Perumpamaan yang sering diguna pakai sekarang ini iaitu " we are what we eat " atau dalam Bahasa Melayunya "kita adalah apa yang kita makan". Saya amat-amat bersetuju dengannya. Memang itulah yang Rasulullah ajar supaya kita menjaga diri dengan memakan perkara yang halal dan baik untuk kesihatan. Itulah salah satu sebab diharamkan rokok, arak dan sebagainya. Namun apa yang saya ingin ulas di sini adalah tentang pemakanan sihat untuk anak-anak. Seringkali bila ada sesuatu peristiwa yang nostalgik maka acara makan-makan pastinya ada.. Maka salah satu yang biasa kita dimomokkan adalah KFC, McD dll. Maka tidak pelik anak-anak kita juga melihat dan berfikir tempat ini begitu special. Saya pula tidak meletakkan semua itu bernilai,
Perihal pemakanan anak-anak adalah satu perkara penting tersenarai dalam tugas keibubapaan. Anak-anak saya tidak teruja dengan maggi, mee, atau yang sewaktu dengannya, tapi bukan bermakna tidak pernah merasa langsung. Percayalah pemakanan anak-anak membantu ke arah pertumbuhan otak yang sihat. Saya contohkan anak saya, iaitu ieman ihsan, beliau boleh mudah menghafal al Quran atau memorize pelajaran kerana jarang mengambil makannan yang mengandungi perasa, bahkan jika makan gula-gula saya selalu meminta ieman meastikan ada tanda halal pada pembalut jika tidak jangan ambil.
Mungkin kita biasa mendapat hamper pemberian dari kawan-kawan dan sebagainya, namun biasanya banyak yang terpaksa dibuang ke dalam tong sampah kerana tidak ada logo halal, atau diragui kehalalannya. Ini semua perana kita dalam mendidik anak-anak dalam memastikan makanan yang mereka ambil itu baik untuk diri serta halal dimakan. Saya suka memerhati setiap bahan yang digunakan, contohnya hampit 70% aiskrim di pasaran tidak halal, banyka juga yang dibawa masuk dari negara jiran, bahkan ada tulisan yang menyatakan ada DNA babi, oleh itu pesanlah kepada anak-anak supaya tidak mudah membelinya.
Lihat juga rata-rata yang menjual aiskrim dengan motor itu tidak ada tanda halal, maka jangalah biasakan anak-anak membelinya. Anak-anak tidak akan menangis atau merengek untuk dibelikan jika kita sudah membudayakan makan apa yang ada dalam peti ais atau telah tersedia di rumah. Jiak mereak di sekolah sudah pasti mereak lebih terdedah, namun pesanlah sentiasa serta fahamkan mereka, lama kelamaaan mereka tidak teruja dengan segala macam junkfood. bahkan jika diofer sekalipun mereka tidak teringin. Comtohnya KFC sudah bertapak di taman kediaman saya hampir tiga tahun, tetapi tidak pernah seklai ieman meminta dibelikan, bahkan bila ditanya jika ingin makan KFC, ieman menjawab: "tak payah ummi, itu bahaya pada badan sebab banykal emak, lagipun itu syarikat ada saham yahudi, jika kita beli maka kita membantu israel memerangi Palestine..." .Jika kita boleh memahamkan anak yang berusia 9 tahun ini maka sudah pasti apabila mereka dewasa mereka mampu membawa wadah Islam yang lebih besar. InsyaAllah... saya percaya kitalah yang membina acuan anak-anak kita.. oleh itui mari sama-sama kita menjadi ibu bapa yang prihatin dengan pemakanan mereka. Mendidik anak yang soleh/solehah salah satunya adalah makanan yang mereka makan.
Wallahuaalam.
No comments:
Post a Comment