Moga hari ini memberi kita semua kerahmatan dan perlindungan dari Allah Taala. Hari ini saya tidak tahu kenapa dari pagi hati dan perasaan teringat-ingat kenangan 16 tahun yang lalu sewaktu saya tinggal di rumah sewa di tengah-tengah bandar Kuala Lumpur. Ingatan itu menerjah bila hati secara tiba-tiba terkenangkan jiran lama saya yang merupakan seorang guru sekolah rendah.
Ingatan itu menjelma difikiran kerana saya teringat akan waktu dulu-dulu mula-mula membina rumahtangga dan kesusahan membesarkan anak-anak yang masih kecil. Sewaktu itu saya belum ada pembantu rumah kerana anak masih seorang. Oleh itu anak saya diletakkan di rumah jiran berhadapan rumah saya untuk dijaga olehnya. Malangnya babysitter ini begitu cerewet, pantang lambat dia akan membelel. Saya pula sewaktu itu mengajar di sekolah yang nun di tengoh Bandaraya yang begitu sibuk sekali.
Baru memulakan kehidupan, kami tidak mampu membeli kereta baru jadi hanya kereta second hand yang mampu dibeli. Oleh itu ada sahaja ragamnya. Ada satu waktu yang tidak dapat saya lupakan, kereta kami rodak di tengah highway. Saya begitu panik, bukan kerana kereta rosak, tetapi memikirkan anak kecil saya yang belum di ambil dari rumah babysitter.
Teringatkan jiran sebelah rumah, maka saya memintanya mengambil anak saya dari rumah jiran. Saya terpaksa meminta pertlongan darinya kerana dia lebih sampai di rumah awal dari saya. Anak-anaknya pula semuanya sudah besar yang paling kecil pula sekolah rendah. Maka ada beberapa kali saya meminta pertolongan darinya. Hinggalah mereka berpindah ke Ipoh. Saya difahamkan suami beliau sudah menjadi orang terpenting di sana. Sejak itu perhubungan kami terputus.
Setelah itu jiran kami diganti dengan rakan saya yang sama belajar di universiti, begitu juga suaminya. Dia mengajar disekolah berdekatan. Sayangnya dia lambat mendapat zuriat, maka anak sayalah yang menjadi tempat unutk bermain. Beliau juga seringkali menjadi babysitter anak saya bila ada meeting atau terpaksa hadir ke jabatan pendidikan pada hari Sabtu. Waktu itu hari Sabtu masih dikira hari bekerja namun tidak pada babysitter saya.
Mengenagkan semua ini saya rasa indahnya mempunyai jiran, walaupun rumah yang diduduki itu hanyalah rumah teres dua tingkat kos rendah tapi jiran-jiran saya ini begitu mengambil berat, saling memberi makanan, bertukar-tukar hidangan.
Namun masa berlalu begitu pantas, semua sudah berubah. Masing-masing dengan haluan sendiri. Juga sudah berjaya dalam hidup dengan cara tersendiri. Kenangan itu masih terpahat. Saat anak-anak sudah meningkat dewasa kita tetap tidak akan lupa pada kenangan itu. Manisnya jika kami boleh berkumpul semula dan mengenang keadaan hidupa masa lalu. Saya masih ingat kepada kereta kami itu.... Biar masa dan keadaan berubah apapun jalinlah silaturrahim, walau dimana kita berada kerana itulah yang akan menjadi kait pada kita disyurga.
Saya dan suami ada beberapa kali cuba menghubungi jiran-jiran kami, namun masing-masing sibuk dengan kerjaya kerana semuanya sudah memegang jawatan yang hebat. Pada saya tidak mengapa jika kita tidak mampu untuk saling mengunjungi, namun cukuplah apabila kita meninggalkan saudara mara kawan-kawan, sahahabat-sahabat atau jiran tetangga, moga mereka masih ingatkan kita untuk memberi sedekah Al-Fatihah saat diri sudah menutup mata.
No comments:
Post a Comment