Sesungguhnya peringatan itu memberi manfaat kepada mukmin

"Sesungguhnya Allah telah membeli daripada orang-orang yang beriman (mukmin), jiwa dan harta benda mereka dengan memberikan syurga kepada mereka, disebabkan mereka berjuang di jalan Allah, …. Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan dan itulah kemenangan yang seagung-agungnya". (At-Taubah: 111)

Perjalanan kehidupan seseorang menuntut kepada suatu perjuangan yang terkandung didalamnya nilai pengorbanan. Seseorang pejuang sudah pasti mengimpikan suatu kejayaan yang memerlukan pengorbanan. Seiring dengan pengorbanan itu sudah pasti perlukan ketabahan, keyakinan, semangat dan matlamat kejayaan yang jelas dan jitu demi memastikan kejayaan yang dimiliki akan membuahkan kebahagiaan kepada si pejuang. Sesungguhnya kehidupan adalah memberi bukan sekadar menerima...ia juga untuk dimanfaatkan sebagai bekalan kehidupan abadi.

“Ya Allah, ampunilah kesalahanku, kebodohanku, sikapku yang melampaui batas dalam urusanku, dan semua dosaku yang Engkau lebih mengetahui mengenainya daripada diriku sendiri. Ya Allah, ampunilah kesungguhanku, kelalaianku, kesalahanku dan kesengajaanku yang semua itu ada pada diriku.” (Hadis riwayat Imam Al-Bukhari dan Muslim)

Saturday, June 30, 2012

Lagikan Lidah Boleh Tergigit... inikan pula Suami Isteri..



Cerita-cerita dalam rumahtangga adalah asam garam kehidupan. Saat baru memulakan perkahwinana pasti semuanya gembira, namun ramai yang berkata itu hanya sementara, bila sudah lama lain jadinya. Ada juga yang berkata saat berkahwin mereka seperti baru mengenal siapa pasangan mereka. Lantas seperti merasa terpaksa meneruskan alam rumahtangga apalagi pasangan itu pilihan kita sebelumnya. Tak kurang juga yang berkata, pasangan mereka pelakon terbaik bila dikhalayak, namun bila bersama keluarga lagaknya seperti singa.


Banyak cerita-cerita perihal negatif, ditambah pula kisah-kisah skandal di luar rumah, baik si suami mahupun si isteri. Mendengar ini semua yang bakal berumahtangga merasa gelisah, yang belum punya calon mengambil sikap tunggu dan lihat, baik membujang hingga ke tua. Bahkan ada juga yang berkata, jika begini cerita alam rumahtangga baik berkawan sahaja.

Jika diamati segala cerita, batulkah alam rumahtangga banyak onak dan ranjau. Atau kita suka memilih cerita duka lara dibanding cerita tawa dan gembira. Betul kita hanya merencana dan yang terjadi adalah dari takdirnya. Membahagiakan rumahtangga bukanlah satu perkara sukar andai kita pilih menjalaninya dengan cara yang bahagia. Duka yang datang kerana kita sendiri yang memilih jalan itu.

Mengenal pasangan bukan menunggu saat terijab kabul kita dan dia. Mengenal pasangan bermula dari awal. Kita panjatkan doa kepada Allah agar diketemukan jodoh yang terbaik. Bukan dengna cara yang haram, bukan dengan cara yang bertentangan. Jika cara itu tidak diukut bahkan nafsu yang beraja maka tidak mustahil pilihan kita itu gagal.

Jangan salahkan perkahwianan jika kita sendiri gagal menjadi insan. Membina keluarga bahagia bermula dengan mendidik hati dan jiwa. Jika telah sempurna segala suruhan, Allah menguji dengan pasangan yang tidak sebagaimana kita impikan, maka itulah ujian. Pepatah berkata, lagikan lidah boleh tergigit, inikan pula suami isteri.... Jangan benda remeh menjadi besar, pupuk rasa sayang kerana Allah. Bawa matlamat dan destinasi  rumahtangga unutk mencapai redha Allah pasti kita akan ketemu jalan bahagia...

Tidak sukar mencanai bahagia andai kita sanggup menerima kekurangan dan kelebihan pasangan. Ingat, Allah tidak memberi semua perkara yang kita cita-citakan, tapi kita perlu bersyukur atas segala pemberian. Semua yang ada sudah tertera di Loh Mahfuz.. Cintai dia selagi dia mencintai Allah...

Wallahuaalam

Friday, June 29, 2012

Program Kecemerlangan Akademik

Minggu yang begitu padat,namun atas kapasiti tanggungjawab terhadap anak-anak serta merealisasikan impian melihat anak-anak berjaya maka saya menghadirkan diri di Program Kecemerlangan UPSR 2014,Tahun 4.

Sementelah yang bakal berkongsi pengalaman adalah bekas pensyarah saya di UIA.Program ini amat bagus hasil inisiatif guru-guru yang ingin meningkatkan prestasi sekolah. 2 tahun lagi para pelajar akan menduduki UPSR namun guru-guru melihat pentingnya para pelajar bersedia dan mempersiapkan diri dari sekarang.

Memetik kata-kata Guru Besar SKSU, hebat bagaimana pun perancangan namun ia tidak terlepas dari ibu bapa.Peranan DOA ibu bapa amat penting sepanjang membesarkan anak-anak.Moga iringan doa itu,anak-anak terdidik bukan semata akademik tetapi juga syakhsiah.

