Sesungguhnya peringatan itu memberi manfaat kepada mukmin

"Sesungguhnya Allah telah membeli daripada orang-orang yang beriman (mukmin), jiwa dan harta benda mereka dengan memberikan syurga kepada mereka, disebabkan mereka berjuang di jalan Allah, …. Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan dan itulah kemenangan yang seagung-agungnya". (At-Taubah: 111)

Perjalanan kehidupan seseorang menuntut kepada suatu perjuangan yang terkandung didalamnya nilai pengorbanan. Seseorang pejuang sudah pasti mengimpikan suatu kejayaan yang memerlukan pengorbanan. Seiring dengan pengorbanan itu sudah pasti perlukan ketabahan, keyakinan, semangat dan matlamat kejayaan yang jelas dan jitu demi memastikan kejayaan yang dimiliki akan membuahkan kebahagiaan kepada si pejuang. Sesungguhnya kehidupan adalah memberi bukan sekadar menerima...ia juga untuk dimanfaatkan sebagai bekalan kehidupan abadi.

“Ya Allah, ampunilah kesalahanku, kebodohanku, sikapku yang melampaui batas dalam urusanku, dan semua dosaku yang Engkau lebih mengetahui mengenainya daripada diriku sendiri. Ya Allah, ampunilah kesungguhanku, kelalaianku, kesalahanku dan kesengajaanku yang semua itu ada pada diriku.” (Hadis riwayat Imam Al-Bukhari dan Muslim)

Thursday, March 1, 2012

Sifat Mustahil Allah itu pasti buat yang bersabar

Setiap kali kita melakukan perkara yang baik percayalah pasti Allah akan membalas sebaik-baik balasan. Cuma ia lambat atau cepat untuk Allah membalas kebaikan kita itu. Sama juga kita melakukan perkara yang buruk, kita akan mendapat sesautu yang setimpal bahlan lebih teruk dari itu di akhirat kelak. 
Begitu juga jika kita dizalimi atau kita menzalimi. Saya percaya bahkan seringkali berlaku dalam kehidupan bawah sifat musatahil Allah itu berlaku. banyak perkara yang berlaku adakalanya diluar jangkauan pemikiran kita. saat kita begitu lelah dengan kezaliman dan sifat buruk manusia, dan apabila kita bersabar dengan segala ujian itu, Allah mendatangkan sifat mustahilnya buat kita. 
Ada ketikanya sesuatu yang datang itu ibarat mimpi. itulah hadiah bagi insan yang bersabar serta berharap hanya kepadaNya. kesedihan itu ditukarkan dalam bentuk pasrah diri yang tinggi. Ujian itu menjana kekuatan iman serta amalan kebaikan dipertingkatkan ,bukan kerana inginkan ganjaran semata-mata, tetapi lebih kepada mengharap keredhaanNya. Kita bahagia walau dalam derita, kita mamp[u tersenyum walau saat susah. hati akan lapang biar musibah melanda. Itulah hakikat iman, manisnya menjadi Muslim yang beriman.... kerana hidup bukan pencarian dunia tetapi kebahagiaan abadi di akhirat nanti...  
Wallahuaalm 

No comments:

Post a Comment