Saat Allah menguji maka kita pasti teringat akan kata-kata pepatah ... "Berat mata memandang berat lagi bahu memikul" .. itulah yang berlaku saat insan diuji.. Namun setiap kali itu kita boleh mengatasi semuanya dengan kembali kepada Al Quran. ia perlu dibaca dengan penuh kefahaman dan penghayatan. Bagi yang saat ini bersedih dengan ujian menimpa maka rujuklah ayat ini untuk menyedari bahawa Allah itu amat menyanyangi hambaNya. Firman Allah yang bermaksud
Sesungguhnya orang-orang yang mengatakan tuhan kami ialah Allah, kemudian mereka menegeuhkan pendirian mereka maka malaikat akan turun kepada mereka dengan mengatakan janganlah kamu merasa takut dan janganlah kamu merasa sedih dan bergembiralah kamu dengan syurga yang telah dijanjikan Allah kepada mu.
Surah Al Fusliat: 30
Ayat ini mengajak kita untuk menilai dan muhasabah serta mengingatkan semula bahawa apa yang berlaku ada hikmah dan kita perlu bersabar dengan semuanya kerana kita perlu yakin janji Allah itu pasti bagi mereak yang bersabar.
Wallahuaalam
No comments:
Post a Comment