Sesungguhnya peringatan itu memberi manfaat kepada mukmin

"Sesungguhnya Allah telah membeli daripada orang-orang yang beriman (mukmin), jiwa dan harta benda mereka dengan memberikan syurga kepada mereka, disebabkan mereka berjuang di jalan Allah, …. Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan dan itulah kemenangan yang seagung-agungnya". (At-Taubah: 111)

Perjalanan kehidupan seseorang menuntut kepada suatu perjuangan yang terkandung didalamnya nilai pengorbanan. Seseorang pejuang sudah pasti mengimpikan suatu kejayaan yang memerlukan pengorbanan. Seiring dengan pengorbanan itu sudah pasti perlukan ketabahan, keyakinan, semangat dan matlamat kejayaan yang jelas dan jitu demi memastikan kejayaan yang dimiliki akan membuahkan kebahagiaan kepada si pejuang. Sesungguhnya kehidupan adalah memberi bukan sekadar menerima...ia juga untuk dimanfaatkan sebagai bekalan kehidupan abadi.

“Ya Allah, ampunilah kesalahanku, kebodohanku, sikapku yang melampaui batas dalam urusanku, dan semua dosaku yang Engkau lebih mengetahui mengenainya daripada diriku sendiri. Ya Allah, ampunilah kesungguhanku, kelalaianku, kesalahanku dan kesengajaanku yang semua itu ada pada diriku.” (Hadis riwayat Imam Al-Bukhari dan Muslim)

Monday, March 26, 2012

Bila suami minta izin kahwin lagi....


Seorang sahabat FB bertanya, jika secara tiba-tiba seorang suami meminta dengan isterinya untuk  berkahwin lagi. Antara persoalannya:
a)      Apakah jawapan yang patut diberi oleh si isteri dengan harapan suami tidak jadi untuk berkahwin lagi?  
b)     Bagaimankah harus REAKSI si isteri terhadap suami supaya suami tidak jadi berkahwin?
c)      Apakah SIKAP yang patut di persembahkan kepada si suami dengan harapan suami berubah pendirian? 
Ada beberapa jawapan oleh sahabat-sahabat lain, antaranya:
Bertanya kepada si suami bagaimana beliau akan menjalankan kehidupan seharian selepas berkahwin? Ada yang berkata  jangan dihalang tetapi berikan servis yang luar biasa dari sebelum ini kepada suami tersebut. Ada juga yang berpendapat boleh sahaja si suami berkahwin yang penting si suami mampu zahir batin adil saksama apa nak halang . Ini antara jawapan yang dapat dipetik dari komen sahabat-sahabat.
Jawapan saya kepada persoalan di atas…..
Persoalan tentang impian berkahwin lebih dari satu atau ada juga yang berimpian nak kahwin sampai empat merupakan impian ramai lelaki. Islam memberikan keizinan untuk para suami yang berkemampuan berkahwin lebih dari satu. Ia merupakan sunnah Nabi Muhammad. Perkahwinan perlu dipasak atas tujuan dan niat yang betul,ia bukan sekadar melampiaskan angan-angan kerana mahu dilihat sebagai lelaki hebat.
Berkahwin tanggungjawabnya besar kepada suami kerana suami perlu memberi nafkah zahir dan batin serta mendidik dan metrabiah isteri dan anak-anak dengan didikan Islam. Selain itu kemampuan juga perlu di penuhi.Ia bukan setakat berkemampuuan dari segi wang ringgit, tapi lebih utama memberikan keadilan kepada masa, layanan dan kasih saying. Seorang suami perlu bijak menjadi pemimpin dalam rumahtangga.
Banyak rumahtangga yang runtuh kerana suami tidak mampu menjadi pemimpin yang baik dalam rumah tangga. Oleh itu bagi yang berimpian untuk kahwin lebih dari satu lebih-lebih lagi berimpian untuk kahwin tiga atau empat, sehabis kuota yang dibenarkan kepada yang bergelar lelaki, maka patuhilah apa yang disarankan oleh Islam. Mulakan impian dengan niat yang betul, bukan untuk melampiaskan nafsu atau menunjukkan kehebatan serta menyahut cabaran rakan-rakan kerana ingin menguji pasaran, tetapi berkahwin demi untuk menegakkan ummah kearah kebaikan.
Berkahwin kerana ingin membantu nasib wanita yang tidak terbela. Jika niat dan perlaksanaan yang betul diaplikasikan, maka sudah pasti Allah akan mengurniakan kebahagiaan kepada rumahtangga yang terbina. Ikuti perbincangan tentang jodoh dalam buku terbaru saya…. Apabila Jodoh Menyapa: 33 Persoalan Jodoh Dan Perkawinan.

No comments:

Post a Comment