Selamat Maju Jaya
Ieman Ihsan

The Independence Day
30 July 2012
Sent from my BlackBerry® wireless device via Celcom Mobile.

Sepetang Di Pulau Gaya

Kesempatan hari terakhir di Kota Kinabalu saya penuhi dengan melawat ke Pulau Gaya. Sambil menunggu bot saya menemubual beberapa orang. Seronok saya mendengar perkongsian seorang kakak yang bernama Faridah. Beliau tinggal berdekatan Pulau Gaya.

Setiap kali ingin membeli belah, beliau akan ke bandar K.K. Seronok mendengar rutin hidup mereka.Dia berasal bangsa Sulu.Sekarang mendapat PR.Menurut Faridah,pulau yang didudukinya belum ada elektrik. Berdekatan Pulau Gaya ada juga pondok kecil seperti kotak yang dibina di atas air. Menurut Faridah,mereka kebanyakannya orang mendatang dari Filifina.

Saya juga berkesempatan menemubual dua orang pelajar sekolah.Menurut mereka dulu mereka adalah bekas pelajar SMK Pulau Gaya. Sekarang ini untuk menyambung tingkatan enam atas mereka terpaksa berulang alik dari Pulau Gaya ke bandar KK.

Pengalaman menaiki bot untuk ke sana serta memerhati cara hidup orang-orang yang tinggal di pulau-pulau berdekatan.Melihat gaya hidup dan survival mereka.Sehari di sini saya merasa insaf dengan kehidupan.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Celcom Mobile.

Thursday, June 28, 2012

Memburu Misi, Moga Allah Memberkati

Program "Akhiri Zaman Kemiskinan" sudah berada dipenghujung,harapan saya agar segala perkongsian dapat diaplikasikan oleh para peserta program.

Harapan saya agar suntikan motivasi yang dapat menyuntik semangat juang.Apa yang perlu ada pada setiap peserta adalah mahu berubah dan sanggup berusaha.

Setiap apa yang dipelajari merupakan satu titik tolak bagi merangka strategi untuk kehadapan.Hari ini konsep memberi kail dan umpan pada permulaan bagi memulakan perjuangan menongkah kemiskinan akan dapat mencapai objektif sekiranya peserta mempraktikkan apa yang telah dipelajari.

Ramai yang memberi alasan dan bertangguh untuk berjaya.Jika memilih untuk mengubah nasib maka kita tidak boleh lagi menyalahkan keadaan. Sudah masa untuk berjuang dan mencorakkan masa depan.

Individu dilahirkan ada potensi, maka tiba masa bagi mengakhiri kemiskinan dengan mengguna apa yang kita miliki bukan mengadu apa yang tidak kita miliki.Ingat "Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum,melainkan kaum itu sendiri mengubahnya".

Ayuh mara ke depan,
yakini kebolehan,
masa untuk membuktikan,
merealisasi impian
Menjadikannya satu kenyataan

Wallahuaala

Sent from my BlackBerry® wireless device via Celcom Mobile.

Memilih Makanan Halal Dan Suci

Berjalan luas pemandangan, bertambah pengalaman. Tiap kali berada di tempat orang baik di luar negara atau tanah air sendiri saya sentiasa prihatin dengan pemakanan halal dan suci.

Pernah bertanya dengan sahabat saya yang menguruskan pensijilan halal "kenapa ais krim perlu diimport dari Thailand". Saya tidak kisah dibuat di sana,masalahnya bila hanya tertera tulisan Siam bagaimana mahu memastikan ramuannya.

Saya memang memilih untuk makan kerana saya bimbang apabila kita tidak menjaga pemakanan kita maka ia memberi mudharat pada hati dan amalan ibadat. Bila makan benda-benda yang haram,tidak suci dan bersih ia boleh mempengaruhi rohani. Ia boleh menyebabkan kita malas beribadat serta tidak khyusuk mengerjakannya.

Bila singgah di mana-mana restoran, saya tidak hanya melihat pada kebersihannya. Jika ada botol arak serta benda yang haram untuk di makan/minum maka cubalah kita elakkan.Apa lagi jika kita sengaja masuk ke tempat-tempat yang terbukti adanya makanan/minuman yang tidak halal wlpn kita tidak mengambilnya, maka pada saya kita masih boleh memilih restoran jika mahu mencari yang betul-betul menjaga konsep halal dan suci.

Sebagai seorang Islam, jagalah diri. Jagalah tubuh badan kita dengan menjaga pemakanan kita.Moga Allah melindungi kita dari perkara yang memberi mudharat.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Celcom Mobile.

Menongkah Arus Kemiskinan

Hari ini saya berada di Negeri Bawah Bayu atas misi dakwah. Saya akan memberi motivasi kepada segelintir rakyat Sabah yang hidup dalam kemiskinan agar mereka mampu mengubah hidup. Moga perkongsian ilmu itu nanti mampu menyuntik semangat untuk mereka melangkah ke era baru berjaya mengubah haluan hidup.

Kita percaya tidak semua dilahirkan dalam kesenangan, namun kita boleh berubah jika ada kemahuan. Kita boleh maju ke depan jika ada kesanggupan. Kita tidak boleh menyalahkan nasib dan takdir kerana Allah mengurniakan kita akal dan pancaindera untuk berbuat sesuatu dengan kehidupan.

