Sesungguhnya peringatan itu memberi manfaat kepada mukmin

"Sesungguhnya Allah telah membeli daripada orang-orang yang beriman (mukmin), jiwa dan harta benda mereka dengan memberikan syurga kepada mereka, disebabkan mereka berjuang di jalan Allah, …. Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan dan itulah kemenangan yang seagung-agungnya". (At-Taubah: 111)

Perjalanan kehidupan seseorang menuntut kepada suatu perjuangan yang terkandung didalamnya nilai pengorbanan. Seseorang pejuang sudah pasti mengimpikan suatu kejayaan yang memerlukan pengorbanan. Seiring dengan pengorbanan itu sudah pasti perlukan ketabahan, keyakinan, semangat dan matlamat kejayaan yang jelas dan jitu demi memastikan kejayaan yang dimiliki akan membuahkan kebahagiaan kepada si pejuang. Sesungguhnya kehidupan adalah memberi bukan sekadar menerima...ia juga untuk dimanfaatkan sebagai bekalan kehidupan abadi.

“Ya Allah, ampunilah kesalahanku, kebodohanku, sikapku yang melampaui batas dalam urusanku, dan semua dosaku yang Engkau lebih mengetahui mengenainya daripada diriku sendiri. Ya Allah, ampunilah kesungguhanku, kelalaianku, kesalahanku dan kesengajaanku yang semua itu ada pada diriku.” (Hadis riwayat Imam Al-Bukhari dan Muslim)

Saturday, September 27, 2014

Hikmah Penetapan Tuhan

Hikmah Penetapan Tuhan

Kita dikurniakan nikmat Allah menjadikan kita semua memperolehi pancaindera. Manusia dimuliakan Allah berbanding makhluk lain. 
"ولقد كرمنا بني ادم"
Kita diberi akal dan kecerdikan. Haiwan walau cerdika tapi tiada akal.    
Sifat pengajaran wujud pada manusia. Allah jadikan manusia ada dua alam iaitu alam dunia dan alam
malakut.

Manusia ada pelbagai kelebihan berbanding apa yang ada pada kejadian lain. Kehebatan. ciptaan Allah dengann ilmu dan kepimpinan.
لقد خلقنا الانسان في احسن تقويم
Alam sekadar tempat yang kecil, ada batasannya.


Sent from my iPhone

Wednesday, September 24, 2014

Amalan Bulan Zulhijjah

Amalan Bulan Zulhijjah
ُالسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسْمِ اللهِ الرَّحمَٰنِ الرَّحِِيم

KULLU 'AM WA ANTUM BI KHAIRIN...

Bulan Zulhijjah, khususnya sepuluh hari awalnya adalah merupakan peluang kedua selepas Ramadhan untuk umat Islam mendapatkan gandaan keredhaan, keampunan dan pahala amalan.

Disebutkan oleh Nabi SAW :

"Sebaik-baik hari di dunia adalah sepuluh hari itu" 
(Riwayat al-Bazzar ; Albani : Sohih).

Allah SWT pula berfirman :

وَالْفَجْرِ وَلَيَالٍ عَشْرٍ

"Demi Fajar dan hari-hari (malam-malam) yang sepuluh" ( Al-Fajr : 1).

Majoriti ulama menyatakan malam sepuluh itu merujuk kepada hari pertama hingga sepuluh Zulhijjah dan bukannya sepuluh terakhir Ramadhan. (Zad Al-Ma'ad, Ibn Qayyim).

Perlukan difahami di dalam lafaz bahasa arab, malam juga membawa maksud siang dalam konteks tertentu, demikian juga sebaliknya. Malah Imam Ibn Abbas sendiri menafsirkan perkataan malam itu dengan katanya 

وعن ابن عباس أيضا أنه النهار كله ، وعبر عنه بالفجر ; لأنه أوله

Ertinya: dari Ibn Abbas juga beliau berkata : itu termasuk siang seluruhnya, dan itu jelas dari perkataan fajar yang dimulakan, dan siang terlebih dahulu. (Tafsir Al-Qurtubi)

Ia juga disebut oleh Nabi SAW dalam hadith lain :

"Tiada hari-hari yang lebih disukai oleh Allah SWT untuk hambanya memperbanyakkan amalan dari sepuluh hari ini" 
(Riwayat Al-Bukhari).

AMALAN-AMALAN UTAMA
Manakala amalan-amalan yang digalakkan sepanjang sepuluh awal Zulhijjah yang amat besar pahalanya ini antaranya :-

a) Zikir : Iaitu dengan memperbanyakkan zikir Subhanallah, Alhamdulillah, La ilaha Illa Allah dan Allahu Akbar.

Ia bersumber dari hadith riwayat At-Tabrani yang diakui sohih oleh Imam Al-Munziri. Allah SWT juga menyebut ertinya : "Supaya mereka menyaksikan berbagai perkara yang mendatangkan faedah kepada mereka serta memperingati dan menyebut nama Allah, pada hari-hari yang tertentu.." (Al-Hajj : 28).

