Sesungguhnya peringatan itu memberi manfaat kepada mukmin

"Sesungguhnya Allah telah membeli daripada orang-orang yang beriman (mukmin), jiwa dan harta benda mereka dengan memberikan syurga kepada mereka, disebabkan mereka berjuang di jalan Allah, …. Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan dan itulah kemenangan yang seagung-agungnya". (At-Taubah: 111)

Perjalanan kehidupan seseorang menuntut kepada suatu perjuangan yang terkandung didalamnya nilai pengorbanan. Seseorang pejuang sudah pasti mengimpikan suatu kejayaan yang memerlukan pengorbanan. Seiring dengan pengorbanan itu sudah pasti perlukan ketabahan, keyakinan, semangat dan matlamat kejayaan yang jelas dan jitu demi memastikan kejayaan yang dimiliki akan membuahkan kebahagiaan kepada si pejuang. Sesungguhnya kehidupan adalah memberi bukan sekadar menerima...ia juga untuk dimanfaatkan sebagai bekalan kehidupan abadi.

“Ya Allah, ampunilah kesalahanku, kebodohanku, sikapku yang melampaui batas dalam urusanku, dan semua dosaku yang Engkau lebih mengetahui mengenainya daripada diriku sendiri. Ya Allah, ampunilah kesungguhanku, kelalaianku, kesalahanku dan kesengajaanku yang semua itu ada pada diriku.” (Hadis riwayat Imam Al-Bukhari dan Muslim)

Monday, March 26, 2012

Memenuhi Harapan Bukan Satu Perkara Mudah



Saya ingin berkongsi tentang satu kisah, moga-moga ia memberi pengajaran buat kita terutama dalam memenuhi harapan orang terhadap kita. Sekarang ini Alumni 'AMM' bekas sekolah lama saya sedang sibuk mencari dana unutk membangunkan sebuah masjid bagi menampung keperluan para pelajar unutk beribadat. Dana agak kurang mendapat sambutan kerana sekolah ini bukanlah dibawah kerjaaan sepenuhnya, ditambah pula banyak kekangan yang ada. Saya selalu AJK cuba juga menghubungi mana-mana yang dikenali dengan harapan mereka sudi menghulur. 

Pada suatu hari saya berkebetulan ingin bertemu dengan sahabat saya yang merupakan pensyarah universiti tempat saya bernaung sekarang ini. Sahabat saya ini berbesar hati untuk memberikan motivasi kepada pelajar-pelajar sekolah MM secara percuma. Sedang saya berjalan menuju ke bilik beliau untuk berbincang berkenaan module motivasi, saya terpandang bilik rakan saya sedikit terbuka. Berkebetulan saya mengenali beliau kerana kami juga adalah satu sekolah dan satu universiti, maka saya mengambil kesempatan untuk memaklumkan tentang tabung masjid yang sedang kami usahakan. 

Apabila beliau maklum hal tersebut maka katanya, "minta maaf sebab masjid ditepi rumahnya juga sedang dibangunkan". Saya sebenarnya agak sedikit terkedu dengan jawapan itu, kerana pada pandangan saya apalah salahnya menghulur hatta RM1 sekalipun atas dasar memenuhi harapan kepada orang yang meminta. Saya percaya tiada paksaan unutk bersedekah. Tetapi tidak kita sebagai bekas pelajar merasa terhutang budi dengan sekolah yang menjadikan kita insan tersohor, hingga kita mampu merangkul 'sijil pas habis darjah'. Tidakkah kita rasa terhutang budi dengan para guru yang telah berbakti pada kita. Menjadikan kita bergelar manusia terbilang. 

Tetapi itulah hakikat kehidupan, setiap manusia punya sisi pandang yang berbeza. Tetapi pesan saya kepada para pembaca, bila ada orang datang meminta, penuhilah harapan itu biarpun dengan serinhhit yang ada ditangan kita kerana pasti ganjaran yang Allah beri adalah lebih besar. Mungkin kita sudah memberi ditempat lain tetapi tidak salah unutk memenuhi, apalagi jika kita tidak mampu melakukan sebagaimana orang lain dalam memberi idea, tenaga, setakat seringgit dua apa salahnya. Untuk sekolah kita yang sememangnya menuntut unutk kita menyumbang kembali setelah kita berjaya.... 

Kesedihan saya bukan kerana tidak memperoleh walau sedikit derma, tetapi kesedihan saya terhadap sahabat saya adalah kerana kurangnya nilai unutk memberi dan memenuhi harapan. Kita bukanlah insan terbaik namun  kita boleh berusaha menjadi lebih baik, saya teringat kisah Saidina Ali r.a dan Saidatina Fatimah Az Zahra. Betapa pemurahnya mereka hingga ada disebut kisahnya didalam Al Quran perihal memberi sedekah. Apabila membaca kisah beliau, terasa diri amatlah kerdil, kerana sudah pastu saya tidak mampu menjadi sehebat itu dalam MEMBERI.

Moga ia menjadi ibrah buat kita dalam memberi, ingatlah kita tidak membawa harta ke alam fana, tetpai sedekah jariahlah yang bakal menjadi peneman kita di sana nanti. 
Wallahuaalam.

No comments:

Post a Comment