Sesungguhnya peringatan itu memberi manfaat kepada mukmin

"Sesungguhnya Allah telah membeli daripada orang-orang yang beriman (mukmin), jiwa dan harta benda mereka dengan memberikan syurga kepada mereka, disebabkan mereka berjuang di jalan Allah, …. Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan dan itulah kemenangan yang seagung-agungnya". (At-Taubah: 111)

Perjalanan kehidupan seseorang menuntut kepada suatu perjuangan yang terkandung didalamnya nilai pengorbanan. Seseorang pejuang sudah pasti mengimpikan suatu kejayaan yang memerlukan pengorbanan. Seiring dengan pengorbanan itu sudah pasti perlukan ketabahan, keyakinan, semangat dan matlamat kejayaan yang jelas dan jitu demi memastikan kejayaan yang dimiliki akan membuahkan kebahagiaan kepada si pejuang. Sesungguhnya kehidupan adalah memberi bukan sekadar menerima...ia juga untuk dimanfaatkan sebagai bekalan kehidupan abadi.

“Ya Allah, ampunilah kesalahanku, kebodohanku, sikapku yang melampaui batas dalam urusanku, dan semua dosaku yang Engkau lebih mengetahui mengenainya daripada diriku sendiri. Ya Allah, ampunilah kesungguhanku, kelalaianku, kesalahanku dan kesengajaanku yang semua itu ada pada diriku.” (Hadis riwayat Imam Al-Bukhari dan Muslim)

Sunday, March 18, 2012

Bila Hilang Fokus atau Berada dalam Kebuntuan


Ada ketikanya diri akan merasa down atau hilang fokus dalam melakukan sesuatu pekerjaan, simptonnya mudah. Iaitu apabila kita mengadap kerja yang perlu disiapkan kita akan merasa malas, tidak bersemangat, suka melakukan perkara yang tidak penting, mencari 'escapism' untuk bersantai bersama rakan. saat diri berdepan dengan kerja yang perlu dibereskan mula rasa sakit kepala, badan seperti ingin demam dan sebagainya. ini semua petanda kita berada dalam keadaan tidak bersemangat dan tidak bermotivasi untuk meneruskan apa yang perlu diselesaikan.

Sebagai contoh, ada kertas kerja yang perlu disiapkan, namun idea tidak datang sebagaimana baisa, ada akaun yang perlu diselesaikan, namun kita merasa sakit kepala dan migrain, perlu menyiapkan tugasan  yang diberikan pensyarah, saat mengadap pc mata mula rasa mengantuk, perlu datang kerja seperti biasa, tapi badan rasa sengal-sengal dan ingin MC atau juga rasa ingin tidur sepanjang hari... semua ini tanda diri tidak bersemangat, atrau diserang penyakit malas dek kerana kebuntuan atau hilang fokus... Oleh itu bagaimana cara mengatasi?

Mudah sahaja...
  1. Lakukanlah solat sunat, baca Al-Quran atau beristihgfar
  2. Bersenam dan cuba mendapatkan suasana yang lebig positif
  3. dapatkan tenaga atau motivasi dari orang sekeliling yang positif 
  4. Jauhkan diri dari kawan yang suka melepak atau membuang masa
  5. baca kata-kata perangsang yang boleh memberi semangat pada diri]
  6. ingatkan semula target atau cita-cita yang ada sebelum ini
  7. fikirkan orang-orang yang kita sayang yang bergantung harap kepada kita
  8. Buang ketakutan serta kemalasan dengna memerhati orang yang berjaya
  9. Buatlah kerja tersebut, hadapi dia, lakukan setakat yang mampu
  10. Mohonlah Hidayah Allah moga diberi kekuatan
Tiada jalan mudah unutk berjaya, teruskan usaha, pejamkan mata bayangkan kejayaan itu semakin hampir, ia ada di depan mata... selamat maju jaya

No comments:

Post a Comment