Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul.. tidak mampu untuk dibayangkan apakah perasaan yang tersirat di hati ibu bapa, apabila anak yang ditatang bagai minyak yang penuh akhirnya memberi kelukaan... Meniti kisah ini dari awal.. menyedarkan diriku sendiri bahawa hakikat melahirkan. membesarkan serta mendidik anak-anak itu satu tanggungjawab yang besar. Hakikat kehidupan... kita adalah apa yang kita beri..Pengorbanan itu perlu dilakukan oleh ibu bapa. Apabila anak-anak dewasa, mereka berhak menentukan hala tuju mereka, bagaimana mahu mencorakkan kehidupan mereka mengikut keinginan dan kehendak mereka.
Peranan sebagai ibu bapa itu, jika sudah berpuashati dengan segalanya maka berlapang dadalah, jika apa yang dikehendaki tidak sebagaimana yang dicitakan. Anak itu sekadar pemberian Allah, menjadi penghias rumahtangga, menceriakan suasana. Bila mereka dewasa, pandai berfikir, boleh membuat timbang tara.. maka kita mengharapkan anak kita menjadi insan yang baik, boleh mendoakan ibu dan bapa, menjaga mereka bila tiba hujung usia...

Andai apa yang kita mahu tidak terlaksana, jika anak yang ditatang tidak sebagaimana harapan... maka, berlapang dadalah dengan suratan Allah. Keadaan ini menuntut kepada muaaqabah, masa untuk bermuhasabah, waktu untuk bermujahadah, saat untuk bermurajaah.... segala yang telah dan sedang berlaku dan akan terjadi..
Wahai ibu dan ayah... maafkan anakmu yang tidak mengerti.. dia belum mengenal apa ertinya menjadi ibu, dia tidak tahu apa maknanya bergelar ayah...
Moga Allah menyuluh hatinya untuk ketemu jalan pulang...
Wallahuaalam
No comments:
Post a Comment