Sesungguhnya peringatan itu memberi manfaat kepada mukmin

"Sesungguhnya Allah telah membeli daripada orang-orang yang beriman (mukmin), jiwa dan harta benda mereka dengan memberikan syurga kepada mereka, disebabkan mereka berjuang di jalan Allah, …. Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan dan itulah kemenangan yang seagung-agungnya". (At-Taubah: 111)

Perjalanan kehidupan seseorang menuntut kepada suatu perjuangan yang terkandung didalamnya nilai pengorbanan. Seseorang pejuang sudah pasti mengimpikan suatu kejayaan yang memerlukan pengorbanan. Seiring dengan pengorbanan itu sudah pasti perlukan ketabahan, keyakinan, semangat dan matlamat kejayaan yang jelas dan jitu demi memastikan kejayaan yang dimiliki akan membuahkan kebahagiaan kepada si pejuang. Sesungguhnya kehidupan adalah memberi bukan sekadar menerima...ia juga untuk dimanfaatkan sebagai bekalan kehidupan abadi.

“Ya Allah, ampunilah kesalahanku, kebodohanku, sikapku yang melampaui batas dalam urusanku, dan semua dosaku yang Engkau lebih mengetahui mengenainya daripada diriku sendiri. Ya Allah, ampunilah kesungguhanku, kelalaianku, kesalahanku dan kesengajaanku yang semua itu ada pada diriku.” (Hadis riwayat Imam Al-Bukhari dan Muslim)

Saturday, August 11, 2012

Berbelanja Secara Berhemah Sempena Hari Raya


 
Semalam sahabat saya menyebut di wall FBnya mengatakan dia terjelepek ditepi dinding pasaraya SOGO dek kerana ramainya orang yang membeli belah di situ. Dia yang tinggal di IPOH sanggup datang ke KL semata-mata kerana mahu berbelanja di Sogo. Saya menyatakan kepadanya yang saya sendiri yang tinggal di KL tidak terfikir bahkan tidak mahu untuk kepusat belibelah itu kerana tidak mahu bersesak dan menempuh trafik jem. Jika ada keperluan untuk membeli belah saya membeli di pasaraya berhampiran dengan rumah. Mudah pada saya kerana anak-anak saya tidak cerewet, apa yang dibeli walaupun mereka kurang berkenan mereka akan pakai. 


Hari ini saya singgah di pasaraya berhampiran untuk membeli songkok si Ieman. Seawal pagi pasaraya sudah penuh. Seperti biasa saya tidak suka berlamaan, beli apa yang hendak terus keluar. Rimas saya dengan orang yang ramai di situ. Apalagi melihat pelabagsi watak dan gelagat manusia rasanya lebih baik kita tidak mengambil masa yang lama untuk membeli belah.

Sewaktu ingin pulang saya terpandang kedai menjual perhiasan dan bunga-bunga palsu ditepi pasaraya. Kedai tersebut milik orang cina tetapi penuh dengan orang Islam yang ingin menghias rumah mereka. Terdetik di hati, perlukah kita berhias dan berbelanja berhabis-habisan semata-mata untuk itu. Tidakkah duit itu boleh disalurkan ke tempat yang lebih bermanfaat? Kalau musim perayaan tahun baru cina, mereka tidak membazirkan duit semata-mata untuk menghias rumah dengan bunga-bunga palsu yang ada kala boleh menyakitkan mata memandang jika berlebihan menghias. Itu belum masuk langsir dan kueh raya yang pelbagai. Tidak salah berbelanja tetapi berhemahlah.
Saya tidak malu memakai langsir lama, jika semata mahu menunjuk rumah kita lawa dan cantik tidak ada maknanya. Pada saya lebih penting rumah itu sejuk dengan solat jemaah yang sentiasa dipraktikan dibanding semua barangan rumah cantik dan baru tetapi berada di dalamnya tidak mendamaikan jiwa dan perasaan. Fikirkanlah sebelum berbelanja agar kita tidak tergolong dalam golongan yang membazir kerana membazir amalan syaitan.
Wallahuaalam

No comments:

Post a Comment