Ibn Abbas r.a mentafsirkan erti 'hari-hari tertentu' adalah sepuluh hari Zulhijjah ini dan inilah pendapat majoriti ulama jua.

b) Berpuasa : Amat digalakkan berpuasa pada satu hingga sembilan Zulhijjah bagi orang yang tidak menunaikan Haji. Hari Arafah (9 Zulhijjah ) pula adalah hari yang terbaik untuk berpuasa.

Nabi SAW bersabda tentang kelebihan hari Arafah :

"Tiada hari yang lebih banyak Allah membebaskan hambanya lebih dari hari Arafah" 
(Riwayat Muslim).

Nabi SAW juga bila ditanya tentang kelebihan berpuasa pada hari Arafah ini menjawab, ia menghapuskan dosa yang lalu dan tahun kemudiannya.

c) Melakukan lain-lain amalan seperti bersedeqah, membaca Al-Quran, solat sunat dan lain-lain. Ia semuanya termasuk di dalam umum hadith yang menunjukkan ianya amat disukai oleh Allah SWT.

d) Menjauhi maksiat dan masa terbaik untuk memulakan tawbat bagi sesiapa yang masih berfikir-fikir dan menangguhnya. Amat biadap jika umat Islam bersukaria dengan melampaui batas haram di hari yang amat agung di sisi Allah SWT ini.

Bertaubatlah dengan sebenar-benar taubat dan sedarilah bahawa hidup ini sementara dan seluruh keseronokannya adalah tipu daya semata-mata.

e) Bertakbir : Ibn Abi Shaibah menyebut bahawa `Ali KW menunjukkan bahawa permulaan takbir bermula sejurus selepas solat Subuh hari Arafah sehingga hujung waktu 'Asar hari ketiga Tashriq.

f)  Berkorban : Allah SWT berfirman : ertinya : "dan berdoalah dan berkorban". Allah SWT juga menyebut :

وَمَنْ يُعَظِّمْ شَعَائِرَ اللَّهِ فَإِنَّهَا مِنْ تَقْوَى الْقُلُوب
 
Ertinya : "Sesiapa yang membesarkan syiar Allah (berkorban) mala ia adalah dari tanda ketaqwaan hati" (Al-Hajj : 32)

Sebuah hadis menyebut  :
ما عمل آدمي من عمل يوم النحر أحب إلى الله من إهراق الدم
 
Ertinya : "Tiadalah amalan anak Adam yang lebih disukai oleh Allah SWT pada hari kurban kecuali berkorban (dengan menyembelih binatang)" (Riwayat At-Tirmidzi, Abu Daud ; Gharib, namun terdapat rawi yang dipertikaikan)

اَللَّهُمَّ صَلِّ َعلى سيدنا مُحَمَّدٍ 
وَ عَلَى آِل سيدنا مُحَمَّد


Sent from my iPhone

Sunday, September 21, 2014

Erti sebenar mencintai

Erti sebenar mencintai

Cintai Allah cintai kita, cintai Rasul maka Rasul mencintai kita.
Cinta bermaksud segala yang baik terwujud pada yang kita cinta.
Keduanya segala yang buruk tiada padanya.

Cinta yang paling terbaik dikeranakan dengan kerana Allah. Hadis Rasulullah banyak menjelaskan tentang cinta, contoh kasih pada saudara seperti dia kasih pada dirinya sendiri.
Imam Muslim meriwayatkan ada 7 kelompok yang mendapat naungan Arash Allah adalah bertemu dan berpisah kerana Allah.
Selain itu dalam
hadis lain Rasulullah menyatakan ada 3 perkara yang jika dia milikinya kemanisan iman, kasih pada Allah dan Rasul, kasih kerana Allah.

Bukanlah orang itu cinta tapi mengharapkan balasan dari orang yang dicinta. Ibarat ibu sayangkan anak mengingatkan anak tentang peperiksaan. Ibu yang cinta tidak memgharapkan balasan dari si anak.

Maka bila kita cintai Allah maka kita meminta secara berlebihan dari Allah. menzahirkan cinta pada Allah dan Rasul sepenuh hati dengan mengesahkan ibadat terbaik mungkin.

