Sesungguhnya peringatan itu memberi manfaat kepada mukmin

"Sesungguhnya Allah telah membeli daripada orang-orang yang beriman (mukmin), jiwa dan harta benda mereka dengan memberikan syurga kepada mereka, disebabkan mereka berjuang di jalan Allah, …. Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan dan itulah kemenangan yang seagung-agungnya". (At-Taubah: 111)

Perjalanan kehidupan seseorang menuntut kepada suatu perjuangan yang terkandung didalamnya nilai pengorbanan. Seseorang pejuang sudah pasti mengimpikan suatu kejayaan yang memerlukan pengorbanan. Seiring dengan pengorbanan itu sudah pasti perlukan ketabahan, keyakinan, semangat dan matlamat kejayaan yang jelas dan jitu demi memastikan kejayaan yang dimiliki akan membuahkan kebahagiaan kepada si pejuang. Sesungguhnya kehidupan adalah memberi bukan sekadar menerima...ia juga untuk dimanfaatkan sebagai bekalan kehidupan abadi.

“Ya Allah, ampunilah kesalahanku, kebodohanku, sikapku yang melampaui batas dalam urusanku, dan semua dosaku yang Engkau lebih mengetahui mengenainya daripada diriku sendiri. Ya Allah, ampunilah kesungguhanku, kelalaianku, kesalahanku dan kesengajaanku yang semua itu ada pada diriku.” (Hadis riwayat Imam Al-Bukhari dan Muslim)

Wednesday, August 8, 2012

Bila Ketidakadilan Berlaku



Seringkali kita diadukan dengan kisah ketidakadilan yang berlaku pada individu-individu tertentu baik dalam sektor kerajaan atau swasta, samaada pekerja, orang awam, pelajar atau sesiapa sahaja boleh menjadi mangsa ketidakadilan pihak=pihak yang berkenaan. Bila ia berlaku maka akan ada orang teraniaya. Dan orang yang teraniya ini biasanya adalah individu yang berada di pihak yang tidak memiliki kuasa. Mereka ini adalah dari golongan yang lemah. 

Apabila ketidakadilan berlaku maka kesannya akan ada yang menggunakan kuasa sewenangnya-wenangnya. Mereka ini adakalanya digelar sebagai "untouchable" people. Mereka kebal dari dipersalah atas kesilapan mereka. Bahkan bila hal berkait ketidakadilan dan penganiyaan yang berlaku diadukan, maka yang akan mendapat kesan negatif adalah ot\rang yang dianaiya. Bila ini berlaku maka sudah pasti mereka tidak tahu apa yang perlu dibuat, terpaksa menerima ketentuan, menanggung segala perlakuan atau apa sahaja.

Sememangnya ketidakadilan itu berlaku dimana-mana... dari perkara yang remeh himgga perkara yang penting.. dari sekecil insan hingga ke tahap yang tinggi pangkatnya dalam masyarakat. Persaoalan kenapa ia berlaku itu amat mudah, manusia itu sememangnya ada naluri berbeza, karakter berbeza... orang yang sering tidak berlaku adil sebenarnya mereka ini tergolong dalam orang yang menzalimi diri sendiri. Kuasa ditangan mereka ketika ini, namun percayalah, bagi diri yang teraniya usah gusar, jika kita tidak diberi keadilan sebagaimana sepatutnya ingatlah, Allah itu maha kuasa.. jika tidak di dunia mereka akan menerimanya di akhirat kelak.Kebenaran itu lambat atau cepar akan muncul jua, maka bersabarlah dengan ujian.

No comments:

Post a Comment