Sesungguhnya peringatan itu memberi manfaat kepada mukmin

"Sesungguhnya Allah telah membeli daripada orang-orang yang beriman (mukmin), jiwa dan harta benda mereka dengan memberikan syurga kepada mereka, disebabkan mereka berjuang di jalan Allah, …. Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan dan itulah kemenangan yang seagung-agungnya". (At-Taubah: 111)

Perjalanan kehidupan seseorang menuntut kepada suatu perjuangan yang terkandung didalamnya nilai pengorbanan. Seseorang pejuang sudah pasti mengimpikan suatu kejayaan yang memerlukan pengorbanan. Seiring dengan pengorbanan itu sudah pasti perlukan ketabahan, keyakinan, semangat dan matlamat kejayaan yang jelas dan jitu demi memastikan kejayaan yang dimiliki akan membuahkan kebahagiaan kepada si pejuang. Sesungguhnya kehidupan adalah memberi bukan sekadar menerima...ia juga untuk dimanfaatkan sebagai bekalan kehidupan abadi.

“Ya Allah, ampunilah kesalahanku, kebodohanku, sikapku yang melampaui batas dalam urusanku, dan semua dosaku yang Engkau lebih mengetahui mengenainya daripada diriku sendiri. Ya Allah, ampunilah kesungguhanku, kelalaianku, kesalahanku dan kesengajaanku yang semua itu ada pada diriku.” (Hadis riwayat Imam Al-Bukhari dan Muslim)

Friday, December 2, 2011

Ilmu memberi Pencerahan Buat Diri

Hari ini begitu teruja dengan perkongsian seorang sahabat tentang konsep Manhaj...ilmu itu memberi pencerahan buat diri yang sering tercari-cari...ia membuka satu lembaran baru kepada perlunya menambah dan mencari ilmu dengan pelbagai cara dan metode pengajian. Selain itu sumber rujukan sahih dan pelbagai juga perlu dipertingkatkan kerana pencarian dan pengajian ilmu juga bukan semata dalam bentuk formal...
Allah memberi bagi yang meminta..selepas habis segala darjah pembelajaran di universiti, penulis meneroka pula pengajian secara tidak formal dengan guru yang lebih ilmuan..bentuk secara tidak formal ini ada juga keberkesanannya...kerana kita mencari dengan lebih ikhlas kerana cinta dan inginkan ilmu....Apa yang disedari, ternyata begitu banyak ilmu yang masih perlu digali dan cedok...Alahai kerdilnya diri ini wahai Tuhan...Moga Allah memberiku  hikmah untuk menimbanya dan memberikan hidayah untuk memahaminya serta diberikan kekuatan untuk mangamalkanya. Ameen.

No comments:

Post a Comment