Sesungguhnya peringatan itu memberi manfaat kepada mukmin

"Sesungguhnya Allah telah membeli daripada orang-orang yang beriman (mukmin), jiwa dan harta benda mereka dengan memberikan syurga kepada mereka, disebabkan mereka berjuang di jalan Allah, …. Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan dan itulah kemenangan yang seagung-agungnya". (At-Taubah: 111)

Perjalanan kehidupan seseorang menuntut kepada suatu perjuangan yang terkandung didalamnya nilai pengorbanan. Seseorang pejuang sudah pasti mengimpikan suatu kejayaan yang memerlukan pengorbanan. Seiring dengan pengorbanan itu sudah pasti perlukan ketabahan, keyakinan, semangat dan matlamat kejayaan yang jelas dan jitu demi memastikan kejayaan yang dimiliki akan membuahkan kebahagiaan kepada si pejuang. Sesungguhnya kehidupan adalah memberi bukan sekadar menerima...ia juga untuk dimanfaatkan sebagai bekalan kehidupan abadi.

“Ya Allah, ampunilah kesalahanku, kebodohanku, sikapku yang melampaui batas dalam urusanku, dan semua dosaku yang Engkau lebih mengetahui mengenainya daripada diriku sendiri. Ya Allah, ampunilah kesungguhanku, kelalaianku, kesalahanku dan kesengajaanku yang semua itu ada pada diriku.” (Hadis riwayat Imam Al-Bukhari dan Muslim)

Friday, June 22, 2012

Keputusan Peperiksaan Cemerlang Bukan Jaminan kehidupan



Salam Jumaat
Hari ini penuh kesibukan, apa tidaknya hari mengambil report kad. Anak yang sekolah menengah dan yang sekolah rendah dua-dua perlu dikunjungi sekolah mereka. Biasanya kami bergilir pergi, tspi hari ini kami pergi berdua. Walaupun agak "rushing" kerana pagi petang. Si kakaknya sekolah agak jauh tapi Alhamdulillah kami dapat melangsaikan tugasa.
Keputusan anak-anak kali ini tidaklah sebaik masa ujian lalu. Namun saya tidaklah menghukum atau memarahi mereka, bahkan memberi motivasi supaya mereka lebih memajukan diri. Kalau sudah berada di kelas yang cemerlang berkebetulan kali ini tidak dapat tempat pertama pada saya ia bukanlah satu perkara yang kita sebagai ibu bapa memarahi anak-anak hingga mereka tertekan.
Contohnya Ieman Ihsan, anak saya ini tidak suka dipaksa membaca. saya sendiri tidak pasti bila dia menelaah buku kerana dia bukannya bangsa yang mengadap buku. Dia membaca hanya pada masa tertentu, itu pun paling lama 15-20minit. Sama juag dengan kerja rumah, jarang sekali saya lihat dia membawa balik, bila ditanya dia sudah siapkan di sekolah. Seorang lagi anak cara belajarnya juga tidak sama. Ada masa dia suka bersendiri dan tidak mahu diganggu.
Adakala keputusan peperiksaan ini bergantung juga kepada nasib. Walaupun sudah bersedia tetapi bila masuk dewan pereksa perkara yang dibaca boleh lupa. Cara saya mudah, memberi penumpuan pada waktu pengajaran itu penting,( kerana itu juga cara saya mengajar). Membaca itu pula sebagai peneguhan. Dalam konteks ini saya memastikan unutk anak-anak mudah mengingati dan memahami pelajaran dengan cara menyuruh mereka banyak menghafal dan mengaji Al Quran. ini memang sudah terbukti berkesan. bagi anak yang sudah di ambang remaja, saya sarankan mereka berpuasa sunat isnin khamis, ini juga bagi memberi ketahanan dan kekuatan mental kepada jiwa dan emosi mereka.

Gagal periksa tidak seteruk anak-anak gagal dari sudut akhlak dan syahsiah. Realitinya peperiksaan bukanlah ukuran kejayaan, ukuran kejayaan pada anak-anak kita adalah apabila mereka bergelar ANAK YANG SOLEH YANG SENTIASA MENDOAKAN KEDUA IBU BAPA MEREKA. Inilah keputusan kepada didikan kita kepada mereka.

WALLAHUAALM

No comments:

Post a Comment