Bila rindu bersatu
Aku lemas dalam sendu
mahu selamanya dekat dengan Mu
andai diberi masa dan peluang
mahu bersimpuh sujud padaMu
Bila keluh kesah bertamu
Engkau tempat mencurah pilu
menjadi sandaran getir dan liku
memboleh aku bertafakkur kepadaMu
bila-bila masa di mana jua
Bila waktu dipenghujung rindu
Mahu ku seru namaMu bertalu
beribu ingatan berjuta harapan
moga kesyukuran ini
diterima dengan keikhlasan
untuk meraih
MARDHATILLAH...
ummu ieman ihsan
No comments:
Post a Comment