Selagi tiada istilah putus asa,maka selagi itulah kita perlu mencuba.Ramai yang dilahirkan miskin akhirnya berjaya kerana mereka tidak serik mencuba. Bahkan mereka mengambil setiap peluang yang ada untuk memperbaiki kehidupan.

Malas berusaha akan menyebabkan kita tidak kemana,oleh itu demi mengubah kehidupan kita perlu sanggup berkorban.Kejayaan tidak datang dengan mudah.Ia perlu ditambah nilai usaha dan kesanggupan serta tekad dan azam yang kukuh.

Tiada alasan untuk berjaya,kegagalan adalah proses kita belajar dan mengutip pengalaman darinya.Apa yang penting biar miskin harta jangan miskin jiwa. Biar patah anggota jangan patah semangat. Percaya pada diri,kita mampu mengubah keadaan.

Wallahuaalam
Kota Kinabalu
Sent from my BlackBerry® wireless device via Celcom Mobile.

Tuesday, June 26, 2012

Salah Faham Antara Kita



Kita seringkali terjerat dengan keadaan-keadaan tertentu seperti salah faham akan sesuatu perkara. Ada ketika salah faham pertuturan, perbuatan serta peristiwa yang berlaku pada situasi-situasi tertentu. Kenapa berleku demikian. Apakah punca yang membawa kepada salah faham.

Kebiasaanya ia berlaku kerana minda kita memberi tafsiran berbeza. Maka jadilah salah tanggapan bila tafsiran mengikut perspektif individu. Ada kala benda yang remeh temeh dianggap penting dan boleh menjadi isu besar hingga membawa retak.

Selain itu Salah faham terjadi kerana adanya pihak ke tiga. Perkara yang di sampaikan kemungkinan memberi maksud berbeza bila jatuh ke tangan ke tiga maka pabila ia disampaikan ia tidak mengambarkan mesej sebenar dari orang pertama. Inilah yang dikatakan masalah salah faham berlaku kerana komunikasi. Memperkatakan tentang komnukasi adakala gaya pertuturan , nada suara, memek muka juga menjadi sebab kepada salah faham.

Nyatanya banyak sebab membawa kepada salah  faham, namun jika kita boleh bertolak ansur dan cuba memahami serta boleh menerima penjelasa maka ia tidak akan membawa kepada pergaduhan. Adakala api yang panas disiram minyak ia menambahkan nyalaan. Oleh itu jika ada salah faham berlaku antara dua inidividu maka berusahalah unutk menjadi pendamai bukannya menambah keruh pada apa yang sedia ada. Perhubungan yang ikhlas akan menjadi benteng kepada salah faham, namun jika sebaliknya ia akan membawa kepada terputusnya silaturrahim.



Aku Kamu Siapa



Masa itu
Jika mampu ku ubah
Adakah engkau pasrah
Menerima daku
Sebagaimana Aku
Semalam
Kini
Esok

Saat berlalu
Ibarat semalam
Ku kenal erti
Satu ikatan bisu
Tersimpul mati

Tiada lagi sesalan
Biar Aku
Berjalan dipentas derita
Terluka kerana mu
Sembilu itu menikam
Duri itu menghunus

Wahai kamu
Tiadakah kata
Yang cukup sempurna
Tiadakah lafaz
Yang lebih bermakna

Sekelumit luka ini
Menyedar Aku
Siapa

Seungkap kata itu
Memperlihat kamu
Siapa

Nukilan
Ummu ieman ihsan
Sent from my BlackBerry® wireless device via Celcom Mobile.

Monday, June 25, 2012

POLITIK OFIS



Hidup kalau tiada masalah bukanlah kehidupan. Dari masalah kecil hingga masalah besar masing-masing kita ada masalah tersendiri. Masalah ada di mana-mana.Baik di rumah atau diofis kita berdepan dengan pelbagai cabaran Jika kita rasa besar masalah itu maka beratlah bebanan pada kita , begitulah sebaliknya. bercerita tentang masalah perkara yang tidak asing adalah politik di ofis atau di tmepat kerja.

Politik di tepat kerja bukanlah bermaksud berkempen isu parti politik.Politk yang saya masukkan adalah adanya adu domba, budaya membodek atau kronisme di kalangan staf atau juga majikan. Bila perkara sebgini berlaku maka akan timbul perkara-perkara yang tidak sihat seperti perang dingin, kata mengata, keji mengeji, umpat mengumapt dan sebagainya.

Politik ofis ini timbul biasa apabila ada rasa tidak puas hati, cemburu dengan kelebihan orang lain, mahu cepat naik pangkat , serta lain-lain lagi. Pendek kata di mana-mana sahaja akan wujud perkara sebegini di kalangan kita. Terutamanya jika sifat mazmumah subur dalam diri masing-masing.

Jika ini beraku pada diri kita seperti kes pilih kasih andainya, atau juga memburuk-burukkan rakan sekerja dengan harapan kita lebih bagus maka apa yang harus kita lakukan? Sekiranya ini berlaku maka kita tidak perlu melayan dan merasa tertekan dengan keadaan. Jika kita membalas segala perbuatan dengan cara yang sama, maka kita juga akan serupa dengan mereka.

