Sesungguhnya peringatan itu memberi manfaat kepada mukmin

"Sesungguhnya Allah telah membeli daripada orang-orang yang beriman (mukmin), jiwa dan harta benda mereka dengan memberikan syurga kepada mereka, disebabkan mereka berjuang di jalan Allah, …. Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan dan itulah kemenangan yang seagung-agungnya". (At-Taubah: 111)

Perjalanan kehidupan seseorang menuntut kepada suatu perjuangan yang terkandung didalamnya nilai pengorbanan. Seseorang pejuang sudah pasti mengimpikan suatu kejayaan yang memerlukan pengorbanan. Seiring dengan pengorbanan itu sudah pasti perlukan ketabahan, keyakinan, semangat dan matlamat kejayaan yang jelas dan jitu demi memastikan kejayaan yang dimiliki akan membuahkan kebahagiaan kepada si pejuang. Sesungguhnya kehidupan adalah memberi bukan sekadar menerima...ia juga untuk dimanfaatkan sebagai bekalan kehidupan abadi.

“Ya Allah, ampunilah kesalahanku, kebodohanku, sikapku yang melampaui batas dalam urusanku, dan semua dosaku yang Engkau lebih mengetahui mengenainya daripada diriku sendiri. Ya Allah, ampunilah kesungguhanku, kelalaianku, kesalahanku dan kesengajaanku yang semua itu ada pada diriku.” (Hadis riwayat Imam Al-Bukhari dan Muslim)

Monday, March 26, 2012

HARGA YANG PERLU DIBAYAR



Setiap perkara dalam hidup kita memang jika kita ingin melakukan sesuatu perkara maka sudah pasti kita adakalanya perlu membayar satu harga yang mahal. Banyak contoh yang berlaku dalam hidup kita kita terpaksa membayar, seperti:
1)kesilapan dalam membuat keputusan maka bila ia tidak menjadi sebagaimana yang kita harapkan maka kita terpaksa menanggung kesannya
2)berlaku perceraian daam rumahtangga padahal pasangan itu kitalah yang memilih walaupun ramai yang menentang
3)gagal dalam jurusan yang kita ambil walhal ramai orang tekah memberi nasihat, tetpai kita tetap ingin mencuba
4)tidak berjaya dalam perniagaan yang diceburi padahal kita sudah memberikan sepenuh usaha dan strategi. Dll….
Terpaksa mengambil risiko untuk menerima keputusan yang kita peroleh walaupun mendukacitakan kerana itulah pilihan kita sebelum ini, maka itulah yang dikatakan kita pelru membayar harga yang mahal atas segalanya. Soalannya:
Adakah kita perlu menjeruk rasa menyalahkan diri tidak berkesudahan?
Apa untungnya kita mengenang perkara yang telah berlaku dan merintih dengan nasib?
Apa kesudahan cerita dalam hidup kita jika kita asyik menyalahkan diri sendiri atas apa yang berlaku?
Apakah terlalu mahal bayaran itu hingga kita tidak mampu untuk melangsaikanya dan memulakan semula sesautu yang baru?
Adakah begitu teruk kehidupan kita hingga kita telah hilang segala-galanya?
Pendekkata ada banyak alasan boleh kita beri kerana terpaksan menanggung kerugian tersebut, contoh orang yang berniaga terpaksa menanggung rugi hamper seratus ribu ringgit kerana kesilapan memilih strategi. Persoalannya jika kita tidak berniaga, adakah ujian itu tidak akan berlaku? Perhatikan orang yang ditimpa musibah rumah terbakar, adakah mereka sengaja atau itu memang ketentuan untukknya kerana Allah ingin mengambil semula apa yang telah dia beri. Bagitu juga bagi yang menyesal kehilangan orang tersayang kerana berlaku perceraian, tidakkah kita perhati ada insan yang sedang berkasih saying namun tanpa diduga kasih saying diragut dengan perginya orang tersayang buat selama. Tidakkah ini dikatakan musibah?
Oleh itu jika satu ketika ada hal yang menuntut kita membayar satu harga yang mahal sama ada kerana kesilapan diri atau orang lain, cara terbaik adalah melihat sekeliling kita, perhati apa yang masih kita miliki, dan bersyukur dengannya, bukan menangis tanpa bangkit berbuat apa-apa melunas segala yang hilang.
Percayalah harga yang paling mahal kita peroleh yang tidak kita sedari adalah:
PENGALAMAN DARI KEGAGALAN,
PENGALAMAN DARI KESAKITAN,
PENGALAMAN DARI KEHILANGAN,
PENGALAMAN DARI HINAAN DAN CERCAAN
Hasil dari pengalaman itu kita sebenarnya akan menjadi orang yang lebih MATANG, sekiranya kita mengizinkan diri untuk belajar dari pengalaman tersbut.

Wallahuaalam.


No comments:

Post a Comment