Sesungguhnya peringatan itu memberi manfaat kepada mukmin

"Sesungguhnya Allah telah membeli daripada orang-orang yang beriman (mukmin), jiwa dan harta benda mereka dengan memberikan syurga kepada mereka, disebabkan mereka berjuang di jalan Allah, …. Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan dan itulah kemenangan yang seagung-agungnya". (At-Taubah: 111)

Perjalanan kehidupan seseorang menuntut kepada suatu perjuangan yang terkandung didalamnya nilai pengorbanan. Seseorang pejuang sudah pasti mengimpikan suatu kejayaan yang memerlukan pengorbanan. Seiring dengan pengorbanan itu sudah pasti perlukan ketabahan, keyakinan, semangat dan matlamat kejayaan yang jelas dan jitu demi memastikan kejayaan yang dimiliki akan membuahkan kebahagiaan kepada si pejuang. Sesungguhnya kehidupan adalah memberi bukan sekadar menerima...ia juga untuk dimanfaatkan sebagai bekalan kehidupan abadi.

“Ya Allah, ampunilah kesalahanku, kebodohanku, sikapku yang melampaui batas dalam urusanku, dan semua dosaku yang Engkau lebih mengetahui mengenainya daripada diriku sendiri. Ya Allah, ampunilah kesungguhanku, kelalaianku, kesalahanku dan kesengajaanku yang semua itu ada pada diriku.” (Hadis riwayat Imam Al-Bukhari dan Muslim)

Sunday, August 12, 2012

Erti Kesetiaan Suami Isteri





Semalam saya terbaca kisah di celah-celah kehidupan yang mengadu perihal pasangan tidak melayan dengan baik dan kurang berkomunikasi hingga menyebabkan individu berkenaan mencari kebahagiaan di luar rumah. Selesai membaca saya mengurut dada kerana merasa kasihan dengan apa yang berlaku kepada beliau. Kasihan kerana beliau kurang sabar dalam menangani ranjau hidup. Ada ketika kita perlu akui tidak semua yang kita inginkan akan dapat dipenuhi. Allah itu sifatnya pemurah dan pengasihani. Kerana sifat pengasih itu Dia menguji kita, supaya kita sedar dan tahu, agar kita kenal erti hidup.
Jika pembaca pernah membaca artikel saya kenapa perlu curang, mungkin boleh saya kaitkan dengan artikel mencari erti kesetiaan. memang diakui kita akan mempersoal kenapa pasangan kita banyak kekurangan lalu kita memilih mencari pasangan yang kononnya lebih mengerti dan memahami. Cuba kita fikirkan juga adakah kita cukup sempurna untuk mengatakan pasangan kita banyak kekurangan. Sudah pasti ada kurang di satu hal tapi ada lebihnya di mana-mana yang kita tidak perasan atau tidak mahu mengakui dek kerana tersilau dengan kelemahan pasangan kita.
Janganlah kerana marahkan nyamuk kelambu di bakar. kerana marah dan tidak berpuas hati dengan layanan pasangan maka kita memilih untuk curang. Ini tidak tepat kerana kita mengorbannkan ramai orang termasuk anak-anak. itu belum masuk maruah diri. Cuba bayangkan bagaimana seksanya hidup seorang ibu tunggal yang ditinggalkan suami kerana kematuian. Mereka yang bernasib begini tidak punya pilihan melainkan mereka terpaksa meneruskan kehidupan. Oleh itu setiap kali merasa pasangan kurang dimana-mana, ambil masa untuk menilai apa kelebihan yang pasangan kita milik. Jika hati sudah pudar kasih sayangnya maka yang baik pun akan nampak sebagai buruk.
Pesanan saya kepada pasangan suami isteri, Jangan tertipu dengan godaan syaitan yang mengajak kita melakukan maksiat dan perkara mungkar.Bajalah kehidupan rumahtangga dengan keimanan. Keimanan dan ketaqwaan akan menyuburkan cinta kita dan pasangan. Bahagia itu lahir dari sikap toleransi antara pasangan. Ingatlah, sewaktu sedang bercinta semuanya indah belaka.

Walaahuaalam


No comments:

Post a Comment