Salam Ramadhan
Dunia ini pentas ujian, tiap kali kita jatuh terduduk dek kerana ujian yang mendatang baik dalam bentuk kehilangan, kemusnahan serta pelbagai lagi liku dan cabaran yang berbeza. Maka setiap kali itu kita seperti sudah berputus harap dengan rahmat Allah. Maka apa yang perlu kita lakukan untuk berhadapan dengan ujian?Perisai apa yang boleh diguna untuk menjadi kental menolak segalanya? Doa apa lagi yang perlu kita panjatkan? pastinya beribu persoalan mendatang, bertalu kita mempersoal mengapa kita diuji? Mengapa kita yang diuji? Mengapa orang lain tidak diuji seperti kita.
Pembaca budiman...
Andai masa boleh berputar sudah pasti kita mahu memutarkannya agar perkara yang terjadi tidak berlaku kepada kita. Soalnya bolehkah berlaku sebegitu rupa. Jawapannya bukan kita mempersoalkan KENAPA ia berlaku? Tetapi apa yang perlu adalah kita perlu bertanya BAGAIMANA, dan APA selepas ini? Tidak guna memikirkan perkara yang telah terjadi, apa yang penting kita mengambil iktibar dari semua itu.
Mengungkap perkataan sabar juga bukan mudah untuk dilaksana, apapun tarik nafas sedalamnya, ambik masa untuk diri kita menilai dan muhasabah diri. Ingatlah andai ujian ini cukup perit buat kita, pahit untuk dikenang, lukanya begitu dalam bagi yang merasa, pilunya hingga tiada lagi titisan airmata.. Kita masih ada DIA... Kita masih ada YANG MAHA ESA.. Adulah pada DIA.. Insan sekadar mendengar namun insan bukan penyelesai segala masalah. Insan hanya perantara. Tapi hanya DIA yang mampu menjawab, mengabulkan segala permintaan, menjawab segala rintihan.
Andai saat ini duka itu terlalu dalam untuk dirawat, sakit itu amat peduih unutk dikongsi, rasa yang ada tidak semua memahami. Mala pastinya perkara yang tidak mampu diberi manusia akan hanya mampu diberi oleha ALLAH. Andai kita mamup kembali kepada DIA maka kita akan dapat satu jawapan dari persoalan kenapa kita diuji? Iaitu kerana ALLAH menyanyangi kita, DIA mahu kita merayu kepadaNYA. DIA mahu kita dekat kepadaNYA. Jika ini semua kita sedari, maka kita akan dapat merasa MANISNYA IMAN.INDAHNYA BILA DIRI HAMPIR KEPADANYA...
No comments:
Post a Comment