Syarah Kitam Hikam
Dr Zulkifli Mohd Al Bakti
Cinta Ilmu TV Hijrah


Sent from my iPhone

Mujahadah Al Nafs

Mujahadah Al Nafs

Melawan nafsu syahwat adalah perjalanan mencari redha Allah. Imam
Al Ghazali ada menyebut tentang halangan dalam
ibadat. Perasaan riak membawa pada halangan
Dihamparkan untuk ke syurga penuh kesukaran, tetapi untuk ke neraka datang dengan syahwat. Kerana itu insan perlu pecahkan hawa nafsu. Perlu mujahadah memerangi hawa nafsu. Hubungan kita dengan Allah akan dekat.
Orang yang cemerlang tidak dibelenggu hawa nafsu. Mereka menjaga kehidupan akhirat.
Al Quran menyatakan untuk umat Nabi Muhammad SAW tidak dinisbahkan pada kaum, seperti Bani Israiel atau Kaum Nabi Adam tetapi Allah berfirman dengan " Wahai orang beriman" Terkandungnya 'Suruhan' untuk beramal atau larangan untuk meninggalkan perkara buruk.
Balasan akhirat itu jauh dan besar kerana ia tidak nampak dan tidak dizahirkan sekarang. Ibarat berpuasa dalam keadaan panas dan dahaga, kerana yakin pada Allah maka kita sanggup beribadat. Yakin itu hadir kerana adanya iman. Pulangan itu ghaib namun merasa akan dapat di akhirat nanti. Atas dasar inilah Al Quran menyebut : 'يا ايها الذين امنوا'

Segala hukum syarak ada sebab dan diikat dengan maslahat sama ada kita tahu atau tidak.



Sent from my iPhone

Elakkan prasangka


Elakkan prasangka

Alkisah sebuah rumah... renungan untuk semua...
Petang itu kedengaran rungutan tangga sudah tidak terbendung lagi . Dia terus berleter.
"Penat letih jadi tangga. Waktu orang naik, aku kena pijak. Waktu turun pun orang pijak aku. Seronok jadi atap. Tak pernah kena pijak. "
Mendengarkan kata kata tangga. Atap terus bersuara.
"Hoi tangga. Aku lagi sakit tau. Berpanas berhujan siang malam. Mendidih kepanasan bila tengahari. Bila hujan aku terpaksa menahan kesejukan. Yang seronok jadi tiang. Tak kena panas. Tak kena hujan. Tak kena pijak."
Mendengarkan kata atap, tiang terus bersuara.
"Mana kamu tahu? Aku dok tahan pikul atap, segala alang rumah bertan-tan siang malam. Aku terpaksa pikul jugak. Tuhan saja tahu betapa beratnya. Yang seronok jadi dinding. Tak payah pikul. Tak kena panas. Tak kena pijak."
Mendengar kata-kata tiang, lalu dinding menjawab.
"Akulah pelindung khazanah rumah ni. Aku lindung aurat tuan rumah, hartanya bahkan aku terpaksa jaga sepanjang masa. Kalau aku tak ada semua tak guna."
Wahai anakku,
Aku ceritakan ini untuk mengingatkan engkau bahawa setiap manusia mempunyai tugasnya sendiri. Kamu buatlah kerja yang diamanahkan padamu sebaiknya. Jangan sesekali engkau berdengki pada orang lain. Sebab mata kamu hanya dikurniakan penglihatan daripada segi zahirnya sahaja. Sedangkan realitinya mungkin tidak seindah yang kamu lihat di minda. Jadilah diri sendiri, jangan cuba
jadi orang lain.
Manusia hari ini suka sangka-sangka
Ada sangka baik

Ada sangka buruk
Orang beribadah disangka riak
Orang rileks disangka malas
Orang berpakaian baru disangka menunjuk
Orang berpakaian buruk disangka hina
Orang makan banyak disangka pelahap
Orang makan sedikit disangka diet
Orang yang senyum disangka mengejek
Orang yang masam disangka merajuk
Orang berbincang disangka mengumpat
Orang yang diam disangka menyendiri
Orang yang menawan disangka menggoda
Orang yang ceria disangka mengada
Orang yang bertanya disangka menyibuk
Hakikatnya...
Mana tahu yang senyum itu kerana bersedekah
Mana tahu yang masam itu kerana mengenang dosa
Mana tahu yang berbincang itu memberi pendapat
Mana tahu yang diam itu kerana beribadah
Mana tahu yang menawan itu bersih wataknya
Mana tahu yang ceria itu cerdas mindanya
Mana tahu yang bertanya itu perihatin orangnya
Justeru itu….
Sesuatu perkara yang kita lihat
Jangan suka sangka-sangka
Sikap sangka-sangka akan memusnahkan jiwa
Kerap sangka-sangka mengundang celaka
Jangan terlalu bersangka-sangka
Jauhi sikap sangka-sangka
"يأيها الذين ءامنوا اجتنبوا كثيرا من الظن إن بعض الظن إثم.."
"Wahai org2 yg beriman jauhilah kamu semua kebanyakan dari sangkaan kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa.."
(AlHujurat:12)

Dipetik dari perkongsian di wassap.


Sent from my iPhone

Saturday, September 20, 2014

Mengurus pusaka waris setelah kematian


Bismillah,

Hari ini masuk hari ke-3 pemergian sahabat suami Mustapha Kamal Ismail. Semalam selepas tahlil arwah, bapanya membisikkan pada suami agar membantu mengurus harta peninggalan arwah. Alhamdulillah ada rakan yang bergelar peguam dan mempunyai firma guaman berdekatan dengan rumah boleh menguruskan hal-hal berkaitan.

