Sesungguhnya peringatan itu memberi manfaat kepada mukmin

"Sesungguhnya Allah telah membeli daripada orang-orang yang beriman (mukmin), jiwa dan harta benda mereka dengan memberikan syurga kepada mereka, disebabkan mereka berjuang di jalan Allah, …. Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan dan itulah kemenangan yang seagung-agungnya". (At-Taubah: 111)

Perjalanan kehidupan seseorang menuntut kepada suatu perjuangan yang terkandung didalamnya nilai pengorbanan. Seseorang pejuang sudah pasti mengimpikan suatu kejayaan yang memerlukan pengorbanan. Seiring dengan pengorbanan itu sudah pasti perlukan ketabahan, keyakinan, semangat dan matlamat kejayaan yang jelas dan jitu demi memastikan kejayaan yang dimiliki akan membuahkan kebahagiaan kepada si pejuang. Sesungguhnya kehidupan adalah memberi bukan sekadar menerima...ia juga untuk dimanfaatkan sebagai bekalan kehidupan abadi.

“Ya Allah, ampunilah kesalahanku, kebodohanku, sikapku yang melampaui batas dalam urusanku, dan semua dosaku yang Engkau lebih mengetahui mengenainya daripada diriku sendiri. Ya Allah, ampunilah kesungguhanku, kelalaianku, kesalahanku dan kesengajaanku yang semua itu ada pada diriku.” (Hadis riwayat Imam Al-Bukhari dan Muslim)

Monday, August 6, 2012

Sejenak Menghayati Ramadhan


Puasa sudah hampir sampai 2/3 Ramadhan... bila difikirkan amat pantas masa berlalu.. hati kita akan semakin sayu dengan ramadhan yang akan pergi. Sayunya hati kerana rasa seperti ketidakcukupan masa untuk beribadat. Terasa masa yang ada banyak dilaburkan kepada tempat lain. walhal semakin kepenghujung maka sepatutnya kita semakin banyak memberi ruang masa untuk lebih banyak beribadat. malangnya jika diperhatikan, surau semamkin susut jemaahnya.. ramai warga lebih suka melihat Olimpik atau menjamu mata di kaca TV dari membaca Al Quran.

Sekadar mengingatkan juga diri yang dhaif dan serab kekurangan ini yang seringkali juga terleka dalam mengejar keberkatan Ramadhan, maka mari kita sama-sama menghayati sejauh mana masa Ramadhan yang telah berlalu telah kita isi dengan sebaik mungkin dan Ramadhan yang berbaki seboleh mungkin mahu kita mencari KUALITI DAN KUANTITI IBADAT.

Moga kita akan lebih istiqamah,ikhlas dalam ibadat serta mengambil peluang untuk lebih fokus dan bersemangat beribadat. Moga Allah memberi kita peluang bertemu dengan Lailatulqadar...

Wallahuaalam

No comments:

Post a Comment