Hidup kalau tiada masalah bukanlah kehidupan. Dari masalah kecil hingga masalah besar masing-masing kita ada masalah tersendiri. Masalah ada di mana-mana.Baik di rumah atau diofis kita berdepan dengan pelbagai cabaran Jika kita rasa besar masalah itu maka beratlah bebanan pada kita , begitulah sebaliknya. bercerita tentang masalah perkara yang tidak asing adalah politik di ofis atau di tmepat kerja.
Politik di tepat kerja bukanlah bermaksud berkempen isu parti politik.Politk yang saya masukkan adalah adanya adu domba, budaya membodek atau kronisme di kalangan staf atau juga majikan. Bila perkara sebgini berlaku maka akan timbul perkara-perkara yang tidak sihat seperti perang dingin, kata mengata, keji mengeji, umpat mengumapt dan sebagainya.
Politik ofis ini timbul biasa apabila ada rasa tidak puas hati, cemburu dengan kelebihan orang lain, mahu cepat naik pangkat , serta lain-lain lagi. Pendek kata di mana-mana sahaja akan wujud perkara sebegini di kalangan kita. Terutamanya jika sifat mazmumah subur dalam diri masing-masing.
Jika ini beraku pada diri kita seperti kes pilih kasih andainya, atau juga memburuk-burukkan rakan sekerja dengan harapan kita lebih bagus maka apa yang harus kita lakukan? Sekiranya ini berlaku maka kita tidak perlu melayan dan merasa tertekan dengan keadaan. Jika kita membalas segala perbuatan dengan cara yang sama, maka kita juga akan serupa dengan mereka.
Terbaik, kita perlu buat dan bekerja dengan tekun. Percaya jika manusia tidak melihat kejujuran kita Allah akan melihatnya. Andai kita tidak dapat membuktikan kita berada di pihak yang benar, maka bersabarlah dan berilah diri kita masa, letakkan satu keyakinan bahawa satu masa kebenaran itu akan terbukti jua.
Kita juga perlu menunjukkan sikap yang profesional kepada musuh kita. Layanlah musuh kita dengan baik biar kita diperlakukan tidak baik sebagaiman yang sepatutnya. Ingatlah mungkin satu masa dia akan berubah melihat tingkah laku kita, atau Allah akan menujukkan kesalahanya hingga satu masa terpaksa meninggallkan kita. Selain itu banyakkan berdoa dan ampunan dari Allah agar kita dan mereka yang terlibat diberi petunjuk oleh Allah.
wallahuaalam
No comments:
Post a Comment