Sesungguhnya peringatan itu memberi manfaat kepada mukmin

"Sesungguhnya Allah telah membeli daripada orang-orang yang beriman (mukmin), jiwa dan harta benda mereka dengan memberikan syurga kepada mereka, disebabkan mereka berjuang di jalan Allah, …. Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan dan itulah kemenangan yang seagung-agungnya". (At-Taubah: 111)

Perjalanan kehidupan seseorang menuntut kepada suatu perjuangan yang terkandung didalamnya nilai pengorbanan. Seseorang pejuang sudah pasti mengimpikan suatu kejayaan yang memerlukan pengorbanan. Seiring dengan pengorbanan itu sudah pasti perlukan ketabahan, keyakinan, semangat dan matlamat kejayaan yang jelas dan jitu demi memastikan kejayaan yang dimiliki akan membuahkan kebahagiaan kepada si pejuang. Sesungguhnya kehidupan adalah memberi bukan sekadar menerima...ia juga untuk dimanfaatkan sebagai bekalan kehidupan abadi.

“Ya Allah, ampunilah kesalahanku, kebodohanku, sikapku yang melampaui batas dalam urusanku, dan semua dosaku yang Engkau lebih mengetahui mengenainya daripada diriku sendiri. Ya Allah, ampunilah kesungguhanku, kelalaianku, kesalahanku dan kesengajaanku yang semua itu ada pada diriku.” (Hadis riwayat Imam Al-Bukhari dan Muslim)

Thursday, June 28, 2012

Menongkah Arus Kemiskinan

Hari ini saya berada di Negeri Bawah Bayu atas misi dakwah. Saya akan memberi motivasi kepada segelintir rakyat Sabah yang hidup dalam kemiskinan agar mereka mampu mengubah hidup. Moga perkongsian ilmu itu nanti mampu menyuntik semangat untuk mereka melangkah ke era baru berjaya mengubah haluan hidup.

Kita percaya tidak semua dilahirkan dalam kesenangan, namun kita boleh berubah jika ada kemahuan. Kita boleh maju ke depan jika ada kesanggupan. Kita tidak boleh menyalahkan nasib dan takdir kerana Allah mengurniakan kita akal dan pancaindera untuk berbuat sesuatu dengan kehidupan.

Selagi tiada istilah putus asa,maka selagi itulah kita perlu mencuba.Ramai yang dilahirkan miskin akhirnya berjaya kerana mereka tidak serik mencuba. Bahkan mereka mengambil setiap peluang yang ada untuk memperbaiki kehidupan.

Malas berusaha akan menyebabkan kita tidak kemana,oleh itu demi mengubah kehidupan kita perlu sanggup berkorban.Kejayaan tidak datang dengan mudah.Ia perlu ditambah nilai usaha dan kesanggupan serta tekad dan azam yang kukuh.

Tiada alasan untuk berjaya,kegagalan adalah proses kita belajar dan mengutip pengalaman darinya.Apa yang penting biar miskin harta jangan miskin jiwa. Biar patah anggota jangan patah semangat. Percaya pada diri,kita mampu mengubah keadaan.

Wallahuaalam
Kota Kinabalu
Sent from my BlackBerry® wireless device via Celcom Mobile.

No comments:

Post a Comment