Hari ni sepagi kami rakan-rakan berada di rumah arwah berbincang bagaimana dan apa yang perlu dilakukan kepada harta peninggalan baik urusan rumah, kereta, insurance dan sebagainya. Isteir arwah amat bertuah kerana ramai rakan-rakan yang mahu membantu menguruskan semua ini. Ada ramai yang bila kematian suami maka mereka kehilangan punca bagaimana meneruskan hidup dan mengurus tinggalan arwah.

Menurut isteri arwah sebelum ini segala hal berkait pembayaran loan, semua bil-bil, rumah, kereta dan simpanan semuanya diurus suami. Dia sendiri tidak pernah mengambil tahu tentang dokumen dan sebagainya. Maka adalah terbaik hal-hal ini diserahkan kepada peguam untuk mengendalikan. Ia lebih mudah dan effektif. Bayaran peguam mungkin lebih berbaloi dari menguruskan sendiri yang tentunya akan mengambil masa, tenaga serta duit ringgit. Sedangkan si isteri masih dalam terkejut apalagi mahu mengurus hal ehwal rumahtangga.

Balu yang kematian suami ramai yang bila suami meninggal mengejut tidak tahu bagaimana mahu bermula, apalagi jika semua hal diurus oleh suami. Interview yang dijalankan keatas participant dalam kajian PhD saya juga menunjukkan balu yang kehilangan suami perlu mengambil masa untuk adjust kehidupan yang baru.

Cara terbaik adalah bertanya kepada orang-orang yang pakar berkait harta pusaka dan juga apa sahaja hutang bank, pinjaman dan sebagainya yang ditinggalkan arwah. Ini membantu supaya isteri tidak teraba-raba menguruskan semuanya.
In sya Allah posting yang seterusnya saya akan berkongsi tentang bagaimana balu mengurus emosi.

Kehilangan yang ditangisi


Bismillah,

Semalam, tanggal 19 September 2014 hari Jummat merupakan hari yang membawa hiba pada suami serta kami rakan-rakan yang mengenali kerana kehilangan sahabat secara mengejut. Kehilangan beliau amat memberi kesan kepada suami yang sememangnya amat akrab dengan arwah. Kehilangan arwah yang pergi saat bertemu bersama rakan-rakan melepas rindu merupakan peristiwa yang tidak dapat dilupakan. Tangisan seorang lelaki yang meratapi dalam diam perginya sahabat bukan mudah untuk diredakan. Ia pastinya membawa keinsafan dan hikmah tersendiri buat teman-teman yang lain. Benarlah kematian itu sangat dekat. Ia tidak mengira siapa. Janji Allah itu pasti bahawa setiap yang bernyawa akan menemukan maut.

Pengalaman kehilangan orang tersayang pastiya sudah dialami sendiri oleh diri ini. Seusia 9 tahun ayah pergi meninggalkan kami. Disusuli nenek yang kami cintai. Bahkan sewaktu di universiti salah seorang sahabat juga telah pergi menemui Ilahi lebih awal. Pengalaman yang paling dirasai bila sahabat baik zaman persekolahan pergi secara mengejut kerana terlibat kemalangan adalah peristiwa yang hingga kini memba hiba bila diingati.

Insan yang sering bersama saat suka duka meniti remaja sudahpasti akan dikenang sentiasa. Payah untuk dilupa. Bahkan rasa terkilan akan mengigit rasa. Bila sahabat yang pergi tidak kita temui setelah sekian lama dan berita yang diterima adalah kematian ia sukar untuk diterima.

Damailah engkau di sana wahai sahabat, Moga Allah limpahkah rahmat dan barakah buatmu. Allah ampunkan dosa kami dan satukan kami di syurgamu.

Sunday, September 14, 2014

Erti Tawadduk

Erti Tawadduk

Tawadduk : Bila dipuji diri merasa kerdil dan serba kekurangan.
Bila dipuji kita merasakan belum sempurna.

Wahai semua, aku dilantik sebagai khalifah. Aku bukanlah terbaik dikalangan kamu. ولست بربكم- Abu Bakar As-Siddique. Kenyataan Abu Bakar menggambarkan sifat tawadduknya. Apa yang ada dihadapan kita tidak bermakna apa apa. Dari segi menzahirkan sesuatu ia mematahkan semangat yang lain mahu bermegah dengan kehebatan diri sendiri. Menurut Al Ghazali kata kata Abu Bakar itu menunjukkan tawaduknya beliau.

Hakikat tawaduk adalah yang timbul kerana menerhatikan kebesaran Allah. Sifat Tawaduk tidak membawa riak, takabbur, ujud dan sombong. Bahkan ia membawa keinsfan pada diri. سبحانك لا علملنا الا ما علمتناOrang yang tawaduk tidak rasa memiliki. Apa yang ada disedari semuanya adalah pinjaman. 

