Sesungguhnya peringatan itu memberi manfaat kepada mukmin

"Sesungguhnya Allah telah membeli daripada orang-orang yang beriman (mukmin), jiwa dan harta benda mereka dengan memberikan syurga kepada mereka, disebabkan mereka berjuang di jalan Allah, …. Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan dan itulah kemenangan yang seagung-agungnya". (At-Taubah: 111)

Perjalanan kehidupan seseorang menuntut kepada suatu perjuangan yang terkandung didalamnya nilai pengorbanan. Seseorang pejuang sudah pasti mengimpikan suatu kejayaan yang memerlukan pengorbanan. Seiring dengan pengorbanan itu sudah pasti perlukan ketabahan, keyakinan, semangat dan matlamat kejayaan yang jelas dan jitu demi memastikan kejayaan yang dimiliki akan membuahkan kebahagiaan kepada si pejuang. Sesungguhnya kehidupan adalah memberi bukan sekadar menerima...ia juga untuk dimanfaatkan sebagai bekalan kehidupan abadi.

“Ya Allah, ampunilah kesalahanku, kebodohanku, sikapku yang melampaui batas dalam urusanku, dan semua dosaku yang Engkau lebih mengetahui mengenainya daripada diriku sendiri. Ya Allah, ampunilah kesungguhanku, kelalaianku, kesalahanku dan kesengajaanku yang semua itu ada pada diriku.” (Hadis riwayat Imam Al-Bukhari dan Muslim)

Saturday, March 24, 2012

Pincangnya Sebuah Keluarga

Laproan Harian Metro Ahad .25/3/2012
KUALA LUMPUR: Sebagai wanita bergelar nenek, dia sepatutnya menunjukkan teladan baik kepada anak dan cucu, namun apa dilakukan Latifa, 46, sangat mendukacitakan anak perempuannya. Wanita mempunyai empat cucu itu dikatakan bernafsu untuk menjalin hubungan songsang dan belaian manja dengan seorang wanita berperawakan lelaki atau lebih dikenali sebagai pengkid berusia 32 tahun. Demi menjaga maruah dan mengelak ibunya terus bergelumang dosa, seorang daripada tujuh anak wanita berkenaan dikenali sebagai Lily, 23, mengambil keputusan mendedahkan insiden yang mengaibkan keluarganya kepada Metro Ahad dan berharap ada pihak membantu menyelesaikan kebuntuan itu. “Memang saya pernah melakukan dosa kerana melahirkan anak luar nikah, tapi anak mana sanggup melihat ibunya terus bergelumang dosa dan melakukan maksiat depan mata. “Jika hanya mendengar cerita mungkin tak mengapa, tapi saya tak tahan lagi melihat perbuatannya di depan mata saya. Dia ibu saya dan saya akan terus menyayanginya. 
“Jika dia berkasih dengan lelaki tulen, saya mungkin tak kisah kerana selepas lima tahun ditinggalkan bapa, kami anak beranak hilang kasih sayang seorang ayah, namun yang dikesalkan, ibu menjalin hubungan songsang dengan pengkid,” kata Lily.

Membaca laporan akhbar ini menunjukkan kepada kita pincangnya sebuuh keluarga. Bermula dari kehidupan berantakan si ibu hinggalah si anak. Kita membacanya terpaksa mengurut dada dengan segala macam tragedi dalam keluarga, dari kisah si ibu yang menjalinkan hubungan sejenis, anaknya pernah mengandungkan anak luarnikah, perkahwinan yang berakhir dengan perceraian walapun anak-anak sudah membesar. Terfikir dalam benak pemikiran, adakah ini suratan takdir atau sebenarnya kerana kealpaan diri sendiri yang hidup tidak mengikut landasan Islam, maka kehidupan menjadi huru hara, terpesongnya amalan kehidupan. Persoalan ini boleh dilontarkan dalam pelbagai sudut pandang:

1) Siapakah yang bersalah?
2) bagaimana menangani?
3) Apakah kesan ini semua kepada masyarakat?
4) Sejauh mana peranan masyarakat dan pihak yang berwajib dalam menangani isu ini?


Apa yang paling menyedihkan, begitu jauh tersasarnya kehidupan umat Islam masa kini. Sebagai yang bergelar saudara se-Islam kita perlu memainkan peranan membantu mereka yang tersasar ini. Kita tidak boleh mencemuh mereka tetapiperlu membawa mereka ke jalan yang betul. 


No comments:

Post a Comment