Sesungguhnya peringatan itu memberi manfaat kepada mukmin

"Sesungguhnya Allah telah membeli daripada orang-orang yang beriman (mukmin), jiwa dan harta benda mereka dengan memberikan syurga kepada mereka, disebabkan mereka berjuang di jalan Allah, …. Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan dan itulah kemenangan yang seagung-agungnya". (At-Taubah: 111)

Perjalanan kehidupan seseorang menuntut kepada suatu perjuangan yang terkandung didalamnya nilai pengorbanan. Seseorang pejuang sudah pasti mengimpikan suatu kejayaan yang memerlukan pengorbanan. Seiring dengan pengorbanan itu sudah pasti perlukan ketabahan, keyakinan, semangat dan matlamat kejayaan yang jelas dan jitu demi memastikan kejayaan yang dimiliki akan membuahkan kebahagiaan kepada si pejuang. Sesungguhnya kehidupan adalah memberi bukan sekadar menerima...ia juga untuk dimanfaatkan sebagai bekalan kehidupan abadi.

“Ya Allah, ampunilah kesalahanku, kebodohanku, sikapku yang melampaui batas dalam urusanku, dan semua dosaku yang Engkau lebih mengetahui mengenainya daripada diriku sendiri. Ya Allah, ampunilah kesungguhanku, kelalaianku, kesalahanku dan kesengajaanku yang semua itu ada pada diriku.” (Hadis riwayat Imam Al-Bukhari dan Muslim)

Monday, April 22, 2013

Mengingati hari kematian



Mengingati dia yang pergi bukan satu perkara mudah... apalagi ia memnginatkan kematian sendiri yang entah bila.. hari agah yang lepas saya dikejutkan dengan dua berita kematian dua orang sahabat yang meninggal kerana kanser.. Ke duanya adalah bekas guru.. Terkilan kerana diakhir hayat tidak bertemu..tetapi setiap kali teringat saya akan menghubungi sahabat saya ini.. Pemergiannya membari satu ingatan yang kuat dan satu tamparan buat saya.. buku tentang penjagaan kesihatan dan rawatan salah seorang pesakit yang saya temuramah adalah beliau... Banyak yang dikongsi tentang kanser.. suami beliau sebagai orang yang berada di sisi juga banyak berkongsi tip penjagaan kesihatan.

Saat sampai diperkarangan rumah, jenazah sudah di bawa ke tanah perkuburan.. Saya terus ke sana.. sampai di sana jenazah telah selamat dikebumikan.. Melihat suami, ibu. ibu mertua, anak-anak arwah serta sanak saudara saya merasa begitu sayu.. Anak-anak yang sedang membesar masih memerlukan kasih ibu.. Namun ajal maut di tangan Allah.. kita yang hidup ini masih belum tahu bagaimana pengakhirannya.. Moga Allah  mengampuni segala dosa dan ditemaptkan ditempat para solihin.. 

Saat mahu beransur menningalkan perkuburan, seorang sahabat menelefon.. "Puan suami saya meninggal enam hari lepas.. maaf tidak sempat memberitahu.. ".. Innalillah.. masya Allah terasa dekat dengan kematian.. 
Moga Allah mematikan kita dalam iman.. Ameen..

No comments:

Post a Comment