Seorang lelaki dibawa pada Khalifah, Lalu dia berkongsi kisah. "Saya duduk di selatan, di tempat saya harta, anak2 serta kemewahsn saya miliki. Bila dimaklumkan di Utara ada peluang lebih menjadi kaya. Lalu saya musafir bersama ke sana. Sewaktu kami berkemah kami ditimpa musibah. Apa yang terselamat saya dan anak saya. Tiba tiba saya ternampak keldai saya lalu cuba mengejar. Keldai itu walaubagaimana pun mengejar saya kembali, dipijak muka dan mata saya hingga cedera. Waktu yang sama saya dengar anak saya yang ditinggalkan menjerit dibaham seriga. Maka musibah ini menyebabkan saya terpaksa menjadi peminta sedekah". Maka kata khalifah: Allah boleh membalikkan keadaan. Allah membalikkan keadaan dari yang lebih baik kepada yang lebih baik.
Bila melihat orang yang susah dari awal keturunan maka apa yang penting ia membawa kita bersyukur, kita nampak kebesaran Allah.

Soalan:
Apakah peranan yang harus dimainkan sebagai contoh kepada orang lain bila berjaya?
Bila manusia bersujud perlu ikhlas dan hanya pada Allah. 7 orang yang dapat perlindungan naungan Arash Allah di hari kiamat adalah orang yang cintakkan masjid.




Sent from my iPhone

Saturday, September 13, 2014

Lateral Thinking oleh Puan Ainon Mohd


Bismillah,

Belajar tidak akan ada penamatnya, ia dari dalam buaian hingga ke akhir hayat. Hari ni saya mahu menggali ilmu Lateral Thinking. Alhamdulillah penyampainya adalah Puan Ainon Mohd yang merupakan pakar dalam bab Lateral Thinking. Pada tahun lepas saya menghadiri kelas Pn Ainon untuk tajuk ini. Namun saya percaya setiap kali kelas, seminar atau juga ceramah walaupun dari insan yang sama ia tetap berbeza.

Seminar yang dihadiri kali ini amat berbeza buat saya dibanding kali pertama saya hadir. Ini kerana untuk kali ini saya bukan setakat belajar bahkan saya sedang melakukannya. Apa yang dipelajari terus diamalkan. INI lebih memahamkan konsep Lateral Thinking itu sendiri. Konsep LT amat berbeza kerana ia mengajar kita berfkir secara kreatif dan bukannya berfikir secara kritis. Baik di sekolah atau di universiti kita banyak menggunakan orientasi berfikir secara kritis hingga ia menutup idea dan kreativiti yang ada. Pendidikan hari ni lebih mahukan insan yang pandai menjadi pengikut tapi bukan pencipta. Apabila murid sentiasa di sogokkan dengan persoalan dan tidak memberi peluang mereka menyoal dan mengembangkan minda maka mereka akan membesar dan belajar dalam keadaan ikut dan tiru tanpa mahu mencuba sesuatu yang baru.

Maka bagi melahirkan pelajar yang berdaya saing, berinovasi serta mampu melahirkan idea-idea hebat maka pelajar perlu diberi peluang untuk menampilkan idea mereka. Maka kita yang dewasa jangan membunuh perasaan ingin mencuba atau mahu memberikan pandangan yang baru. ia perlu didokong dan disaokong dengan cara kita perlu banyak berdiam dari berkata-kata. Kita perlu lebih banyak memberikan tumpuan dan mendengar.

Ada masa kita tidak mampu melihat bahawa idea tersebut adalah terbaik kerana kita sentiasa meletakkan andaian di hadapan. Bagi memastikan cara berfikir secara lateral dapat dilakukan maka kita perlu "delay judgement" iaitu tidak membuat andaian terhadap apa yang berlaku. Ia tidak mudah kerana manusia sudah biasa berpersepsi dengan mindanya, namun jika mahu berjaya maka itulah yang perlu dilakukan. 

Friday, September 12, 2014

Biarlah rahsia

Biarlah rahsia
Antara aku dan DIA
yang tahu gelora jiwa
entah bagaimana akhir cerita
semua yang ada suratan dariNya
permohonanku entah kali keberapa
permudahkan segala
begitu lama rahsia terjaga
hanya bicara aku dan DIA
tanpa putus asa
doa dan harapan kepadaNya
agar bukan cerita berakhir duka
Wahai Tuhan Maha Pencipta
berilah khabar gembira
tersingkap segalah rahsia
menjadi ibrah buat semua







Sent from my iPhone

Thursday, September 11, 2014

Soalan UPSR bocor


Bismillah,

Semalam saat mendapat berita soalan Sains bocor saya masih boleh bertahan walaupun rasa geram tu ada, hari ini bila kawan mesej soalan English juga bocor rasa geram makin memuncak. Manakan tidak, perasaan kesian pada anak-anak. Kita ibu amat terasa. Iman Ihsan antara yang menduduki UPSR 2014. Pastinya mereka akan terasa kecewa kerana sudah bersedia, mahu merdeka kerana selepas ini perlu focus kepada PSRA pula. Namun apa yang terjadi sudah pasti takdir pun begitu ia tidak sepatutnya berlaku.