Terbaik, kita perlu buat dan bekerja dengan tekun. Percaya jika manusia tidak melihat kejujuran kita Allah akan melihatnya. Andai kita tidak dapat membuktikan kita berada di pihak yang benar, maka bersabarlah dan berilah diri kita masa, letakkan satu keyakinan bahawa satu masa kebenaran itu akan terbukti jua.

Kita juga perlu menunjukkan sikap yang profesional kepada musuh kita. Layanlah musuh kita dengan baik biar kita diperlakukan tidak baik sebagaiman yang sepatutnya. Ingatlah mungkin satu masa dia akan berubah melihat tingkah laku kita, atau Allah akan menujukkan kesalahanya hingga satu masa terpaksa meninggallkan kita. Selain itu banyakkan berdoa dan ampunan dari Allah agar kita dan mereka yang terlibat diberi petunjuk oleh Allah.

wallahuaalam




Sunday, June 24, 2012

FIRASAT MIMPI



Jika ditanya siapa yang tidak pernah bermimpi? Pasti jawapannya semua orang penrah mengalami mimpi. Ada mimpi bahagia, ada mimpi ngeri ada juga mimpi kesedihan. Memperkata tentang mimpi ia amat berkait rapat dengan impian. Saya tidak mahu mengulas tentang impian. Tetapi saya ingin menjawab tentang persoalan mimpi. Ramai yang tertanya bolehkah kita percaya tentang mimpi? Ini kerana kadang-kadang apabila kita bermimpi ada suatu ketika ia betul-betul berlaku sebagaimana kita mimpikan.

Orang-orang tua berkata, basuh kaki sebelum tidur supaya tidak mengigau atau bermimpi buruk. Betulah petua itu? Jika kita membuat analisis maka ada kewajarannya kerana basuh kaki itu satu rukun dalam wuduhuk. Maka jika kita tidur dalam wudhuk kita berada dalam peliharaan Allah.

Seperkara perlu diingat, mimpi dikatakan mainan tidur kerana apa yang kita fikirkan dalam pemikiran akan hadir dalam mimpi. Apa yang kita rungsing pasti akan mendatangi kita saat kita tidur. Mudah sahaja, perhatikan kanak-kanak, apabila mereka lasak bermain ia dibawa ke alam mimpi mereka hingga ada kanak-kanak yang menangis sewaktu tidur, ketawa mengekek-ngekek. Oleh itu jika minda berada dalam keadaan rasional hati tidak gundah kita jarang bermimpi yang bukan-bukan. Sama juga jika kita berfikir perkara negatif maka perkara buruklah yang datang dalam mimpi kita. Ini juga berlaku sewaktu kita dalam kenpenatan, atau ada beban tugas yang banyak maka ia bukan semata-mata menganggu tidur kita, bahkan ia juga memberi mimpi yang pelbagai.

Soalannya, bolehkah percaya pada mimpi. Jika tidak boleh percaya kepada mimpi kenapa Allah memberi anugerah kepada Nabi Yusuf boleh mentafsir mimpi. Dan disebut dalam Al_Quran bagaimana kisah Nabi Yusuf mentafsir mimpi dan tafsiran itu menjadi realiti dan terserlah kebenarannya. Menjawab perihal ini, dari sudut pandang insan yang cetek ilmu seperti saya, kita sememangnya tidak boleh percaya tentang mimpi kerana dikhuatiri sewaktu tidur syaitan yang menganggu kita. Iblis membawa kita hanyut dalam mimpi. Oleh itu kita tidak harus percaya bulat-bulat kepada mimpi kerana dibimbangi mimpi itu akan menyebabkan kita bertindak tida wajar dan dek kerana percaya kepada mimpi tersebut maka akan membawa kepada kesan buruk dalam menjalani kehidupan seharian.

Contohnya mimpi suami kahwin lagi, atau isteri main kayu tiga kita percaya pada mimpi tersebut maka kita mula mengesyaki suami/isteri, lalu membawa bibit pergaduhan kerana kita mula tidak menaruh kepercayaan dan menyimpan persaan syak terhadap pasangan. Oleh itu berhati-hati dengan mimpi jangan sampai mimpi membawa mudharat kepada kehidupan


Biarpun begitu dalam rawatan Islam sendiri mimpi tidak ditolak sembrono contoh ada yang mengatakan jika mimpi ular itu tandanya sihir. Pada saya unutk mentafsirkan sesuatu mimpi itu kita tidak dianugerahkan Allah mukjizat sebagaimana Nabi Yusuf, tetapi mimpi tidak juga boleh diketepikan semuanya. Apa yang terbaik pada hemat saya, mimpi itu sekadar memberi ingatan buat diri unutk lebih mempertingkatkan amalan dan doa. Abdainya kita bermimpi perkara yang tidak baik, maka wajar kita berdoa agar dijauhkan segala bala bencana tersebut. Andai betul berlaku seatu perkara sebagaimana mimpi kita, maka setidaknya kita telah berlapang dada dan boleh menerima sesautu ketentuan itu berlaku. Allah memberikan isyarat kepada kita melalui mimpi agar kita menyerahkan semua perkara hanya kepadaNya.

