Sesungguhnya peringatan itu memberi manfaat kepada mukmin
"Sesungguhnya Allah telah membeli daripada orang-orang yang beriman (mukmin), jiwa dan harta benda mereka dengan memberikan syurga kepada mereka, disebabkan mereka berjuang di jalan Allah, …. Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan dan itulah kemenangan yang seagung-agungnya". (At-Taubah: 111)
Perjalanan kehidupan seseorang menuntut kepada suatu perjuangan yang terkandung didalamnya nilai pengorbanan. Seseorang pejuang sudah pasti mengimpikan suatu kejayaan yang memerlukan pengorbanan. Seiring dengan pengorbanan itu sudah pasti perlukan ketabahan, keyakinan, semangat dan matlamat kejayaan yang jelas dan jitu demi memastikan kejayaan yang dimiliki akan membuahkan kebahagiaan kepada si pejuang. Sesungguhnya kehidupan adalah memberi bukan sekadar menerima...ia juga untuk dimanfaatkan sebagai bekalan kehidupan abadi.
“Ya Allah, ampunilah kesalahanku, kebodohanku, sikapku yang melampaui batas dalam urusanku, dan semua dosaku yang Engkau lebih mengetahui mengenainya daripada diriku sendiri. Ya Allah, ampunilah kesungguhanku, kelalaianku, kesalahanku dan kesengajaanku yang semua itu ada pada diriku.” (Hadis riwayat Imam Al-Bukhari dan Muslim)
Tuesday, June 30, 2015
Jurnal Ramadan : Nikmat Iman
Monday, June 29, 2015
Jurnal Ramadan : Harta untuk disyukuri
Bismillah,
Nabi bersabda bahawa umat akhir zaman yang bakal menerima bala sebagaimana penyakit umat yang dahulu.
-Hadith Riwayat Abu Hurairah
Raja yang bangga dengan kuasanya hingga mengaku dirinya tuhan.
Qarun bangga dengan hartanya hingga takbur dan kufur. Namun mati dal harta.
Seorang yang amat alim pada zaman Nabi Musa hingga ada pengikut tidak terhingga tapi mati dalam kufur.
Maka Nabi mengingatkan akan akan ada yang menimpa umat akhir zaman yang membawa pada kufur.
Sahabat bertanya, apakah dia wahai Rasulullah. Kata baginda; terlalu mewah dalam hidup, tipu menipu untuk mendapatkan harta benda.
Selain itu saling marah memarahi antara satu sama lain dan berlaku kezaliman dalam masyarakat. Huru hara dalam masyarakat apabila timbul dengki dan hasad.
Kufur dengan nikmat pada Allah, menyebabkan lupa pada Allah. Seseorang yang tidak
syukur pada nikmat mendapat murka Allah.
Bagi setiap mukmin perlu sentiasa dekat pada Allah atas kurniaan nikmat. Kita perlu sentiasa berduka dan takut dengan dosa.
Takut pada perlu ada, kedukaan ada pada hati dan wajah. Duka ini kerana takut pada Allah, ia membawa pada syukur. Merasa takut dengan amalan yang tidak
cukup sebagai bekal.
Harta yang ada perlu disalur dijalan Allah. Mencari harta dan menambah tidak salah, tetapi perlu dimanfaatkan sebaiknya melalui zakat dan sedekah.
Harta hanya pada tangan bukan pada hati.
Ilmu perlu membawa pada zuhud dan takut pada Allah bukan takbur dengannya.
Harta untuk taat kepada Allah. Bukan pada maksiat dan menipu.
Sifat qanaah adalah redha dengan pemberian Allah.
Tazkirah
Surau Al Hidayah
11 Ramadan 1436
Friday, June 26, 2015
Jurnal Ramadan : Hargai Detik Masa
Bismillah,
Pejam celik terasa cepat Ramadan berlalu. Sudah masuk hari ke sepuluh umat Islam berpuasa. Alhamdulillah, kami mengambil peluang untuk balik berbuka dengan ibu ayah.
Perjalanan pulang kami sempat singgah berbuka di masjid. Suasana yang indah, apalagi masjid diimarahkan dengan program berbuka sepanjang Ramadan.
