Sesungguhnya peringatan itu memberi manfaat kepada mukmin

"Sesungguhnya Allah telah membeli daripada orang-orang yang beriman (mukmin), jiwa dan harta benda mereka dengan memberikan syurga kepada mereka, disebabkan mereka berjuang di jalan Allah, …. Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan dan itulah kemenangan yang seagung-agungnya". (At-Taubah: 111)

Perjalanan kehidupan seseorang menuntut kepada suatu perjuangan yang terkandung didalamnya nilai pengorbanan. Seseorang pejuang sudah pasti mengimpikan suatu kejayaan yang memerlukan pengorbanan. Seiring dengan pengorbanan itu sudah pasti perlukan ketabahan, keyakinan, semangat dan matlamat kejayaan yang jelas dan jitu demi memastikan kejayaan yang dimiliki akan membuahkan kebahagiaan kepada si pejuang. Sesungguhnya kehidupan adalah memberi bukan sekadar menerima...ia juga untuk dimanfaatkan sebagai bekalan kehidupan abadi.

“Ya Allah, ampunilah kesalahanku, kebodohanku, sikapku yang melampaui batas dalam urusanku, dan semua dosaku yang Engkau lebih mengetahui mengenainya daripada diriku sendiri. Ya Allah, ampunilah kesungguhanku, kelalaianku, kesalahanku dan kesengajaanku yang semua itu ada pada diriku.” (Hadis riwayat Imam Al-Bukhari dan Muslim)

Thursday, March 1, 2012

Warkah rindu buat anakanda


Hari ini hati teringat kepada anak-anak yang jauh berada di asrama. Ia mengamit ingatan sendiri akan perjalanan dan kisah bergelar pelajar. Menjadi seorang pelajar adalah perkara yang paling indah dalam kehidupan. Jika masa boleh diputarkan kembali sudah pasti kita akan memilih untu berada di alam persekolahan. Pelbagai warni warni hidup kita belajar di bangku sekolah. Apabila bergelar pula sebagai ibu atau bapa, kita masih tidak meninggalkan suasana dan peristiwa itu, kenapa demikian? Kerana kita berhadapan pula dengan saat menangani persekolahan anak-anak. Cuma mungkim keadaan kita sedikit berbeza jika suasana kita bersekolah dahulu dan masa sekarang. (gambar dipetik dari FB) 
Jika dulu kita pastinya tidak didedahkan dengan dunia IT, bahkan prasarana sekolah juga jauh lebih baik sekarang berbanding dulu. Anak-anak sekarang dilihat jauh lebih maju dalam segala hal. Namun dalam keadaan kemajuan yang dicapai, malangnya syaksiah dan keperibadian anak-anak sekarang ini jauh lebih teruk jika dibanding kita dahulu. Adakah kemajuan yang menjadi penyebab atau sebenarnya kita masih belum cukup memberikan kefahaman serta pendedahan tentang erti dan tujuan hidup kepada anak-anak yang bergelar pelajar. Masih belum terlambat untuk kita memperbetulkan. keadaan.

Pada anak-anakku... lukislah zaman persekolahanmu sebagai paparan dan memoir terindah dalam hidup. Ummi sentiasa mendoakan kalian menjadi anak-anak yang solehah. Iman dan amal semoga menjadi bekal dalam hidupmu. Kalian umpama mawar yang harum, menarik ramai kumbang. Oleh itu JAGALAH ALLAH ANAKKU..MOGA ALLAH AKAN MENJAGAMU.
Wallahuaalm .

No comments:

Post a Comment