Sesungguhnya peringatan itu memberi manfaat kepada mukmin

"Sesungguhnya Allah telah membeli daripada orang-orang yang beriman (mukmin), jiwa dan harta benda mereka dengan memberikan syurga kepada mereka, disebabkan mereka berjuang di jalan Allah, …. Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan dan itulah kemenangan yang seagung-agungnya". (At-Taubah: 111)

Perjalanan kehidupan seseorang menuntut kepada suatu perjuangan yang terkandung didalamnya nilai pengorbanan. Seseorang pejuang sudah pasti mengimpikan suatu kejayaan yang memerlukan pengorbanan. Seiring dengan pengorbanan itu sudah pasti perlukan ketabahan, keyakinan, semangat dan matlamat kejayaan yang jelas dan jitu demi memastikan kejayaan yang dimiliki akan membuahkan kebahagiaan kepada si pejuang. Sesungguhnya kehidupan adalah memberi bukan sekadar menerima...ia juga untuk dimanfaatkan sebagai bekalan kehidupan abadi.

“Ya Allah, ampunilah kesalahanku, kebodohanku, sikapku yang melampaui batas dalam urusanku, dan semua dosaku yang Engkau lebih mengetahui mengenainya daripada diriku sendiri. Ya Allah, ampunilah kesungguhanku, kelalaianku, kesalahanku dan kesengajaanku yang semua itu ada pada diriku.” (Hadis riwayat Imam Al-Bukhari dan Muslim)

Saturday, March 3, 2012

Tips Murah Rezeki

Seorang sahabat saya bercerita tentang bagaimana hebatnya kuasa menjadi pemurah/pemberi. Saya memang kagum dengan cerita tersebut . Menurut sahabat saya, seorang Tauke berbangsa Cina akan memberikan sedekah kepada pelajar-pelajar Tahfiz di sekolah tahfiz yang dikelolakan olehnya sebanyak 2100 biji telur secara percuma setiap bulan. selain itu peniaga ini juga akan memberikan jumlah yang sama kepada anak-anak yatim dibawah keloloan Persatuan Agama Buddha.
Satu ketika kawan saya bertanya kenapa beliau sudi memberikan telur secara percuma dengan jumlah yang besar setiap bulan? Menurut tauke Cina tersebut, amalan ini telah turun temurun diwarisi dari ayahnya yang juga berniaga. Katanya bila memberi maka rezeki akan makin bertambah, lebih-lebih lagi memberi kepada orang-orang yang mendalami agama. 
Sahabat saya mengakui bahawa memang peniaga ini kedainya laris dibanding dengan kedai bersebelahan yang menjual barangan yang sama. Peniaga ini juga tidak lokek, oleh kerana bersifat pemurah dan peramah maka dia disenangi oleh pelanggannya. 
Sememangnya cerita ini adalah dari puluhan kisah orang-orang yang berjaya kerana mereka ini bersifat pemurah. Memberi rezeki kepada hamba ini adalah salah satu sifat ar-Rahman. Hebatnya janji Allah kepada orang yang bersedekah, setiap satu sedekah yang diberi Allah menjanjikan sepuluh tambahan ganjaran. Ini memang berlaku kepada para sahabat seperti Ali yang begitu pemurah walaupun anatara yang paling miskin dikalangan sahabat-sahabat Nabi. 
Menjadi insan yang pemurah ini bukan kerana kita semata-mata kita bergelar Islam, bahkan ramai kalangan bukan Islam juga percaya bahawa memberi sedekah itu boleh mendatangkan pulangan rezeki yang melimpah ruah. Jika orang bukan Islam percaya kepada kuasa pemurah sebagai satu punca menambah pendapat dan rezeki berganda maka sepatutnya kita yang bergelar Muslim perlu lebih banyak mempraktikkan amalan tersebut. 
Moga dari kisah ini kita dapat mengambil iktibar buat diri sendiri unutk menjadi lebih pemurah, serta tidak tamak dengan apa yang dimiliki. Sesungguhnya sedekah kita itulah yang bakal kita bawa ke alam barzah dan menjadi penyelamat kepada kita di alam baqa. 
Wallahuaalam.

No comments:

Post a Comment