Kuala Lumpur apabila tiba saat berhari raya maka jalan-jalan yang sibuk akan mula sepi. Hari ini banyak kereta telah mula bergerak pulang ke kampung. Masing-masing seperti sudah tidak sabar mahu bertemu keluarga. bagi yang pulang jauh pastikan hati-hati semasa memandu. bagi yang tidak dapat pulang beraya kerana bekerja, harapnya tidak bersedih kerana tidak dapat pulang beraya. Bagi yang masih lagi bermasa muka kerana tidak berpuas hati dengan 'turn' raya, cerialah selalu.. InsyaAllah tahun depan giliran kita.. Sesungguhnya peringatan itu memberi manfaat kepada mukmin
"Sesungguhnya Allah telah membeli daripada orang-orang yang beriman (mukmin), jiwa dan harta benda mereka dengan memberikan syurga kepada mereka, disebabkan mereka berjuang di jalan Allah, …. Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan dan itulah kemenangan yang seagung-agungnya". (At-Taubah: 111)
Perjalanan kehidupan seseorang menuntut kepada suatu perjuangan yang terkandung didalamnya nilai pengorbanan. Seseorang pejuang sudah pasti mengimpikan suatu kejayaan yang memerlukan pengorbanan. Seiring dengan pengorbanan itu sudah pasti perlukan ketabahan, keyakinan, semangat dan matlamat kejayaan yang jelas dan jitu demi memastikan kejayaan yang dimiliki akan membuahkan kebahagiaan kepada si pejuang. Sesungguhnya kehidupan adalah memberi bukan sekadar menerima...ia juga untuk dimanfaatkan sebagai bekalan kehidupan abadi.
“Ya Allah, ampunilah kesalahanku, kebodohanku, sikapku yang melampaui batas dalam urusanku, dan semua dosaku yang Engkau lebih mengetahui mengenainya daripada diriku sendiri. Ya Allah, ampunilah kesungguhanku, kelalaianku, kesalahanku dan kesengajaanku yang semua itu ada pada diriku.” (Hadis riwayat Imam Al-Bukhari dan Muslim)
Thursday, August 16, 2012
Menanti Lebaran
Kuala Lumpur apabila tiba saat berhari raya maka jalan-jalan yang sibuk akan mula sepi. Hari ini banyak kereta telah mula bergerak pulang ke kampung. Masing-masing seperti sudah tidak sabar mahu bertemu keluarga. bagi yang pulang jauh pastikan hati-hati semasa memandu. bagi yang tidak dapat pulang beraya kerana bekerja, harapnya tidak bersedih kerana tidak dapat pulang beraya. Bagi yang masih lagi bermasa muka kerana tidak berpuas hati dengan 'turn' raya, cerialah selalu.. InsyaAllah tahun depan giliran kita.. 
No comments:
Post a Comment