Menurut AJK Masjid, setiap hari disediakan juadah dalam bentuk bungkusan, manakala hari minggu lauk pauj dihidang. Ia bagi memberi peluang musafir yang pulang ke kampung seperti kami singgah berbuka.
Jika dikira, hari ini Ain ada tusyen di sekolah. Namun demi mahu berbuka dan bersama ayah bonda, kami korbankan sekali tusyen tersebut. Ia dengan menilai mana yang perlu utama.
Menjengok ibu bapa yang uzur adalah tanggungjawab anak-anak. Apalagi di bulan Ramadan, amalan berbuka bersama akan menambah kemeriahan dan menghibur hati mereka. Nyatanya, kita sendiri tidak pasti, apakah akan ada lagi Ramadan tahun hadapan.
Ia samada kita atau mereka. Allahu... detik masa yang ada sesungguhnya amat berharga. Bagaimana kita mengisi masa tersebut amatlah penting. Adakah ia menambah amal atau sebaliknya.
Seringkali mengira detik waktu berlalu, maka saat itu diri merasakan alangkah bantak masa berlalu tidak dimanfaatkan secukupnya.
Soalan cepumas dari anak sewaktu sedang memandu pulang semalam; " Ummi, jika masa diputarkan kembali, apa yang mahu Ummi buat?".
Saya katakan; " Ummi mahu khatam Quran sebanyak mungkin dalam sebulan, mahu berpuasa sunat sepanjang tahun yang ada. Ini kerana bukti kita sekarang mampu lakukan, kenapa masa remaja tidak kita lakukan ini? Maks anak-anak, rebutlah peluang ini".
Puasa Ramadan, bila kita sudah terbiasa denfan puasa sunat apa yang membezakan adalah kita mahu mengisi detik yang ada dengan mengejar ganjaran pahala yang dijanjikan.
Sungguh benar bila Allah bersumpah, "Demi Masa, sesungguhnya manusia itu berada dalam kerugian"
Peringatan ini untuk kita. Masa berlalu tidak mampu kita ubah. Apa yang penting masa hadapan perlu kita corakkan dan warnakan dengan lukisan hidup yang terbaik yang bakal mewarnai dan menyinari hidup di alam abadi.
Wallahuaalam
10 Ramadan 1436H
Bagan Datoh
Jurnal Ramadan : Tadabbur Surah At Tin
Jurnal Ramadan : Persediaan Menuju Mati
Bismillah,
7 hari Ramadan kita telah berjaya mengamalkN ubudiyyah bagi mengharap redha Allah
Peluang hidup tidak lama, iaitu umum umat Muhammad 60-70 tahun sahaja untuk bekal ke akhirat.
Ia belum tentu cukup dengan kehidupan akhirat amat singkat. Sebanyak mana bekal amat sikit denfan hidup di akhirat.
Diriwayatkan Abu Hurairah dihujung usianya menangis. Lalu ditanya oleh sahabat yang lain, engkau adalah orang yang hampir dan banyak meriwayatkan hadith.
Wahai sahabatku aku bukan takut mati, atau takut meninggalkan semua harta yang ada namun aku takut dengan bekalku yang sedikit.
Pahala buatnya tiap minggu disebut oleh semua kerana hadith yang diriwayatkan olehnya serta miliki ilmu yang banyak.
Bahkan beliau adalah sahabat yang menjadi ahli ibadah. Antaranya dia ada 12 ribu biji kurma. Dia tidak akan tidur melainkan dia habiskan biji kurma tersebut.
Bayangkan diri kita, apakah kita focus pada ibadah? Walhal saat berbuka adalah masa untuk berdoa. Maka ambillah peluang untuk berdoa detik berbuka.
5 minit sebelum berbuka luangkan masa untuk berdoa. Mohon syurga, ampun dosa kepada Allah.
Kata Rasulullah orang yang beriman tidak akan puas dengan kebajikan sehingga hayatnya.
Ramadan adalah masa untuk menjana pahala bekal ke akhirat. Bila Allah ambil nyawa kita, maka tiada lagi ditangguh atau dipercepat walau sesaat.
Lalu fikirkan ke mana kita akan dibawa, tanpa membawa amal, kubur yang gelap
akan diterangi cahaya dek amal sebelum mati.
