Harian Metro 7. Mac. 2012SHAH ALAM: Seorang janda muda bukan saja tergamak melihat anak kandungnya berusia 11 tahun dirogol teman lelaki, malah turut bekerjasama dengan merakam adegan menjijikkan itu menggunakan telefon bimbit.
Perbuatan kejam itu mendapat pembalasan apabila Mahkamah Sesyen di sini, semalam menjatuhkan hukuman penjara 21 tahun terhadapnya atas tiga tuduhan bersubahat dengan teman lelakinya yang merogol mangsa, di Rawang, dekat sini, tiga tahun lalu.
Hakim Latifah Mohd Tahar turut menjatuhkan hukuman penjara 30 tahun dan 15 sebatan terhadap teman lelakinya, seorang pemandu teksi, Ma Kassim Sirat, 44, yang mengaku salah atas tiga pertuduhan merogol mangsa.
Mengikut pertuduhan, Ma Kassim didakwa merogol kanak-kanak itu di sebuah pangsapuri di Rawang pada 12 tengah malam pada pertengahan Disember 2009 dan 30 Januari 2010, serta jam 10 malam, pada Mac 2010.
Ibu mangsa yang berusia 31 tahun didakwa bersubahat dengan teman lelakinya di tempat dan masa yang sama.
Bagi setiap pertuduhan, kedua-duanya didakwa mengikut Seksyen 376 (2) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 30 tahun dan boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan.
Petikan di atas adalah dari harian metro semalam, sewaktu membaca kisah tersebut halkum saya seakan tercekik, perasaan saya berbaur rasa marah dan sedih. Begitu terkesan dengan cerita ini, lebih-lebih lagi minggu yang lepasa juga ada tulisan saya yang menegur perbuatan seorang ibu tunggal yang menjual anaknya untuk dijadikan lepacur.
Kali ini ceritanya lebih teruk, saya tidak mampu meneruskan cerita, lebih baik anda pembaca membaca sendiri berita tersebut. Kesian dan simapti kepada anak yang menjadi mangsa itu tidak mampu saya ungkapkan. Sebagai kaunselor saya amat memahami akan trauma si anak. Bagaimanakah dia mampu menghilangkan trauma yang ada pada diri bila diperlakukan demikian? Bagaimana harus si anak meneruskan kehidupan selepas ini? Adakah mampu dia melupakan peristiwa pahit itu? Sudah pasti dia yang menanggungnya tidak dapat meluahkan sebagaimana bebann yang dipikul . Kita sekadar mampu meluahkan simpati.
Persoalannya ibu apakah yang sanggup melakukan sedemikina rupa? Adakah itu bukti cinta kepada kekasih.?Sungguh manusia sudah tidak ada perasaan dan naluri keibuan akan hilang dengan sendiri bila iman sudah menipis. Malunya saya pada dia kerana memengang status yang sama sebagai ibu. Dia mencemar segelintir ibu tunggal yang hebat mencipta nama dipersada masyarakat. Memang kajian saya selama ini banyak dipertemukan ibu tunggal yang menjadikan cara hidup Islam sebagai mengatasi kesusahaan dan kesengsaraan hidup. Mereka berjaya keluar dari permasalahan hidup kerana berpegang kepada iman dan Islam.Keikhlasan berkorban untuk anak-anak maka Allah memberi ganjaran kepada mereka. Moga kisah ini memberi kita iktibar dan wanita tersebut insaf serta kembali ke pangkal jalan.
Manakalasi perogol yang bergelar lelaki, rakusnya nafsu, mudahnya mengambil kesempatan dan mempergunakan kelemahan wanita. Ramainya manusia begini boleh meruntuhkan dan menjahanamkan dunia. Bila iman tiada, dosa dan pahala tidak kenal rupa. Melakukan kejahatan seperti melakukan kebaikan. Tidak ada rasa takut dengan azab Allah. Wahai yang bergelar lelaki, kalian sepatutnya melindungi kami. Bukan memperguna sesuka hati. Moga balasan yang diterima memberi pengajaran.
Saya mengingatkan diri sendiri serta kalian semua. Kita semua sebagai anggota masyarakat perlu menjadi prihatin. Membimbing mereka yang perlukan pedoman. Bukan kerana kita yang terbaik, tetapi kerana itu memang tugas dan tanggungjawab : "amar makruf nahi mungkar"
Wallahuaaalm.
ummu ieman ihsan
No comments:
Post a Comment