, tetapi dimana kewajarannya?
Sedarkah dia bahawa itu satu bentuk "tabarruj" atau berhias?
Dalam hal ini ada juga wanita yang gemar menyimpan kuku. Mungkin merasa cantik memiliki kuku panjang. Namun ia tidak melambangkan ciri seorang wanita Islam kerana Islam menyuruh umatnya menjaga kebersihan. Memotong kuku termasuk di dalam perkara-perkara yang dituntut oleh agama membersihkannya. Ini dijelaskan dalam Hadith Nabi Muhammad yang bermaksud: "Dari Abu Hurairah r.a, katanya:
Bersabda Rasulullah saw perkara dari tuntutan agama iaitu bersunat, mencukur bulu ari-ari,memotong kuku,mencabut bulu ketiak dan menggunting misai". 


berdasarkan hadith di atas, amat jelas kepada kita bahawa seharusnya setiap muslim baik dari kalangan lelaki atau perempuan perlu melaksanakan tuntutan Islam iaitu menjaga kebersihan, ini termasuk menjaga kebersihan setiap aspek sama ada anggota badan, pakaian, makanan, tempat tinggal atau persekitaran. Ini termasuklah menjaga kebersihan kuku termasuk memotongnya apabila telah agak panjang. Ini penting bagi menyahut seruan Islam sebagaimana Nabi saw bersabda:
"Kebersihan itu adalah sebahagian daripada iman"


Oleh itu, bagi wanita percayalah kecantikan bukan unutk ditonjol, kecantikan dalaman itu sendiri lebih berharga dari kecantikan luaran. Kerana itu berusahalah unutk mencantikkan hati dan jiwa. Kerana kecantikan jiwa menarik ramai orang kepada kita. 


Wallahuaalam


No comments:

Post a Comment