Pesanan saya, apabila tidur janganlah kita ingat apa yang buruk. Masa tidur unutk berzikir dan memohon ampun atas segala dosa sepanjang hari yang kita lakukan sama ada secara tidak sengaja atau sengaja. Amalkan membaca tiga QUL, agar tidur kita lena dalam jagaanNya. Jika susah unutk tidur atau mendapat ganguan mimpi yang pelik atau buruk, maka bangunlah dari tidur dan solat taubat, semoga Allah ampunkan dosa. Mimpi itu datang kerana ia sekadar ingatan Khaliq kepada hambanya agar bangun dan bermunajat kepadaNya semata.

Wallahuaalam.

Dilemma Suami Tidak Bekerja

Bismillah,

Seringkali rungutan diterima dari segelintir wanita yang bekerjaya berada dalam dilemma bila si suami tidak bekerja dan dalam masa yang sama isteri terpaksa memikul banyak tugas-tugas baik tugas sebagai isteri dan tugas suami.
Pada peringkat awal tidak dinafikan wanita lebih ramai sekarang ini yang bekerja makan gaji kerana kelulusan yang ada. Bekerja dengan kelulusan ini adakala gaji wanita lebih banyak dari si suami maka mereka kemudian membantu suami dalam ekonomi keluarga contoh menolong membayar bil,pengasuh,rumah,kereta dan sebagainya hingga suami merasa berada dizon selesa kerana banyak tanggungjawab sedia ada telah dibantu isteri.

Dari sini ada kesannya bila timbul sikap malas suami, ada yang bekerja setakat untuk diri sendiri bermewah. Tanggungjawab memberi keperluan makan minum serta membesarkan anak-anak serta lain-lain diletakkan di atas bahu isteri dengan alasan isteri bekerja atau gaji isteri lebih banyak.
Paling menambah derita isteri bila suami merasa diri sudah punya kewangan yang lebih dan berkemampuan maka mereka mula berfikir untuk menambah cawangan.Lebih teruk lagi si suami yang tidak bekerja dan ditanggung segalanya si isteri bersikap malas dan sekadar menunggu segalanya disediakan.

Maka si isteri yang berada dalam situasi begini akan berkata :Adilkah buat mereka?Adil atau tidak tanyalah kepada si suami,tepuk dada tanya iman.Mereka tidak mahu menjawab di dunia,tapi mereka tidak akan terlepas di akhirat.

Namun jangan pula si isteri lupa, tidak semua suami malas bekerja, ini terbukti ada suami memilih untuk mengurus rumahtangga saat isteri bekerja.Suami begini perlu diberi pengiktirafan kerana mereka memberi laluan untuk isteri bekerjaya dan menjadi hebat dipersada kerjaya mereka.Jangan kerana itu si isteri mendabik dada dengat pangkat dan gaji mereka.Ada suami merasa dihina dan jauh hati bila ada isteri yang sentiasa mengungkit kekurangan suami. Penyelesaian kepada persoalan ini mudah sekiranya suami isteri menyedari hak dan tanggungjawab masing-masing.

Membina keluarga bahagia perlu ada toleransi antara suami isteri.Bagi yang terhimpit dalam dilemma begini,bersabar dan berlapang dada serta ikhlaskan segala perbuatan.Moga Allah memberi kita sebaik-baik balasan di akhirat nanti. Mengubah seseorang bukan mudah jika mereka sendiri tidak mahu berubah.Cara terbaik ubah diri kita menjadi lebih positif dan berusaha menjadi isteri yang terbaik buat suami,biarpun suami kita tidak sebagaimana yang kita impikan.Ingatlah kisah Asiah isteri Firaun.Dia pasrah dengan jodoh walhal Firaun sejahat manusia di muka bumi. Kerana itu dia wanita yang dijanjikan Syurga Allah.Moga kita bakal sebahagian isteri yang bakal mendapat syurga Allah atas segala kesabaran dan ujian. Ameen.

Wallahuaalam

Dr Sakinah Salleh
Marriage and Family Counseling

Info:
Ceramah : Muslimah dan Kerjaya 
Jemput hadir bagi yang berminat untuk mendengar perkongsian saya di Masjid Shah Alam pada Jumaat 6 Julai 2012.
9pg-1tghri
Sent from my BlackBerry® wireless device via Celcom Mobile.

Friday, June 22, 2012

Mengatasi Kebosanan


Pernahkah anda rasa bosan dengan kehidupan. Anda merasa tiada semangat unutk berbuat apa sahaja. Sentuh itu salah, buat ini salah. Tahukan kenapa puncanya? Perhatikan pada segelintir individu yang begitu banyak tugasan dan matlamat yang inign direalisasikan, hingga tiada istilah bosan. Tiada isitlah jemu kerana setiap waktu terisi.

Rasa bosan ini akan mendantagi kita kerana adakala kita ada matlamat, tetapi kita tidak berusaha ke arah merealisasikanya. Sama juga kita lihat, orang yang rajin jarang mengungkap perassan bosan, kerana dalam fikiran mereka ada sahaja perkara yang boleh dilakukan. Namun orang yang malas pastinya akan rasa bosan dan akan lebih suka bermalas-malas.