Pagi tadi saya ke sekolah menghantar pencil dan jam tangan Iman yang tertinggal, rupanya ramai ibu bapa yang menunggu anak masuk dewan peperiksaan. Mereka memberi sokongan sebegitu sekali.Sudah pasti ada yang mengambil cuti semata-mata mahu memberi perhatian pada anak-anak.

Pada mereka yang tidak bertanggungjawab, mengejar jumlah dan ranking A pastinya tidak merasa sebagaimana yang dirasai oleh orang lain. Cukuplah pengalaman mengambil SPM 1989 di mana kertas BM terpaksa diambil semula. Ia meragut pergi semangat yang ada. Tidak sangka pisang berbuah dua kali.


Wallahualam.


Wednesday, September 10, 2014

Klinik Guaman Percuma

Klinik Guaman Percuma

Pemberitahuan

Assalamualaikum wrh wbt.
Dimaklumkan bahawa Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM) dengan kerjasama Jabatan Syariah&Undang2, APIUM akan membuka Klinik Guaman Syarie yg akan beri nasihat&rundingcara percuma kepada orang awam.
Bermula: Hari Jumaat 12&26 Sept 2014 (berterusan jumaat ke-2 & ke-4 setiap bulan)
Masa: 9.00-12.30tgh.
Tempat: Bilik Hadapan Mahkamah Mut, Akademi Peng Islam, UM. Hubungi Cik Syada (0192823002) / Faridah(0192630283)/Junid Ramali (0199080393). Sekian.



Sent from my iPhone

Tuesday, September 9, 2014

Tips hadapi peperiksaan


Bismillah,

Hari ni pastinya ibu ayah penuh debaran. Manakan tidak bagi ibu bapa yang anak menduduki peperiksaan UPSR pasti akan merasa bimbang dengan anak-anak yang mengambil peperiksaan pada hari ni. bagi diri saya sendiri debaran itu ada namun debaran lebih hebat adalah bila anak pertama menghadapinya. Sekarang bila sudah ada beberapa kali anak-anak berdepan peperiksaan maka ia menjadi perkara biasa walau ada kerisauan. Krisauan bukan semata dari segi persediaan namu lebih kepada risau kesihatan dan pemakanan anak sewaktu peperiksaan. Contoh anak saya Iman selalu demam bila dia penat atau terlalu banyak bebanan kerja di sekolah, mudah terkena batuk dan juga alahan.

Peperiksaan UPSR hanya pendedahan pada anak-anak bagi menghadapi cabaran pembelajaran. Ia seperti satu anak tangga, dan UPSR adalah tangga pertama yang perlu didaki bagi  meneruskan pada anak-anak tangga yang seterusnya untuk sampai ke mercu. Bagi yang sudah mengharung berpuluh kali peperiksaan ia satu pengalaman. Dan untuk kali pertama pasti kita merasa amat susah dan untuk yang seterusnya kesusahan itu dapat diserap dengan pengalaman yang ada.

Bagi saya motivasi bagi anak-anak yang bakal menduduki peperiksaan tiada lain perlu mendekatkan diri pada Allah. Banyakkan istighfar dan solat serta zikir. Semakin hampir peperiksaan maka semakin kerap saya mengingatkan anak-anak untuk melakukannya. Ia bukan kekerapan manyuruh anak membaca buku dan mengulangkaji. Anak-anak biasanya sudah tahu tugas membaca dan mengulangkaji, sebagai ibu peranannya adalah mengingatkan anak untuk meletakkan apa sahaja usaha kepada Allah yang Maha Pemberi. Kuat membaca dan rajin berusaha bukan tiket berjaya kerana berjaya juga adalah kehendak Allah jua. Maka tawakkal itu perlu dari awal saat usaha bermula.

Wallahuaalam

Sunday, September 7, 2014

Warisan



Di sini lahirnya sebuah cinta dan warisan
Di sini tempat berteduh dari panas dan hujan,
bermain dan berlarian,
belajar mengenal erti kehidupan,
kasih sayang erat terjalin
tersimpan kemas segala kenangan,
manis dan pahit, tawa dan tangisan,
memberi pengalaman
mengajar kematangan.
walau jauh di perantauan,
setia menyambut kepulangan,
berlalu masa seiring zaman,
kini tinggal tiang dan papan,
menunggu masa untuk dirobohkan.
6.Sept. 2014

Saturday, September 6, 2014

Erti persahabatan


gambar persahabatan dua anak kecil 555x416 Kumpulan Gambar Persahabatan Sejati
Bismillah,

