Sesungguhnya peringatan itu memberi manfaat kepada mukmin

"Sesungguhnya Allah telah membeli daripada orang-orang yang beriman (mukmin), jiwa dan harta benda mereka dengan memberikan syurga kepada mereka, disebabkan mereka berjuang di jalan Allah, …. Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan dan itulah kemenangan yang seagung-agungnya". (At-Taubah: 111)

Perjalanan kehidupan seseorang menuntut kepada suatu perjuangan yang terkandung didalamnya nilai pengorbanan. Seseorang pejuang sudah pasti mengimpikan suatu kejayaan yang memerlukan pengorbanan. Seiring dengan pengorbanan itu sudah pasti perlukan ketabahan, keyakinan, semangat dan matlamat kejayaan yang jelas dan jitu demi memastikan kejayaan yang dimiliki akan membuahkan kebahagiaan kepada si pejuang. Sesungguhnya kehidupan adalah memberi bukan sekadar menerima...ia juga untuk dimanfaatkan sebagai bekalan kehidupan abadi.

“Ya Allah, ampunilah kesalahanku, kebodohanku, sikapku yang melampaui batas dalam urusanku, dan semua dosaku yang Engkau lebih mengetahui mengenainya daripada diriku sendiri. Ya Allah, ampunilah kesungguhanku, kelalaianku, kesalahanku dan kesengajaanku yang semua itu ada pada diriku.” (Hadis riwayat Imam Al-Bukhari dan Muslim)

Saturday, December 3, 2011

KEGAGALAN ADALAH SATU LANGKAH KE ARAH KEMATANGAN

Cuba Tanya siapa yang tidak pernah gagal, ada yang gagal dalam peperiksaan, ada yang gagal dalam interview, ada yang gagal dalam cinta, ada yang gagal dalam rumahtangga, ada yang gagal mendapatkan pekerjaan, ada yang gagal dalam menjalani rawatan, ada yang gagal bertemu seseorang, ada yang gagal dalam permohonan. Pendek kata ada pelbagai perkara tentang kegagalan, baik yang bersifat kecil atau besar skala kegagalan itu adalah bagaimana individu itu melihat kegagalan tersebut. Jika kegagagalan itu dilihat sebagai sesuatu yang besar maka besar jugalah impaknya kepada diri. Namun ada juga yang merasa keggagalan yang berlaku itu bersifat bias-biasa, tiada terkesan pada diri.
Biar apapun, jika seseorang itu boleh melihat kesan yang positif dari sesuatu kegagalan itu dan belajar darinya, maka sesungguhnya bertuah buat empunya diri kerana hasil dari peristiwa kegagalan itu boleh membawa satu langkah ke arah kematangan diri. ingatlah kegagalan itu hikmahnya adalah untuk kita melakukan      muhasabah’,  muaqabah,’ taubah’, mujahadah’ dan istiqamah dalam kehidupan.

No comments:

Post a Comment