Sunyi kubur kita akan ada peneman bila ada amal. Namun kubur yang gelap ditambah dengan azab kubur bila mati dalam keadaan berdosa.
Saidina Uthman r.a akan menangis bila lalu di kubur. Sesungguhnya kubur ini adalah persinggahan pertama, siapa yang selamat maka persinggahan yang seterusnya akan mudah. Begitulah sebaliknya.
Sebelum kita dihantar ke negeri akhirat, maka berbuatlah amalan yang boleh mengalir pahalanya ke alam barzah.
Amalan ini bagi menambah pahala adalah sedekah. Ilmu bermanfaat, sedekah jariah dan anak yang soleh adalah harta bekalan akhirat.
Imam Ibnu Rajab Al Hambali berkata Rasulullah memperbanyakkan sedekah pada bulan Ramadan:
1.Berkat bulan Ramadan yang digandakan.
2. Allah amat dermawan di bulan Ramadan.Pintu syurga dibuka pintu neraka ditutup.
3. Menghimpun amalan puasa dan amalan sedekah menjadikan asbab seseorang dimasukkan syurga. Luar nampak dari dalam dalamnya nampak dari luar.
Tidak dapat dibayangkan ia hanya khas untuk orang yang berbuat 4 amalan: menjaga lidah, berpuasa, memberi makan, solat malam saat orang tidur.
Tazkirah Tarawih,
7 Ramadan 1436 Hijrah
Surau Al Hidayah
Monday, June 22, 2015
Business Model Canvas : Unique Selling Proposition
1. Menggunakan daun pandan bukan daun pisang, aromanya semerbak.
2. Kelapa parutnya banyak, halus dan fresh.
3.Bersih dan sedap. Menarik sekali kerana semua staf berpakaian putih.
2. Bahan-bahan digoreng semula.
3. Kuah yang sedap boleh dimakan panas-panas. Sungguh menyelerakan.
Sunday, June 21, 2015
Jurnal Ramadan : Berbuka di Masjid Sultan
Bismillah,
Hari ini kami selsesai berkonferen. Ia tarikh kami berangkat pulang. Maka kami memilih untuk berbuka di Masjid Sultan. 4 hari di Singapura banyak tempat yang sudah kami jelajah maka bagi menambah kenangan manis kami rasakan berbuka di Masjid Sultan pastinya pengalaman baru.
Ada pelbagai juadah di jual di tepi masjid. Semuanya sedap dan ada tarikan tersendiri. Saya memilih rojak yang unik untuk dirasa. Selain itu ada juga beriyani yang panjang pelanggan beratur untuk menikmati juadahnya.
Masjid pula ada menyediakan bubur lambuk. Setiap orang perlu beratur dan diberi dua bekas seorang. Ada tabung disediakan khas untuk yang mahu bersedekah bagi penyediaan bubur lambuk selain derma masjid dan derma Ramadan.
Berbuka puasa pula disediakan kerusi meja berdekatan bangunan Malay Heritage, pihak masjid juga menyediakan air dan buah-buahan. Ia juadah sederhana yang sudah cukup bagi perantau yang melepaskan lelah dan mahu menikmati suasana berbuka di Masjid.
Makan minum tidak dibenarkan sama sekali di dalam masjid. Ia mengelakkan dari masjid kotor dan sekaligus lebih teratur penyediaan berbuka. Selesai berbuka kami tidak sempat berterawih di masjid Sultan kerana perlu terus ke airport.
keadaan ramai berpuasa, menahan diri dari lapar dahaga, ada juga yang selamba menghirup air walau bergelar Muslim. Ia nyata bergantung kepada iman dan kesedaran. Biarpun tiada penguatkuasa yang mengambil tindakan namun jika tahu Allah melihat segala tindakan pastinya diri akan takut dengan seksaan.
Sewaktu di airport kami sempat bertemu staf di kaunter yang berkongsi bagaimana mereka terpaksa bergilir untuk berbuka kerana tiada masa khas untuk berbuka. Sementelah ramai pula pelanggan dan masa pick hours untuk banyak flight membuat penerbangan.
Kerja adalah ibadat, dan ibadat wajib itu tetap perlu dilaksana walau apa keadaan. Itu tanda kita miliki iman.
Wallahuaalam.