Saya contohkan seorang pelajar, jika pelajar ini malas, tidak ada cita-cita yang jelas ke mana ingin ditujunya selepas tamat belajar, saat mengadap buku dia mula rasa mengantuk, susah mengingati apa yang dibaca, sukar memahami segala konsep. Berbeza bagi yang tahu kenapa, tahu sebab perlu belajar, ada matlamat, rasa ingin tahu, kecintaan yang hebat kepada ilmu, maka pelajar sebegini tiada istilah bosan apabila mengadap buku. Bahan mereka merasakan masa sering mengejar mereka untuk menyelesaikan banyak perkara.

Jawapan kepada bosan cukup mudah, ubati ia dengan zikirullah dan membaca ayat suci. Lihat juga kepada kehijauan alam, syukuri segalam nikamt yang kita miliki, maka rasa bosan itu akan berlalu pergi. Lebih penting juga saat datangnya rasa bosan, ingatlah kembali segala tujuan. Pasti kita akan dapat memecahkan rasa bosan dan kebuntua. Ceriakan diri dengan banyakkan bersolat moga kita akan dianugerahkan kekuatan hati dan jiwa.

Insan yang bosan seringkali tidak puas dengan apa yang diberi, oleh itu rasai kehiduoan ini dengan berlapang dada. Hayati hari ini seolah esok kita akan mati, kejarlah apa yang patut kita kejar dalam hidup seolah inilah kesempatan terakhir kita.

Wallahuaalam    

Keputusan Peperiksaan Cemerlang Bukan Jaminan kehidupan



Salam Jumaat
Hari ini penuh kesibukan, apa tidaknya hari mengambil report kad. Anak yang sekolah menengah dan yang sekolah rendah dua-dua perlu dikunjungi sekolah mereka. Biasanya kami bergilir pergi, tspi hari ini kami pergi berdua. Walaupun agak "rushing" kerana pagi petang. Si kakaknya sekolah agak jauh tapi Alhamdulillah kami dapat melangsaikan tugasa.
Keputusan anak-anak kali ini tidaklah sebaik masa ujian lalu. Namun saya tidaklah menghukum atau memarahi mereka, bahkan memberi motivasi supaya mereka lebih memajukan diri. Kalau sudah berada di kelas yang cemerlang berkebetulan kali ini tidak dapat tempat pertama pada saya ia bukanlah satu perkara yang kita sebagai ibu bapa memarahi anak-anak hingga mereka tertekan.
Contohnya Ieman Ihsan, anak saya ini tidak suka dipaksa membaca. saya sendiri tidak pasti bila dia menelaah buku kerana dia bukannya bangsa yang mengadap buku. Dia membaca hanya pada masa tertentu, itu pun paling lama 15-20minit. Sama juag dengan kerja rumah, jarang sekali saya lihat dia membawa balik, bila ditanya dia sudah siapkan di sekolah. Seorang lagi anak cara belajarnya juga tidak sama. Ada masa dia suka bersendiri dan tidak mahu diganggu.
Adakala keputusan peperiksaan ini bergantung juga kepada nasib. Walaupun sudah bersedia tetapi bila masuk dewan pereksa perkara yang dibaca boleh lupa. Cara saya mudah, memberi penumpuan pada waktu pengajaran itu penting,( kerana itu juga cara saya mengajar). Membaca itu pula sebagai peneguhan. Dalam konteks ini saya memastikan unutk anak-anak mudah mengingati dan memahami pelajaran dengan cara menyuruh mereka banyak menghafal dan mengaji Al Quran. ini memang sudah terbukti berkesan. bagi anak yang sudah di ambang remaja, saya sarankan mereka berpuasa sunat isnin khamis, ini juga bagi memberi ketahanan dan kekuatan mental kepada jiwa dan emosi mereka.

Gagal periksa tidak seteruk anak-anak gagal dari sudut akhlak dan syahsiah. Realitinya peperiksaan bukanlah ukuran kejayaan, ukuran kejayaan pada anak-anak kita adalah apabila mereka bergelar ANAK YANG SOLEH YANG SENTIASA MENDOAKAN KEDUA IBU BAPA MEREKA. Inilah keputusan kepada didikan kita kepada mereka.

WALLAHUAALM

Tuesday, June 19, 2012

Hari Kematian

Hari ini menerima berita kematian seorang pak cik (saudara sebelah suami) meninggal dunia. Semalam pula mak cik sepupu sebelah ayah. Tiap kali menerima berita kematian kita terasa pantasnya masa berlalu, tiap kali berita itu datang tiap kali itu juga ia mengingatkan kita akan jangka hayat nyawa sendiri.

Firman Allah "Kullu nafsin za-iqatul maut". Maksudnya setiap manusia akan menemui mati. Tua muda, sihat sakit, cepat lambat tiada yang terlepas darinya. Sesungguhnya mengingati mati mendidik jiwa serta membawa diri untuk sentiasa mengabdikan diri padaNya.

Persoalan utama buat kita yang masih hidup:
Sudah sempurnakah amalan
Cukupkah segala suruhan ditunaikan
Adakah DiA menerima segala amalan
Tertunaikah segala janji yg diamanahkan
Terampunkah dosa dan kelalaian diri
Adakah tempat buat kita disyurga
Siapakah bakal menemankan kita di alam sana,kala,jengking,ular @ pemuda bersama cahaya?

Bila menanyakan persoalan kematian sudah pasti rasa belum bersedia.Ada yang tiada rasa takut melakukan dosa.Ada yang mengejar dunia seperti akan hidup selamanya. Kematian itu sesungguhnya memberi pedoman bagi yang mahu mengambil iktibar darinya sebelum datang giliran kita bertemu Izrail.