Hidup ini ada jatuh bangunnya, ia seperti roda. Perjalanan kita akan sentiasa diuji. Proses satu-satu perjalanan kehidupan akan menemukan kita dengan pelbagai ragam manusia. Ada yang baik hingga terjalin ikatan persahabatan. Ada juga yang sekadar kenal mesra sahaja. Kenalan akan sentiasa bertambah, namun ada yang akan terputus hubungan,terpisah dek tinggal berjauhan dan sebagainya. 
gambar persahabatan Kumpulan Gambar Persahabatan SejatiPersahabat perlu disuburkan dengan perkongsian khabar berita, bila sakit berkunjung ziarah. Pun ada juga berselisih pendapat wujud jurang dalam perhubungan. Pergaduhan tercetus lalu membarah menjadi musuh. Ternyata benar, persahabatan itu ibarat menulis buku ia mengambil masa yang lama untuk disiapkan, namun masa yang singkat sahaja membakarnya menjadi abu. 

gambar persahabatan kucing lucu Kumpulan Gambar Persahabatan Sejati
Menjaga persahabatan sama seperti menganyam tikar, bagi memastikan tikar yang cantik anyaman dan yang halus ia perlu diperhalusi buatannya dari awal, maka tikar itu akan tahan lama. Begitu jua jalinan persahabatan, untuk menjadi akrab kita perlu mengenal hati dan budi, boleh saling bertoleransi ia pasti akan teruji namun dengan kefahaman dan ketulusan persahabatan pasti akan sentiasa utuh. 


gambar lucu persahabatan Kumpulan Gambar Persahabatan Sejati
Mahalnya harga persahabatan perlu dibaja dan dijaga, saat terguris maafkan sahabat, bila berselisih carilah persefahaman, elakkan ungkit mengungkit. Jangan ada dengki dan hasad. Hidup ini tidak lama, hargai apa yang kita ada sementara ia masih bersama kita. Ingatlah, kawan-kawan lama ibarat emas manakala kawan-kawan baru ibarat berlian. Jika kita mendapat sebutir berlian, jangan lupa emas tersebut kerana untuk memegang sebutir berlian, kita sentiasa memerlukan tapak emas.


Friday, September 5, 2014

Bisnes secara 'lean start up'


Bismillah,

Petang tadi saya terserempak dengan jiran saya Ustazah Wan Noriah sekembali dari ofis. Beliau waktu itu bersama anaknya membawa sebekas roti. Bila ditegur katanya baru balik dari demo oven untuk bakar roti. Kata Ustazah Wan, anaknya sekarang mahu berhenti kerja jadi wartawan. Kerja yang yang tidak tentu masa, jadi altenatifnya adalah buat roti jual kepada rakan-rakan, dapatkan pelanggan dulu.. Beli oven pun untuk mudahkan memasak. Katanya dia mahu anak-anak belajar berniaga walaupun makan gaji.

Maka saya mula buka cerita bahawa di ABS Ainon Busines School ada syarikar roti. Ada otai yang mahir serta miliki kilang roti boleh berkongsi pengalaman jatuh bangun berniaga roti. Ia supaya bagi yang baru benriaga tidk terbakar tangan. Menggunakan konsep lean start-up amat sesuai untuk yang baru menceburkan diri dalam perniagaan.

Ramai yang mahu menukar kerjaya dengan berniaga akhirnya kecundang setelah berhabis duit ringgit dan perniagaan entah ke mana. Maka di ABS anak muda atau yang pernah berniaga cara belajar yang betul. Selain itu adanya ekonomi persahabatan membantu individu mengutip pengalaman berniaga dari yang sudah berjaya.

Berniaga satu pekerjaan mulia kerana ia sunnah Rasullulah, dengan berniaga kita tidak perlu makan gaji bahkan ada peluang yang pelbagai. Bagi yang berninat boleh layari secret grup ABS untuk belajar cara berniaga secara percuma.

Wallahuaala.

Bicara buku: 10 buku berpengaruh


Bismillah,

Tuan Yusry Yussop menulis di FB beliau tentang 10 buku yang berpengaruh, beliau menyatakan bahawa beliau lebih mengingati penulis berbanding dengan judul buku. Saya terfikir kata-kata beliau itu. Ada buku-buku yang dibaca tanpa sedar memberi impak yang mendalam pada diri. Saya antara yang suka membaca buku. Sejak kecil saya sudah hantu buku-buku novel yang berat dan tebal. Bahkan Hikayat Ramayana, Merong Mahawangas dan lain-lain buku yang sepertinya menjadi teman buat saya pada usia 7-9 tahun. Paling memberi kesan adalah buku Arni dan Keluarga Gerilya oleh Promoedya Anata Toer, Novel-novel karya Pak Hamka seperti Tenggelamnnya Kapal Vander Vijk. Juga karya sasterawan negara seperti buku Sesudah subuh sebelum senja karya Arenawati jika tidak salah saya.

