Sesungguhnya peringatan itu memberi manfaat kepada mukmin

"Sesungguhnya Allah telah membeli daripada orang-orang yang beriman (mukmin), jiwa dan harta benda mereka dengan memberikan syurga kepada mereka, disebabkan mereka berjuang di jalan Allah, …. Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan dan itulah kemenangan yang seagung-agungnya". (At-Taubah: 111)

Perjalanan kehidupan seseorang menuntut kepada suatu perjuangan yang terkandung didalamnya nilai pengorbanan. Seseorang pejuang sudah pasti mengimpikan suatu kejayaan yang memerlukan pengorbanan. Seiring dengan pengorbanan itu sudah pasti perlukan ketabahan, keyakinan, semangat dan matlamat kejayaan yang jelas dan jitu demi memastikan kejayaan yang dimiliki akan membuahkan kebahagiaan kepada si pejuang. Sesungguhnya kehidupan adalah memberi bukan sekadar menerima...ia juga untuk dimanfaatkan sebagai bekalan kehidupan abadi.

“Ya Allah, ampunilah kesalahanku, kebodohanku, sikapku yang melampaui batas dalam urusanku, dan semua dosaku yang Engkau lebih mengetahui mengenainya daripada diriku sendiri. Ya Allah, ampunilah kesungguhanku, kelalaianku, kesalahanku dan kesengajaanku yang semua itu ada pada diriku.” (Hadis riwayat Imam Al-Bukhari dan Muslim)

Friday, March 16, 2012

Sejenak mengimbas masa....

Salam Jumaat,

Alhamdulillah untuk kesekiannya kerana kita bersyukur kerana diberi peluang untuk bernafas dibumi ini. Sudah dua hari juga saya tidak menghubungkan diri dengan dunia maya kerana melayan keluarga dan memenuhi aktiviti cuti dengan mengunjungi saudara mara dan melawat beberapa destinasi. Pada hari pertama, dalam keadaan tidur yang tidak mencukupi kerana jauh perjalanan, namun tetap saya gagahkam diri untuk hadir pada mesyuarat AMM. Kali pertama saya bermesyuarat dengan beberapa pegawai atasan tidaklah rasa begitu kekok. Paling saya seronok meeting itu walaupun begitu banyak agendanya tetapi semua terlibat begitu pantas melaporkan setiap laporan masing-masing. Saya rasa begitu seronok kerana kebiasaan meeting mengambil masa begitu lama kerana perkara remeh yang dibincangkan terlalu lama. Sebagai contoh mesyuarat PIBG, kadangkala saya tidak mahu jika diiukut unutk menghadirinya kerana masa yang lama membahaskan sesautu perkara. Padahal ia benda yang mudah unutk dibuat keputusan , tetapi kerana ada yang begitu susah unutk menerima serta meringkaskan hal tersebut maka jadilah meeting tersebut berjam-jam lamanya.

Selesai bermesuarat saya membawa keluarga berkunjung ke beberapa pesisir pantai di sebelah Pantai Timur. Dari pantai Cahay Bulan, di Kota Bharu hingga ke Pantai Irama Bachok. Ombaknya cukup bergelora, namun ada juga segelintir ibu bapa yang membenarkan anak-anak untuk bermain dan berenang tanpa rasa bimbang. Saya sekadar memerhati dari jauh sambil melihat anak-anak bermain layang-layang. Sudah begitu lama saya tidak berkunjung ke pantai ini. Keindahan tempat ini masih terpelihara cuma sayangnya dek kerana ombak, pantainya sudah banyak terhakis. Waktu cuti sekolah memang pengunjung begitu setia mendatangi tempat kegemaran mereka.

Sebenarnya, sudah lama benar saya tidak pulang berlamaan di kampung. Jika balik sekadar satu hari, mana mungkin saya berkesempatan melawat tempat-temapt santai. Seronoknya, petang ini saya berkesempatan menikmati nasi kerabu dan menghirup sup perut bersama keluarga di tepi Masjiid Muhammadi. Sudah hampir 24 tahun lamanya saya tidak merasa, dulu sewaktu pulang dari sekolah, disitulah saya singgah menikamti nasi kerabu yang sedap, namun ada banyak perkara sudah berubah, kedainya sudah tidak sama.

bersambung...

No comments:

Post a Comment