Sesungguhnya peringatan itu memberi manfaat kepada mukmin

"Sesungguhnya Allah telah membeli daripada orang-orang yang beriman (mukmin), jiwa dan harta benda mereka dengan memberikan syurga kepada mereka, disebabkan mereka berjuang di jalan Allah, …. Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan dan itulah kemenangan yang seagung-agungnya". (At-Taubah: 111)

Perjalanan kehidupan seseorang menuntut kepada suatu perjuangan yang terkandung didalamnya nilai pengorbanan. Seseorang pejuang sudah pasti mengimpikan suatu kejayaan yang memerlukan pengorbanan. Seiring dengan pengorbanan itu sudah pasti perlukan ketabahan, keyakinan, semangat dan matlamat kejayaan yang jelas dan jitu demi memastikan kejayaan yang dimiliki akan membuahkan kebahagiaan kepada si pejuang. Sesungguhnya kehidupan adalah memberi bukan sekadar menerima...ia juga untuk dimanfaatkan sebagai bekalan kehidupan abadi.

“Ya Allah, ampunilah kesalahanku, kebodohanku, sikapku yang melampaui batas dalam urusanku, dan semua dosaku yang Engkau lebih mengetahui mengenainya daripada diriku sendiri. Ya Allah, ampunilah kesungguhanku, kelalaianku, kesalahanku dan kesengajaanku yang semua itu ada pada diriku.” (Hadis riwayat Imam Al-Bukhari dan Muslim)

Friday, June 15, 2012

Elakkan bersifat cerewet



Apabila kita banyak bergaul dengan orang sekeliling maka kita akan bertemu dengan pelbagai kerenah manusia. Ada orang nampak baik..tapi bila ada hal sensitif maka terus melenting.. tak kurang juga yang cerewet.. pendek kata sebut pasal sikap ni ada pelbagai sikap positif dan negatif.. namun apa yang ingin saya kongsikan adalah segelintir dikalangan kita yang cerewet. Cerewet ini pada saya banyak keburukannya.

Saya contohkan tentang pemilihan barangan ,pakaian atau sesuatu yang berbentuk material.. ada seorang hamba Allah, sifatnya amat cerewet, jika tidak berkenan dimatanya semua benda dia akan komplen, kritik.. pada saya memang tidak slaha untuk kebaikan.. namun janganlah semua benda dikritik.. Sama juga dalam hal pemberian.. bila pemberian orang lain itu tidak berkenana dihatinya maka dia akan mengata itu ini.. bukannya mahu bersyukur atau berterima kasih dengan orang yang sudia memberi.. pendek kata sifatnya itu memang ada kala menyebabkan orang seringkali terasa.. Adakalanya dia begitu "high taste"..sebab itu dia tidak menadang sesuatu yang murah atau material biasa-biasa...

Pada saya. kita perlu belajar menghargai orang lain.. biarpun tidak suka tidak perlu kita nyatakan pada mereka.. atau juga orang yang terdekat. Terimalah seadanya. Tidakkah kufur nikmat namanya. Saya ingat pada sambutan hari guru yang lalu seorang student kaunseling memberikan hadiah sehelai tudung kepada saya.. Memang tudung itu jika saya memakainya kurang sesuai unutk dipakai dengna watak dan karakter saya. tetapi kerana agak labuh dan bersesuaian saya memakainya juga sebagai tanda menghargai, walaupun anak-anak saya menegur kata mereka.. "Ummi macam kanak-akan la.. " lalu saya katakan pada anak-anak bahawa saya cuba menghargai pemberian sesiapa sahaja. walaupun hati tidak berkenan bukan bermakna kita perlu lemparkan dia ditepi almari. Pada saya dua atau tiga kali sudah cukup mengambarkan penghargaan kita kepada si pemberi..

Kadang-kadang bila diri terlalu cerewet kita akan terpinggir suatu masa. orang sekeliling akan menjauhkan diri. Oleh itu dalam menjaga persahabatan janganlah terlalu menunjukkan kita ini begitu dominan. Semau perkara atau keinginnan kita pelru dipenuhi.. Belajarlah bersyukur. Ingatlah hargia apa yang kita miliki kerana saat Allah mengambilnya dari kita baru kita mahu insaf sudah terlambat... Mereka yang bersama kita sudah pun meninggallakan kita saat itu.

Wallahuaalam

1 comment:

  1. Assalamualaikum, Saya ingin berkongsi sedikit Info dan Cerita.. Yakni tentang Keluarga saya sendiri.. NENEK sy.. Dia seorang yang baik.. tetapi dia tidak suma mendengar nasihat cucu dia kerena bg dia kami ni sume tuli agama.. sedangkan apa yang saya cuba sampaikan ada dalam hadith dan mmg ditegah dlm ISLAM.. dia xoandang serious.. dia jenis mencari salah org, cerewet.. kami dh besar ni pun dimarahi lg.. bapak saya pun dia marah2.. ada je xkena.. disebabkan benda kecik dia tarik muka.. sy menegur dia, yang berdosa bersangka buruk dan anggap diri kita je sempurna.. sy stress la.. sy stress dgn dia.. kadang kami sume cuba jd apa yang dia ingin.. buat kerja sempurna.. tp ada je xkena.. YA ALLAH.. sy pening.. sy sering kali berdoa untuk kurangkan stress sy dgn kerenah Nenek sy tu.. dia terlalu bersangka buruk yang org sume benci dia.. Entahlah... apa pendapat anda??

    ReplyDelete