Sesungguhnya peringatan itu memberi manfaat kepada mukmin

"Sesungguhnya Allah telah membeli daripada orang-orang yang beriman (mukmin), jiwa dan harta benda mereka dengan memberikan syurga kepada mereka, disebabkan mereka berjuang di jalan Allah, …. Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan dan itulah kemenangan yang seagung-agungnya". (At-Taubah: 111)

Perjalanan kehidupan seseorang menuntut kepada suatu perjuangan yang terkandung didalamnya nilai pengorbanan. Seseorang pejuang sudah pasti mengimpikan suatu kejayaan yang memerlukan pengorbanan. Seiring dengan pengorbanan itu sudah pasti perlukan ketabahan, keyakinan, semangat dan matlamat kejayaan yang jelas dan jitu demi memastikan kejayaan yang dimiliki akan membuahkan kebahagiaan kepada si pejuang. Sesungguhnya kehidupan adalah memberi bukan sekadar menerima...ia juga untuk dimanfaatkan sebagai bekalan kehidupan abadi.

“Ya Allah, ampunilah kesalahanku, kebodohanku, sikapku yang melampaui batas dalam urusanku, dan semua dosaku yang Engkau lebih mengetahui mengenainya daripada diriku sendiri. Ya Allah, ampunilah kesungguhanku, kelalaianku, kesalahanku dan kesengajaanku yang semua itu ada pada diriku.” (Hadis riwayat Imam Al-Bukhari dan Muslim)

Friday, March 9, 2012

Kita hanya mampu merancang...

Apa yang dirancang tidak menjadi..betul ..kita merancang tetapi Allah yang menetukan.. "wamakaru makarallah"... itulah peristiwa pagi ini. Konon-konon pagi-pagi lagi saya menyebut pada suami untuk breakfast bersama-sama di sebuah restoran di taman perumahan saya yang memang dikunjungi ramai. Apa yang saya suka restoran ini roti canainya memang mengikut selera Pantai Timur. 
Hmmm...yang iyenya namanya ibu, wanita macam saya ni bukannya biasa makan pagi di kedai, walaupun , mulut menyebut, tapi hati bukanlah teruja sangat nak pergi. Satu hal lagi, dah namanya suri rumah pagi-pagi begini semestinya rutin kebiasaan iaitu mengemas luar rumah, dalam rumah, itu ini..tup-tup masa berlalu.. tengok jam alahai dah pukul 9.00... Hmm..tak tau la.. nak cakap, saya rasa siapa yang bergelar ibu, isteri, suri-rumah atau wanita amnya mestinya bila kita nak keluar ada je hal-hal yang perlu dibereskan.. (contoh kain belum jemur, sinki ada yang belum clear dll yang bersangkutan dengan rutin rumahtangga). Waktu saya mengemas sinki dapur saya sempat mendengar suami saya bercakap jauh " orang perempuan ni semua benda remeh nak di fikir)

Itu pun saya dah cuba sebaik mungkin untuk mempercepatkan segala urusan rumah. (Nasib baik saya ni bukannya jenis bermake up atau bergincu, kalau idak mahu setengah jam pula ambik masa) Bila kami sampai di kedai tersebut, bayang meja pun dah tak nampak sebab ramainya orang yang berkunjung. Kami pula tidak boleh menunggu lama semata-mata untuk minmu pagi, so bye-bye la impian nak makan bersama. Hmm.. suami saya apalagi sangat-sangatlah kecewa.. konon-konon bila rancang dengan saya nak makan pagi bersama-sama di restoran sekali sekala memang susah.  Betul juga, jika tidak hari minggu, hari bekerja lagi susah. 

Merajuk la pagi ini si dia.. (orang lelaki kalau merajuk lebih teruk dari perempuan...'buruk bebeno rupenya' ni pinjam ayat suami saya .. jangan mara En suami,gurau saja). Padahal dia dah biasa makan pagi di restoran dengan kawan-kawan, biasa la suami walapun bukan selalu.. cuma dengan saya memang amat jarang... Masalahnya saya memang tidak makan di kedai mamak, keduanya saya jarang makan pagi.. ketiganya sebagaimana yang saya katakan... minum pagi kedai kopi bukanlah gaya hidupa saya, sama juga berpetang-petang atau bermalam-malam minum di koptiam.  (He..he... ni ayat-ayat alasan yang suami saya kata tidak boleh diguna pakai)

Moral of the story:
Cara kita berfikir dengan suami kita fikir memang tidak sama

Cara kita menangani sesuatu perkara juga adakalanya berbeza

Cara menilai dan menggunakan pendekatan dalam sesuatu hal juga tidak serupa.

Sememangnya perkara ini adalah satu perkara yang biasa, walapupun ada perkara yang berbeza, tetap ada perkara yang suami isteri sama pendapat. Jika perkara yang berbeza ini tidak ditangani maka akan timbullah pergaduhan dalam rumahtangga. Caranya adalah lebih banyak perlu bertolak ansur, Tidak salah memohon maaf dengan pasangan. Jika dalam keadaan tegang, banyakkan berdiam diri dari bertikam lidah, sebab saya percaya tiada yang menang. 
Adakala perkara yang berbeza itulah yang menyebabkan suami isteri serasi bersama. Saya seronok menjalani kehidupan kerana saya melihat setiap perkara yang berlaku adalah merupakan proses belajar. Kenapa ia adalah proses belajar? Kerana kita belajar memahami, belajar untuk menerima seadanya, belajar untuk bertolerasi, belajar untuk memberi bukan hanya menerima serta belajar bahawa setiap peristiwa itu ada
pengajaran disebaliknya. 
Pada saya pengajaran hari in adalah... ada ketikanya saya perlu pejam mata dan menikmati apa yang ada didepan mata... sekali sekala apa salahnya membiarkan rumah bersepah untuk mengejar masa... he..he.. walaupun sewaktu menghirup kopi tiba-tiba teringat...sesuatu yang belum beres di rumah... 
Ceriakan hari anda... selamat menikmati cuti hujung minggu....

To my dearie... you cheer up my life...  

Wallahauaalam.

No comments:

Post a Comment