Sesungguhnya peringatan itu memberi manfaat kepada mukmin

"Sesungguhnya Allah telah membeli daripada orang-orang yang beriman (mukmin), jiwa dan harta benda mereka dengan memberikan syurga kepada mereka, disebabkan mereka berjuang di jalan Allah, …. Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan dan itulah kemenangan yang seagung-agungnya". (At-Taubah: 111)

Perjalanan kehidupan seseorang menuntut kepada suatu perjuangan yang terkandung didalamnya nilai pengorbanan. Seseorang pejuang sudah pasti mengimpikan suatu kejayaan yang memerlukan pengorbanan. Seiring dengan pengorbanan itu sudah pasti perlukan ketabahan, keyakinan, semangat dan matlamat kejayaan yang jelas dan jitu demi memastikan kejayaan yang dimiliki akan membuahkan kebahagiaan kepada si pejuang. Sesungguhnya kehidupan adalah memberi bukan sekadar menerima...ia juga untuk dimanfaatkan sebagai bekalan kehidupan abadi.

“Ya Allah, ampunilah kesalahanku, kebodohanku, sikapku yang melampaui batas dalam urusanku, dan semua dosaku yang Engkau lebih mengetahui mengenainya daripada diriku sendiri. Ya Allah, ampunilah kesungguhanku, kelalaianku, kesalahanku dan kesengajaanku yang semua itu ada pada diriku.” (Hadis riwayat Imam Al-Bukhari dan Muslim)

Tuesday, April 23, 2013

Tujuan belajar ilmu psikologi dan kaunseling

Setiapkali bertemu dengan pelajar baru untuk sesi kelas Group Kaunseling setiapkali itu keseronokan saya bertambah. Seronok kerana bertemu dengan pelajar dari pelbagai latar belakang, kaum dan yang paling teruja mendengar kenapa mereka memilih untuk belajar Kaunseling dan bagaimana hasil pembelajaran itu mengubah kehidupan mereka hari ini.. Jika group yang sebelum ini salah seorang pelajar saya sudah bergelar professor yang masih mengajar di IPTA, pelajar saya kali ini adalah seorang doktor medical yang ada sebab tersendiri mahu belajar kaunseling.. Biar siapapun mereka baik pekerja biasa, surirumah atau golongan profesional yang memilki pelbagai kemahiran dalam bidang masing-masing apa yang pasti salah satu tujuan untuk sambung belajar dalam bidang Kaunseling tidak lain kerana MAHU MEMAHAMI DIRI SENDIRI DAN MELAKUKAN PERUBAHAN DALAM HIDUP..

Manfaat kehidupan adalah memberi.. dalam kaunseling kita lebih diajar untuk memberi lebih dari kita menerima.. Maka bagi yang mungkin tercari-cari untuk menambah ilmu dalam hidup salah satunya ilmu agama perlu kita tambah dan ilmu memahami manusia iaitu ilmu psikologi juga adalah perkara yang boleh kita pelajari.. Kaunseling adalah salah satu cabang dari ilmu psikologi.. Selamat menambah ilmu bagi yang mahu.. tiada alasan unutk berjaya melainkan sanggup berkorban masa dan tenaga.. Wallhuaalam  


Relationships are about give and give, not give and take. You know you're with the right person when they give as much as you.


No comments:

Post a Comment