Jurnal Ramadan : Memilih yang halal
Bismillah,
Hari pertama puasa Ramadan cuaca sangat nyaman. Kebetulan kami berada di ACA Singapore 2015 untuk hari pertama. Berada dalam bilik seminar ia tidak terasa seperti berpuasa. Makanan yang terhidan juga kami tidak terasa terliur. Cuma apa yang ralat kali pertama dalam seminar akademik ada sajian arak untuk yang bukan Islam.
Sewaktu pulang ke hotel kami menggunakan MRT. Sepanjang laluan balik ke hotel memang banyak bazar yang menjual makanan. Pada mulanya kami mahu membeli makanan yang tersedia dijual, tetapi bila melihat dan memikirkan kebersihan serta halalnya maka kami membuat keputusan untuk membeli makanan di restoran yang terbukti halal dan sedap makanananya.
Berpuasa di rantau orang tidak susah jika kita tidak memilih dan paling penting menghayati konsep ibadah puasa itu sendiri. Ia perlu ada dalam mindset bahawa puasa untuk mendidik hati dan jiwa serta fizikal. Maka kita boleh santap apa sahaja yang ada. Paling penting ia tidak mudarat dan memberi tenaga pula untuk beribadat mengerjakan terwaih pada malamnya.
Lauk pauk hidangan di Singapura hampir sama sahaja dengan yang ada di Malaysia. Cuma ada beberapa makanan yang agak unik pada hemat saya yang boleh dirasa, contoh tauhu gorengnya sangat sedap serta lain dari yang lain.
Berpuasa di Singapura, nikmatnya dengan rezeki dari Allah, malamnya di Masjid Khalid ada moery bubur kacang dan air bandung.
Wallahuaalam.
Jurnal Ramadan : Puasa di Perantauan
Sunday, June 14, 2015
Ujian untuk yang bersabar
Bismillah,
Hidup akan sentiasa diuji, tiada yang sunyi dari cabaran. Selagi bernafas, selama memikul tugas insan. Allah akan menguji insan dengan cara berbeza demi mengingatkan insan agar dekat kepadaNya dan meminta serta berharap hanya padaNya.
Sebelum meninggalkan bumi Malaysia, saya sudah dikhabarkan suami tentang anak rakan baiknya yang kritikal di ICU kerana mengidap kanser. Ia agak menyedihkan buat kami. Beliau hanya milik dua orang anak. Anak yang mengidpa kanser suudah berumur 19 tahun sebaya anak sulong kami.
Berat mata memandang berat lagi bahu memikul. Sewaktu di Brunei menjalankan kursusu work life balance, saya dimaklumkan suami yang anak sahabatnya sudah meninggal dunia. Itulah lumrah hidup. Kita insan hanya mampu berikhtiar, Allah jua yang Maha Merancang dan menentukan segalanya. kehilangan insan tersayang bukan sekadar ratapan namun sudah pasti ia akan terselit kenangan abadi bersama insan yang pergi menuju perjalanan akhir untuk hidup yang hakiki dan abadi.
Hari ini di kelas Kaunseling Kelompok, seperti biasa saya meneruskan sesi bersama pelajar. Ia tujuk yang sama iaitu 'work life balance'. Ternyata dihujung perbincangan baru saya ketahui bahawa salah seorang pelajar saya anaknya mengidap leukimia. Mendengarkan kisah maka boleh saya katakan pelajar saya ini sangat kuat dan tabah orangnya. Mengharung kedukaan dan cabaran saat menjaga dan merawat anak tunggalnya dengan penuh positif dan optimis dengan apa yang jalaninya.
Mengenang kepada apa yang berlaku kepada orang-orang yang dekat dengan diri kita, sesungguhnya membawa diri terasa kerdil di sisi Allah serta syukur yang tidak terkira mengingatkan betapa ujian snediri lebih kecil dibanding orang lain. Maka saat menerima ujian bersabarlah hati. Tenanglah wahai diri. Saat kita mengeluh payah, masa kita menyatakan susah ada orang lain yang ada sekeliling kita lebih susah dan teruji.
Anggaplah besar atau kecil ujian hidup sebagai kasih sayang Allah pada hambaNya, yang mahu sentiasa meletakkan Allah, Rabb sekalian Alam sentaisa dalam diri, Saat susah atau senang Allah sahaja tempat bergantung harap. Hanya Dia tempat meminta. Allah Al Mustaan.