Selari dengan usia apabila ke sekolah menangah saya mula terpengaruh dengan buku Mills & Boon. Buku Mb jadi bahan bacaan yang menyebabkan saya ketagih. Buku itu biasanya saya pinjam dari kawan saya yang kakaknya guru bahasa Inggeris. Tidak cukup dengan rakan guru saya sendiri membeirkan buku untuk saya baca. Bila naik ke tingakatan 4 saya mula terdedah dengan buku thriller seperti tulisan Virginia Andrews, Danielli Steel dan lain-lain lagi.

Masa berubah, minat juga berubah. Saya mula membaca buku-buku motivasi dan sejarah. Buku karangan Puan Ainon Mohd, dan  yang senagakatan dengannya menjadi bahan pembacaan saya. Bila masuk alam rumahtangga dan kerjaya saya mula meluaskan bacaan saya kepada pelbagai genre. Antara yang memberi impak pada saya dalam menceburi bidang perniagaan adalah buku Membina Imiginasi Cemerlang karangan Dr Tuah Iskandar, manakala buku Pua Ainon Mohd banyak membuka mata saya dalam penulisan terutama buku Berfikir. Manakala buku yang mengubah matlamat hidup saya hampir 100% adalah buku karangan Dr Abdullah Aidh Al Qarni bertajuk Jagalah Allah Allah menjagamu.

Membaca ternyata mampu mengubah persepsi kehidupan. Sekarang ini saya masih meneruskan pembacaan dmei meningkatkan ilmu pengetahuan. Manakala bila menulis ia menambahkan lagi ketajaman minda, Ia bukan nermakna kita lebih tahu tapi sekadar mengingatkkan diri sendiri dan mewarisi pembacaan itu kepada anak-anak cucu.

Wallahualam.

Didik anak berdikari



Bismillah,

Jumaat yang barakah hari ini, hujan mencurah turun sejak pukul 4 petang. Saya masih mengadap kerja di ofis. Hati risau seumpama suara huja diluar tingkap. Iman Ihsan sudah masu khari ke-2 demam panas dan batuk. Ia ternyata bukan berita yang bagus sementelah tiga hari lagi Peperiksaan UPSR akan tiba. Namun Iman ternyata kuta semangat, dirasakan badannya kuat dia gagah ke sekolah hari ini kerana katanya cikgu maklumkan wajib hadir kerana perlu susun kerusi meja. Saya yang ada appointment berkejar balik ke rumah sewaktu tengahari mahu memastikan keadaan Iman.

Balik sahaja Iman terus baring kepenatan, badannya panas. Lalu saya memastikan dia makan nasi dan mengambil ubat. Bila beliau sudah tidur lena baru saya ke pejabat semula. Itulah anak, walau di usia 12 tahun beliau sudah mampu berdikari namun di saat begini anak-anak biasanya perlukan ibu. ia agak mencabar bagi ibu yang bekerja. Namun saya seboleh mungkin mahu sentiasa memastikan saat diperlukan saya ada di sisi anak-anak.

Melihat Iman yang sekarang ini mengurus diri sendiri teringat saya masa kecil. Bila ibu terpaksa bekerja semua perkara saya belajar mengurus sendiri. Adakala terpaksa masak nasi sendiri, waktu dulu rumah kami masih tiada dapur gas, masih menggunakan kayu api, bila balik sekolah saya terpaksa masak nasi sendiri. Usia lapan tahun dengan sendiri sudah pandai memasak. Mengurus rumah. Ia satu kenangan yang indah, dan pengalaman yang mahal. Bila mendidik anak-anak maka saya dengan sendiri menerapkan nilai dan konsep berdikari kepada mereka. Anak-anak akhirnya terbiasa dan tahu apa tugas mereka. Memang pada peringkat awal kita rasa agak sukar, Pertanyaan yang ada bolehkah anakku buat ini, tak bahayakah? Contoh iron baju, ia bukan mudah nak membenarkan Iman gosok baju sendiri tapi lama-lama dia makin pandai menguruskan diri. Bangun pagi adakala dia sediakan sendiri cereal.

Saya pernah ditegur mertua kerana Iman lakukan semuanya sendiri. Kata suami biarlah mereka berdikari, yang penting mereka tidak buat hal yang tidak baik. Saya lihat ramai kanak-kanak bila mahu ke sekolah ada sahaja ragammya. Alhamdulillah saya tidak diberikan cabaran sebegitu mungkin kerana diri sendiri sudah belajar berdikari dari kecil dan ini semua mempengaruhi cara anak-anak.

Walauapa jua keadaan sebagai ibu sudah pasti kasih sayang dan kebajikan anak tidak boleh diabaikan dengan hanya slogan berdikari. Untuk mendidik tidak bererti ibu bapa lepas tangan semua perkara. Allah permudahkan kita semua dalam mengurus keluarga.