Selepas kelas hari ini, tugasan saya tidak selesai di situ sahaja kerana saya perlu menghadiri meeting Alumni MM. Dalam keadaan hujan gerimis saya berjalan kaki beberapa puluh meter untuk sampai ke cafe ekonomi. Sambil menunggu teman-teman yang lain saya duduk di beranda cafe di tingkat dua sambil menikmati suasana kampus UIA yang begitu indah selepas hujan. Saat itu saya tidak betah menunggu dan membuang masa, terus saya capai notebook dan menulis apa yang ada dalam percaturan pemikiran.
Apabila sahabat saya Prof Ida datang kami mula bersembang-sembang untuk menunggu rakan-rakan lain. Maklum hujan di KL sudah pasti segala pergerakan lambat ditambah hari ke dua cuti sekolah maka ramai sahabat yang menyatakan tidak dapat hadir kerana balik kampung, menghadiri kenduri kendara dan pelbagai sebab musabab. Sembang kami berdua berkisar tidak hanya berkisar tentang dunia akademik, namun mencapah kepada perkara diluar bidang pekerjaan dan juga keluarga, iaitu khidmat social.
Kesimpulan dari perbualan itu apa yang boleh saya rumuskan, ada banyak perkara dalam kehidupan, kita telah meletakkan satu limitasi. Hingga limitasi tersebut menyebabkan kita tidak mampu berbuat perkara yang lain selain dari keluarga dan juga kerjaya. Realtinya sebagai orang yang bekerjaya serta berkeluarga memang bukan mudah untuk memberi komitmen kepada kerja-kerja amal yang tidak di bayar gaji atau juga tidak mendapat imbuhan baik dalam bentuk kewangan atau sesuatu yang bersifat material. Ia memerlukan satu ‘gut’ atau juga kekuatan serta keinginan besar dalam diri untuk memberi semula kepada masyarakat dengan cara yang tersendiri.
Saya tidak mengatakan jika kita tidka berkhidmat dalam NGO maka kita tidak menyumbang. Pada saya menyumbang itu perlu dalam bentuk yang pelbagai. Bukan hanya duit ringgit, tetapi ia juga memerlukan kepada idea, buah fikiran, tenaga, kepakaran dan sebagainya. Jika tidak mampu untuk memberi komitmen yang besar cukuplah apa sahaja yang dapat kita beri namun ada bekasnya.
Untuk melibatkan diri dalam kerja-kerja AMAL, saya percaya jika kita mempunyai pangkat sudah pasti kita tidak boleh membawa pangkat bersama-sama, kenapa demikian? Kerana bersosialisasi dalam badan kebajikan kita perlu bergaul dan turun padang untuk bersama pelbagai bentuk lapisan mamsyarakat. Jika pangkat itu dibawa bersama maka pasti ada gap yang wujud secara tidak langsung. Segelintir dari kalangan yang berpangkat/elite tidak mahu terlibat dalam kerja-kerja amal kerana memikirkan status mereka dalam mmasyarakat. Bahkan ada juga yang telah meletakkan satu limitasi saya boleh yang ini, saya tidak boleh begitu... dan sebagainya. Besar dan hebat sangatkah diri kita?
Maka apa yang boleh saya katakan. siapa kita hari ini bukanlah begitu penting, tetapi siapa kita akan datang itu adalah lebih penting... kita bukan mahu berbuat sesuatu kerana ingin mencipta nama atau disebut-sebut kebaikan itu hingga menjadi selebriti atau dikenali.. itu bukan perkara yang penting, kerana tersirat disebaliknya adalah kita perlu menanam satu niat serta cita-cita dalam diri untuk meninggalkan sesuatu yang bernilai dan bermanfaat untuk dinikmati oleh orang lain walaupun kita sudah tiada menutup mata. Sebaik-baik manusia itu adalah menjadi manusia yang berfungsi untuk dirinya dan orang lain. Biar kita tidak dinilai dimata manusia maka bialrah kita dinilai disisi Allah.
Peringatan buat diri sendiri dan juga sahabat-sahabat saya...moga kita sentiasa istiqamah dan diberi inayyah olehNya untuk meneruskan segala yang telah kita mulakan.... “wamakaru wamakarallah wallaahuakahirul maakirin...”
Wallahuaalam
Ummu ieman ihsan
No comments:
Post a Comment