Wallahuaalam
#menujuRamadhan
Friday, June 12, 2015
Kun Anta - Jadilah diri sendiri
Thursday, June 11, 2015
Work Life Balance- Brunei 2015
Kurus ini amat bermakna dan menjadi penanda aras buat diri saya setelah belasan tahun terlibat dalam bidang kejurulatihan. Ia satu rahmat dan rezeki dari Allah kerana terpilih sebagai jurulatih untuk kursus ini yang buat julung kali diperkenalkan di IPA. Bahkan saya juga bertuah terpilih dari hampir 300++ yang disenarakan untuk menjadi menjadi trainer secara solo selama 4 hari program..
Program 4 hari ini dimestikan hanya seorang sahaja yang mengendalikan dengan kemestian mengadakan modulyang lengkap bagi 4 hari tempoh kursus dan mengikut objektif serta keperluan kususu.
Kredit juga saya berikan kepada para peserta yang datang dari pelbagai jabatan di Brunei yang sangat komited serta berdisiplin. Jutaan penghargaan juga saya hulurkn kepada Timbalan Pengarah IPA yang juga Pemangku Pengarah IPA yang menganjurkan idea serta sangat komited mahu program ini dilaksanakan.
Lebih teruja dan manis juga buat saya sebagai jurulatih kursus kerana kursus kali ini dapat menyertakakan Anis Najwa sebagai pembantu traine yang secara tidak langsung mendedahkan beliau kepada dunia kejurlatihan atau training. Ia secara tidak langsung satu latihan atau 'knowldege transfer' atau pemindahan ilmu yang pastinya amat berguna buat beliau sendiri untuk kehidupan akan datang.
Aakah keperluan sebagai jurulath atau trainer?
Sejak sekian lama juga tidak pernah saya mempromosikan diri sendiri untuk memasuki mana-mana jabatan sebelum ini bagi menjalankan training. Kebanyakannya lebih kepada resume yang mereka peroleh, dan penilaian dibuat dari situ. Ada juga beberapa kosultant yang mengambil khidmat saya kerana adanya perkongsian dari muult ke mulut oeh rakan-rakan.
Jika kita mempunyai buku-buku yang ditulis dari pelbagai genre, isu dan percetakan ia amat membantu, Selain itu sekiranya ada pengalaman menjadi kolumnis untuk majalah atau banyak menulis artikel-artikel yang berkait dengan modul kursuss juga amay menyumbang bukti kemahiran dan pencapain. Penerbitan ilimiah seperti jurnal baik dalam dan luar negeri juga adalah kredit bagi seseorang yang bergelar trainer.
Itulah yang akan membezakan kita dengan orang lain. Jangan sekali merasakan diri hebat atau banyak ilmu namun sentiasalah bersyukur pemberian ilmu dari Allah dengan merasakan lebih banyak kita ambil tahu maka lebih banyak lagi diri menyedari banyak yang kita masih kita tidak tahu.
MODUL
Pembinaan dan kesesuaian modul untuk satu-satu kursus juga memainkan peranan penting. Ini bagi memastikan objektif sesuatu kursus berjaya atau makulmat yang mahu dikongsi dapat dicapai. Modul yang baik akan dapat membantu peserta memahami serta menyerap apa ilmu yang mahu disampaikam oleh jurulatih, dan dalam masa yang sama ia dapat dipraktikkan.
Modul yang baik bukan semata pada teoari dan canggihnya terminologi atau promosi yang diadakan kerana ia juga bergantung pada konten dan cara modul disampaikan, selain itu adanya aktiviti-aktiviti yang relatif dan ada kesinambungan dengan objektif serta matlamat kurusu.
Selain itu pengendalian dan perlaksanaan kursus yang teratur atau bersistematik membei impak pada modul kursus. Ini boleh dilhat dari respon awal dari peserta atau dipanggil Pre-Evaluation Test dan juga Post Evaluation Test. Feed back dari peserta dan penganjur menentukan sejauh mana modul yang rangka berkesan dan mencapai objektifnya selain dari impak dan perubahan peserta selepas kursus.