Setiap insan itu tidak sempurna atau maksum (sunyi dari dosa) melainkan nabi dan rasul. Bila menerima hakikat kekhilafan diri maka berusahalah unutk kembali ke pangkal jalan, berusahalah unutk berubah. Ada yang tidak mahu berubah kerana merasa diri sudah berada dilandasan yang betul walhal terang dan nyata mereka silap. Ada juga yang mahu berubah tapi seringkali bertemu dengan cabaran. Mencari sinar baru dalam hidup merupakan hidayah dari Allah.
Bagi setiap individu yang sebegini saat memulakan langkah untuk berubah ujian pertama adalah kepercayaan dari orang sekeliling. Jika sebelum ini kita gagal menunaikan amantat, kita tewas bila diberi peluang, kita tidak mampu memikul tugas dan leka dalam menurut kehendak agama. Maka bila berlaku demikian bukan mudah keriah semula kepercayaan orang sekeliling. Contoh jika sebelum ini kita menghampakan majikan dengan pecah amanah, kita menghampakan ibu bapa yang mengharapkan kita menjadi manusia cemerlang.
Bersabarlah dengannya, teruskanlah langkah itu, usah gentar dengan kata-kata yang menarik semangat dan menghiris ego. Kita telah silap sekali maka unutk silap buat kali yang ke-dua adalah satu kebodohan. Belajar menjadi tabah, banyakkan dan tingkatkan penggantungan harapan kepada Allah. Letaklah tujuan perubahan itu bukan kerana sesiapa atau demi orang lain yang bergelar insan. Letaklah tujuan dan motif hanya kerana mencari redha Allah.
Selebihnya, dekatilah orang yang positif agar kita tidak cenderung atau mudah terpengaruh melakukan kesilapan berulang kali. Ingatlah, kali ke-2 orang menerima kita kembali jika unutk kesekiannya kita menghampakan orang sekeliling kita.. maka jika kita tidak lagi diterima maka itu adalah kesilapan kita.. Biarpun begitu Allah sentiasa menerima taubat hambanya. Oleh itu pastikanlah taubat kita bukan taubat yang berpura-pura.. tetapi kita bertaubat dan berazam untuk istiqamah dan tidak mahu lagi melakukan kesilapan yang sama.
Sinar ada di hujung jalan.. teruskanlah langkah mu unutk sampai ke sana. Jangan berputus harap..
Wallahuaalam
No comments:
Post a Comment