Sesungguhnya peringatan itu memberi manfaat kepada mukmin

"Sesungguhnya Allah telah membeli daripada orang-orang yang beriman (mukmin), jiwa dan harta benda mereka dengan memberikan syurga kepada mereka, disebabkan mereka berjuang di jalan Allah, …. Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan dan itulah kemenangan yang seagung-agungnya". (At-Taubah: 111)

Perjalanan kehidupan seseorang menuntut kepada suatu perjuangan yang terkandung didalamnya nilai pengorbanan. Seseorang pejuang sudah pasti mengimpikan suatu kejayaan yang memerlukan pengorbanan. Seiring dengan pengorbanan itu sudah pasti perlukan ketabahan, keyakinan, semangat dan matlamat kejayaan yang jelas dan jitu demi memastikan kejayaan yang dimiliki akan membuahkan kebahagiaan kepada si pejuang. Sesungguhnya kehidupan adalah memberi bukan sekadar menerima...ia juga untuk dimanfaatkan sebagai bekalan kehidupan abadi.

“Ya Allah, ampunilah kesalahanku, kebodohanku, sikapku yang melampaui batas dalam urusanku, dan semua dosaku yang Engkau lebih mengetahui mengenainya daripada diriku sendiri. Ya Allah, ampunilah kesungguhanku, kelalaianku, kesalahanku dan kesengajaanku yang semua itu ada pada diriku.” (Hadis riwayat Imam Al-Bukhari dan Muslim)

Monday, June 4, 2012

Cabaran Membesar dan Mendidik Anak-anak



Menjadi ibu bapa pastinya kita akan berhadapan dengan pelbagai cabaran dalam mendidik dan membesarkan anak-anak. Sementelah bila kita diuji Allah dengan pelbagai kerenah anak-anak. Ibu bapa perlu berkorban dan meletak azam untuk mendidik dan mentarbiyyah anak-anak menjadi anak-anak yang soleh dan terpuji. Keazaman ini akan membantu ibu bapa mendapatkan kekuatan dan semangat dalam membuat pengorbanan. Sememangnya kita akan cepat merasa letih dan penat jika kita mudah putus asa dan mengaku kalah.

Pada saya mendidik anak tidak susah jika kita ada kesanggupan unutk membentuk diri sendiri terlebih dahulu. Jika mahu anak mendengar kata, maka tiliklah diri adakah kita sendiri mendengar kata-kata dan nasihat ibu bapa kita sebelum ini. Sama juga kita dengan pasangan, adakala kita lebih suka mengharapkan pasangan untuk memainkan peranan, walhal kita diri sendiri perlu meletakkan satu noktah andai pasangan tidak kisah atau mendidik anak sambil lewa maka peranan itu perlu dimainkan oleh kita. Terutamanya yang bergelar IBU, perlu memberikan usaha dan memainkan peranan yang lebih kerana ibu itu sifatnya adalah mendidik.

Ramai mengeluh anak sendiri banyak masalah, bagitu begini..  Bersabar dan bersyukur dengan pemberian Allah kerana ada ibu bapa dikurniakan anak yang sakit kronik, hilang upaya, perlu dijaga 24 jam dan pelbagai lagi ujian berat yang diuji Allah. Maka jika anak kita sekadar diuji dengan kerenah mereka.. maka bersabar dan carilah jalan bagaimana menangani mereka. Tanya diri berapa kali kita menunjukkan belas ihsan kepada anak setiap hari dibanding kita mencemuh dan memarahi anak-anak. Kadang-kadan ibu bapa sendiri tanpa sedar lebih banyak berleter dari bercakap dan menjalin hubungna kasih sayang dengan naka-anak. Saya teringat satu peristiwa di sebuah kedai, sewaktu itu saya sedangberada di surau menunggu waktu solat. Pintu surau itu tidak ditutup rapat jadi saya boleh melihat dan mendengar suara dari luar dan anak kecil menangis, rupanya anak kecil tadi terjatuh sewaktu berlari, maka ibunya datang sambil memukul si kakak yang baru berusia lima tahun, dengan suara yang keras memarahi si anak dan tangannya tidak berhenti memukul paha dan mencubit si kaka tadi.. ayat nya berbunyi.. "kan ibu dah cakap tengokkan adik? kamu buat apa?.. " Saya terasa sungguh sedih dengan layanan si ibu pada anaknya. Bukan salah si kakak bila si adik berlari dan terjatuh.. Selain itu wajarkah memukul si kakak dan wajrkah juga memberi tugasan meilhat si adik. Lima tahun belum mengerti apa-apa.. sekdar mengajar dan mendidik mengambil tanggungjawab sebagai kakak itu tidak mengapa, namun jangan diperlaku demikan. Jauh sudut hati mahu sahaj say buka pintu surau dan menegur perbuatan si ibu terhadap anaknya. Tidak tahan saya mendengar lolongan anak yang sakit dipukul si ibu...

Sepanjang saya bergelar ibu... saya tidak suka mendidik dengan cara sedemikian. Cukuplah dengan komunikasi lisan. InsyaAllah anak-anak akan mendengar apa yang kita perkatakan jika kita ikhlas mendidik mereka dan bukannya melampiaskan nafsu rakus memukul mengikut kehendak hati. Memukul untuk mendidik itu tidak salah tapi perlu ada kewajarannya. Saya dididik ibu dan ayah saya bukan dengan kekerasan, maka anak-anak saya juga begitulah juga saya didik. Menjadi anak saya cuba sebaik mungkin membalas jasa ibu maka anak-anak kitaj uag akan demikian.

Menjadi ibu bapa adalah amanah... jika kita tidak mahu memikul amanah maka kita sebenarnya jauh dari Allah. Kita adalah khalifah yang pelru mengurus banyak perkara.. uruslah diri dan keluarga maka kita akan dapat mengurus masyarakat.
Oleh itu bila ada kesilapan pada anak-anak..selidiklah diri kita.. bagaimana kita memperlakukan ibu bapa kita.. bagaimana kita melayan anak-anak kita? Sewaktu kecil anak masih boleh dibentuk , masih belum telrambat unutk mengubah apa yang ada.. begitu juga keadaanyaq sewaktu ibu bapa masih ada belum terlambat unutk membalas jasa mereka..
Ingatlah ..KEHIDUPAN ADALAH DARI APA YANG KITA BERI PADANYA...

Wallahuaalam.

No comments:

Post a Comment