Wallahuaalam
Sent from my BlackBerry® wireless device via Celcom Mobile.

13 Rukun Solat

Qalbi ; Niat
Tertib

Qauli; Takbir
Al-Fatihah
Membaca Tahiyyat Akhir
Selawat
Salam

Fikli; Berdiri tegak
Ruku'
Iktidal
Sujud
Duduk antara dua sujud
Duduk Tahiyyat akhir.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Celcom Mobile.

Friday, June 15, 2012

Hidayah Milik Semua

Hidayah adalah petunjuk kepada hambanya yang dikehendaki. Maka setiap dari kita boleh berusaha memohon hidayah,namun yang menentukannya adalah Allah semata.Hidayah ada langkah/cara yang tersendiri untuk kita meraihnya,salah satunya adalah melalui doa yang ada dalam al Quran. Firman Allah; "Ya Allah janganlah engkau balikkan hati kami setelah engkau berikan kami hidayah dan hadiahkan kami rahmat".

Sewaktu solat kita sering memohon kepada Allah agar kita tergolong dalam orang yang diberi petunjuk. Ramai kita bergelar Muslim, namun kita adakala tenggelam dalam jenama kita sebagai Muslim walhal cara hidup,ibadat kita tidak sebagaimana Muslim yang sejati.Tiket kita sebagai Muslim bukan jaminan untuk masuk syurga,kerana langkah seterusnya adalah menjadi mukminin.Iaitu beriman kepada Allah dan Rasulnya.

Lihat apa berlaku disekeliling kita, namanya diberi nama Islam, tetapi bila dilihat kepada cara berpakaian, cara hidup dan juga pergaulan. Sekiranya kamu mencari redha Allah,maka Allah mencukupkan segalanya, begitulah sebaliknya jika kita ingin mencari redha manusia maka DIA akan menyerahkan nasib kita kepada manusia.

Allah berhak memilih siapa hambanya beriman dan bertaqwa. Namun perlu dingatkan bahawa hidayah itu hak semua. Ada yang merungut dah solat,dah beramal tetapi kenapa Allah tidak mengabulkan permintaan. Disini boleh diperhatikan bahawa sekiranya seseorang itu beriman maka dia tidak mempertikaikan bila tetapi lebih bermuhasabah akan kekurangan dan kelemahan diri sebagai hamba. Oleh itu bersyukurlah kepadaNya kerana masih bergelar Islam, namun istiqamahlah dalam memohon Taufiq dan HidayahNYA.
Wallahuaalam
Sent from my BlackBerry® wireless device via Celcom Mobile.

Elakkan bersifat cerewet



Apabila kita banyak bergaul dengan orang sekeliling maka kita akan bertemu dengan pelbagai kerenah manusia. Ada orang nampak baik..tapi bila ada hal sensitif maka terus melenting.. tak kurang juga yang cerewet.. pendek kata sebut pasal sikap ni ada pelbagai sikap positif dan negatif.. namun apa yang ingin saya kongsikan adalah segelintir dikalangan kita yang cerewet. Cerewet ini pada saya banyak keburukannya.

Saya contohkan tentang pemilihan barangan ,pakaian atau sesuatu yang berbentuk material.. ada seorang hamba Allah, sifatnya amat cerewet, jika tidak berkenan dimatanya semua benda dia akan komplen, kritik.. pada saya memang tidak slaha untuk kebaikan.. namun janganlah semua benda dikritik.. Sama juga dalam hal pemberian.. bila pemberian orang lain itu tidak berkenana dihatinya maka dia akan mengata itu ini.. bukannya mahu bersyukur atau berterima kasih dengan orang yang sudia memberi.. pendek kata sifatnya itu memang ada kala menyebabkan orang seringkali terasa.. Adakalanya dia begitu "high taste"..sebab itu dia tidak menadang sesuatu yang murah atau material biasa-biasa...

Pada saya. kita perlu belajar menghargai orang lain.. biarpun tidak suka tidak perlu kita nyatakan pada mereka.. atau juga orang yang terdekat. Terimalah seadanya. Tidakkah kufur nikmat namanya. Saya ingat pada sambutan hari guru yang lalu seorang student kaunseling memberikan hadiah sehelai tudung kepada saya.. Memang tudung itu jika saya memakainya kurang sesuai unutk dipakai dengna watak dan karakter saya. tetapi kerana agak labuh dan bersesuaian saya memakainya juga sebagai tanda menghargai, walaupun anak-anak saya menegur kata mereka.. "Ummi macam kanak-akan la.. " lalu saya katakan pada anak-anak bahawa saya cuba menghargai pemberian sesiapa sahaja. walaupun hati tidak berkenan bukan bermakna kita perlu lemparkan dia ditepi almari. Pada saya dua atau tiga kali sudah cukup mengambarkan penghargaan kita kepada si pemberi..

Kadang-kadang bila diri terlalu cerewet kita akan terpinggir suatu masa. orang sekeliling akan menjauhkan diri. Oleh itu dalam menjaga persahabatan janganlah terlalu menunjukkan kita ini begitu dominan. Semau perkara atau keinginnan kita pelru dipenuhi.. Belajarlah bersyukur. Ingatlah hargia apa yang kita miliki kerana saat Allah mengambilnya dari kita baru kita mahu insaf sudah terlambat... Mereka yang bersama kita sudah pun meninggallakan kita saat itu.

