Sesungguhnya peringatan itu memberi manfaat kepada mukmin

"Sesungguhnya Allah telah membeli daripada orang-orang yang beriman (mukmin), jiwa dan harta benda mereka dengan memberikan syurga kepada mereka, disebabkan mereka berjuang di jalan Allah, …. Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan dan itulah kemenangan yang seagung-agungnya". (At-Taubah: 111)

Perjalanan kehidupan seseorang menuntut kepada suatu perjuangan yang terkandung didalamnya nilai pengorbanan. Seseorang pejuang sudah pasti mengimpikan suatu kejayaan yang memerlukan pengorbanan. Seiring dengan pengorbanan itu sudah pasti perlukan ketabahan, keyakinan, semangat dan matlamat kejayaan yang jelas dan jitu demi memastikan kejayaan yang dimiliki akan membuahkan kebahagiaan kepada si pejuang. Sesungguhnya kehidupan adalah memberi bukan sekadar menerima...ia juga untuk dimanfaatkan sebagai bekalan kehidupan abadi.

“Ya Allah, ampunilah kesalahanku, kebodohanku, sikapku yang melampaui batas dalam urusanku, dan semua dosaku yang Engkau lebih mengetahui mengenainya daripada diriku sendiri. Ya Allah, ampunilah kesungguhanku, kelalaianku, kesalahanku dan kesengajaanku yang semua itu ada pada diriku.” (Hadis riwayat Imam Al-Bukhari dan Muslim)

Wednesday, March 21, 2012

Menjaga Kesihatan Diri Melalui Terapi Minda

Alhamdulillah hari ini semapt bertemu Prof Muhaya di ofisnya berkenaan penulisan buku. Beliau saya minta menuliskan kata-kata pengantar untuk buku terbaru saya iaitu Manhaj Kehidupan Khalifah Jiwa. Sebelum pertemuabn itu saya berkesempatan mendengar beliau berkongsi di radio IKIM. salah satu yang paling saya ingat adalah beliau mengatakan berdasarkan kajian 75% masalah kesihatan fizikal adalah berpunca dari minda. saya amat bersetuju dengan kajina ini kerana itulah juga yang dikemukakan oleh cendikiawan Islam Al-Balkhi yang mengatakan masalah kesihatan seseorang berlaku disebabkan oleh masalah psikologi.

Kita lihat rata-rata yang mengalami masalah sakit kanser, jantung, darah tinggi sebenarnya berpuncari dari tekanan, tidak cukup tidur, kerisuan serta kebimbangan hingga tidak lalu makan serta banyak lagi masalah kesihatan yang berpunca dari masalah dalaman diri. Hasil dari kajian serta pendapat yang dikemukakan maka adalah penting untuk kita menjaga kesihatan minda. kesihatan minda menjamin kesihatan tubuh badan.

Sebagai contoh masalah stress atau tekanan adalah punca yang boleh membawa kepada pentakit kronik. Lalu bagaimana cara mengelakkan stress atau menangani stress tersebut? Salah satu cara untuk menangani stress adalah dengan cara banyak berzikir. Zikrullah adalah ubat mujarab unutk mengelakkan dari tekanan, migrain serta meredakan perasaan. Mungkin segelintir meremehkan semua ini, tetapi sudah banyak yang berjaya menghilangkan masalah stress dengan zikrullah.

Selain itu cara yang mujarab juga adalah membaca Quran dan menghayati maknanya. Bagi yang memahami Bahasa Arab maka tidak susah bagi mereka, tetapi bagi yang tidak mereak boleh merujuk menggunakan Quran Tafsir. Apabila membaca dan memahami ayat-ayat tersebut, ia membantu melegakan perasaan yang tidak tenteram.

Selamat Mencuba Terapi Minda.
Wallahuaalam

No comments:

Post a Comment