Boleh dikatakan semua orang mahukan sesuatu yang bersifat sempurna...Bila sudah berumahtangga mahu rumah yang besar, lengkap segala-gala. Jika mahu pilih pasangan pula mahu yang tip top pada MATA MEREKA. Mungkin mahu yang cantik bergaya, hensem, kaya raya, berpangkat dll. Jika ada mertua dan ipar duai sebolehnya mereka serasi dengan kita... Bila melahirkan mahu anak yang baik, berakhlak, mudah diurus, mudah diajar dan dididik, bahkan kebanyakan mahu anak yang cantik fizikalnya.
Bagi yang bergelar pelajar pula, sebolehnya mah7u cepat pandai, cepat habis belajar, mahu bersukaria, mauh belajar yang mudah-mudah sahaja, tidak mahu yang susah dan menyakitkan kepala dan fikiran. Belajar pula mahu gred hebat walau belajar ala-ala kadar. Jika boleh bila jabis belajar mahu cepat dapat kerja, boleh merasa membelanjakan duit ringgit hasil titik peluh sendiri. Bahkan ada pula yang kalau boleh mahu segera keluar dari rumah ibu bapa kerana kononnya mahu hidup berdikari.
Untuk yang bergelar pekerja, sudah pasti impian mahu majika yang baik, sediakan segala, Boleh bertolak ansur, sediakan segala kemudahan, gaji yang lumaya, menawarkan insentif yang pelbagai. Masa kerja kalau boleh datang lambat balik cepat, cuti yang banyak dan mudah diperoleh. Jika yang bergelar majikan pula mahu pekerja yang amanah, tidak berkira masa, tenaga,idea. Rajin serta cekap dan boleh diberi kepercayaan serta pelbagai lagi ciri yang menjadi pelengkap kepada organisaisi yang mantap.
Pendek kata baiksebagai suami,isteri, ibu, ayah, anak, pekerja, majikan, pelajar, serta warga... kita mengimpikan semuanya sempurna dan baik belaka...
Realtinya semua itu tidak selalu kedapatan. Yang diinginkan dan yang diperoleh tidak sama.. maka akan berlakulah conflict dalam kehidupan kita sehari-hari...
Oleh itu wajarkah kita mahukan sesuatu itu sempurna dan berusaha mencari kesempurnaan itu? Sudah pasti ia wajar...
Semua yang berlaku adalah satu proses kematangan. Ujian dan cabaran adalah untuk menggilap potensi diri... meningkatkan keperibadian menjadi lebih cemerlang.
Mungkin apa yang diperoleh hari ini tidak sempurna hanya di mata kita sahaja, walhal di mata orang lain kita sudah mendapat dan memperoleh sesuatu yang sempurna...
Kenapa kita berbeza pandangan? Kerana manusiai tu berbeza citarasa dan pandangan. Walaubagaimanapun bersyukur dengan apa yang ada, berusahalah mencari kesempurnaan.. ingatlah semuay ang berlaku adalah proses belajar menjadikan kita lebih matang dan dewasa mengharug kehidupan yang penuh liku..
Wallahuaalam
No comments:
Post a Comment