"kejar akhirat dunia akan datang dengan sendiri"... itulah yang sering saya katakan dalam setiap perkongsian saya.. Memang benar janji Allah, bagi yang ingin membeli akhirat dengan berusaha dengan penuh ketaatan serta berniat demi mencapai keredhaan Allah maka Dia akan memberi sebaik-baik balasan... Ada orang mendapat ganjaran yang lambat namun ada yang sekelip mata.. maka begitulah juga dengan kejahatan.
Bagi memahamkan apa yang dikatakan "kejar akhirat dunia akan datang dengan sendiri" adalah kita melakukan setipa perkara dalam kehidupan kita ini bukan kerana orang sekeliling kita, tetapi segala perbuatan kita semuanya menjurus kepada ketaatan kepada Allah.
Saya ingin mengkisahkan kepada anda bagaimana seorang yang sekarang ini berjaya dan kaya raya semata-mata kerana dia bukan membeli dunia dengan hartanya, tetapi membeli akhirat dengan harta yang dimiliki. Kisah ini dikongsikan oleh sahabat saya yang juga amat berjaya dalam perniagaannya.
Seorang lelaki yang amat warak serta suka melakukan kebaikan. Salah satu kebaikan yang dilakukan adalah mendirikan rumah untuk orang-orang tua. Dia menanggung semua keperluan mereka. Bahkan jika ada mana-mana warga tua yang terbiar, tidak dipedulikan anak-anak, merempat ditepi jalan, maka warga tua ini akan dibawa untuk tinggal di rumah penginapan yang dia sediakan.
Sebenarnya lelaki ini bukanlah kaya raya, tanah yang dibangunkan sebagai rumah orang tua itu adalah tanah wakaf milik ayahnya. Setelah berusaha sebegitu tanpa mempunyai apa-apa atau juga tidak kerana siapa tetapi dari sifat murninya yang suka beramal dan pemurah maka Allah memepermudahkan laluan rezekinya.
Pada satu ketika dia ke Kemboja, semata-mata untuk melakuan korban. ini kerana dia dimaklumkan di Kemboja, ramai golongan Islam yang hidupa susah. Apabila mengetahui dia melakukan korban di sana maka ramai kawan-kawan yang mengirimkan korban. Bila terlalu banyak kiriman maka lembu pula tiada. Dia berfikir, bagaimana menangani masalah ni. Lalu dia menyarankan setiap masjid membela lembu, setiap Bilal atau Imam boleh menjadikan membela lembu sebagai mata pencarian sampingan. keuntungan juga diberi kepada masjid.
Lelaki ini nyata memberi peluang kepada golongan miskin warga Kemboja. Idea, strategi bisnes yang bukan untuk memenuhkan kocek sendiri, tetapi demi membantu insan yang kesusahan. Perniagaan lembu ini begitu maju dan laris kerana ramai warga Malaysia berminat untuk membeli lembu secara banyak bagi kemudahan korban di Kemboja. Akhirnya tidak samapi setahun lelaki ini bergelar jutawan. Maka itulah realtinya : kejar akhirat dunia akan datang dengan sendiri"
Semoga kisah ini menyedarkan kita bahawa niat dan perbuatan itu akan dinilai oelh Allah, jika balasannya tidak di dunia pasti kita akan menjadi JUTAWAN di akhirat nanti.
Wallahuaalam.
No comments:
Post a Comment