Kita seringkali terjerat dengan keadaan-keadaan tertentu seperti salah faham akan sesuatu perkara. Ada ketika salah faham pertuturan, perbuatan serta peristiwa yang berlaku pada situasi-situasi tertentu. Kenapa berleku demikian. Apakah punca yang membawa kepada salah faham.
Kebiasaanya ia berlaku kerana minda kita memberi tafsiran berbeza. Maka jadilah salah tanggapan bila tafsiran mengikut perspektif individu. Ada kala benda yang remeh temeh dianggap penting dan boleh menjadi isu besar hingga membawa retak.
Selain itu Salah faham terjadi kerana adanya pihak ke tiga. Perkara yang di sampaikan kemungkinan memberi maksud berbeza bila jatuh ke tangan ke tiga maka pabila ia disampaikan ia tidak mengambarkan mesej sebenar dari orang pertama. Inilah yang dikatakan masalah salah faham berlaku kerana komunikasi. Memperkatakan tentang komnukasi adakala gaya pertuturan , nada suara, memek muka juga menjadi sebab kepada salah faham.
Nyatanya banyak sebab membawa kepada salah faham, namun jika kita boleh bertolak ansur dan cuba memahami serta boleh menerima penjelasa maka ia tidak akan membawa kepada pergaduhan. Adakala api yang panas disiram minyak ia menambahkan nyalaan. Oleh itu jika ada salah faham berlaku antara dua inidividu maka berusahalah unutk menjadi pendamai bukannya menambah keruh pada apa yang sedia ada. Perhubungan yang ikhlas akan menjadi benteng kepada salah faham, namun jika sebaliknya ia akan membawa kepada terputusnya silaturrahim.
No comments:
Post a Comment