Wallahuaalam

Wednesday, June 13, 2012

Kenal Pencipta Kenal Diri

Hubungan yang intim dengan Allah akan menimbulkan rasa tanggungjawab, amanah, mesra, hormat menghormati dan lain-lain sifat mahmudah pada diri individu. Terciptanya hubungan intim dan rasa kedekatan dengan Allah adalah dari kefahaman terhadap kewujudan dan keesaan Allah. Ini mendorong individu untuk sentiasa membuat muhasabah diri "retrosepktif".

Mengenal Allah membantu individu berhubungan dengan Khaliq dengan mempertingkatkan ibadah. Ibadah khusus (rukun Islam) serta ibadah umum (muamalah etc) ini tidak diambil mudah malah sentiasa diberi keutamaan untuk menambah ilmu dan kefahaman serta pengamalan.

Mengenal Allah membawa diri takut untuk melakukan dosa. Ia membentuk diri individu ke arah Muslim, mukmin dan Muhsin. Insan yang tidak mengenal Allah maka mereka akan gagal dalam menyelesaikan misi khalifah. Mereka ini hilang identiti serta hidup dengan fantasi.

Mengenal Allah perlu menjaga hati. Hati yang terjaga adalah hati yang disuntik dengan iman dan sentiasa dahagakan ilmu.Ilmu menyuluh insan mengenal Allah. Imam Ibnu Qayyum menyebut bahawa perjuangan adalah berjuangan menuntut ilmu. Firman Allah: "Sesungguhnya orang yang beriman hanyalah orang yang percaya pada Allah dan Rasulnya dan mereka tidak ragu-ragu. Dan mereka berjuang pada jalan Allah.Mereka itu adalah orang-orang yang benar"

Wallahuaalam
Sent from my BlackBerry® wireless device via Celcom Mobile.

Mencari Sinar Baru


Setiap insan itu tidak sempurna atau maksum (sunyi dari dosa) melainkan nabi dan rasul. Bila menerima hakikat kekhilafan diri maka berusahalah unutk kembali ke pangkal jalan, berusahalah unutk berubah. Ada yang tidak mahu berubah kerana merasa diri sudah berada dilandasan yang betul walhal terang dan nyata mereka silap. Ada juga  yang mahu berubah tapi seringkali bertemu dengan cabaran. Mencari sinar baru dalam hidup merupakan hidayah dari Allah.

Bagi setiap individu yang sebegini saat memulakan langkah untuk berubah ujian pertama adalah kepercayaan dari  orang sekeliling. Jika sebelum ini kita gagal menunaikan amantat, kita tewas bila diberi peluang, kita tidak mampu memikul tugas dan leka dalam menurut kehendak agama. Maka bila berlaku demikian bukan mudah keriah semula kepercayaan orang sekeliling. Contoh jika sebelum ini kita menghampakan majikan dengan pecah amanah, kita menghampakan ibu bapa yang mengharapkan kita menjadi manusia cemerlang.

Bersabarlah dengannya, teruskanlah langkah itu, usah gentar dengan kata-kata yang menarik semangat dan menghiris ego. Kita telah silap sekali maka unutk silap buat kali yang ke-dua adalah satu kebodohan. Belajar menjadi tabah, banyakkan dan tingkatkan penggantungan harapan kepada Allah. Letaklah tujuan perubahan itu bukan kerana sesiapa atau demi orang lain yang bergelar insan. Letaklah tujuan dan motif hanya kerana mencari redha Allah.

Selebihnya, dekatilah orang yang positif agar kita tidak cenderung atau mudah terpengaruh melakukan kesilapan berulang kali. Ingatlah, kali ke-2 orang menerima kita kembali jika unutk kesekiannya kita menghampakan orang sekeliling kita.. maka jika kita tidak lagi diterima maka itu adalah kesilapan kita.. Biarpun  begitu Allah sentiasa menerima taubat hambanya. Oleh itu pastikanlah taubat kita bukan taubat yang berpura-pura.. tetapi kita bertaubat dan berazam untuk istiqamah dan tidak mahu lagi melakukan kesilapan yang sama.

Sinar ada di hujung jalan.. teruskanlah langkah mu unutk sampai ke sana. Jangan berputus harap..

Wallahuaalam

Monday, June 11, 2012

Antara Pilihan

Hidup ini banyak pilihan.Kita boleh memilih apa yang kita suka. Kita berhak menentukan apa yang diinginkan.Kita perlu memilih jika keadaan memaksa kita membuat pilihan. Kehidupan sendiri adalah berkenaan membuat pilihan. Ada yang memilih berdasarkan nafsu,ada yang memilih berdasarkan perasaan, ada yang memilih ditentukan oleh syariat.

Maka berhati-hati dikala memilih.
Memilih itu mudah jika tiada timbang-tara.
Memilih itu mudah jika kita mementingkan diri kita semata.
Memilih itu mudah jika tiada waswas dan yakin dengan pilihan kita.

Biar apa jua pilihan sama ada memilih cara berpakaian,biarlah menutup aurat dan tidak menjolok mata, bila memilih pasangan lihatlah pada agamanya,bila memilih kerjaya pilihlah yang berkat dan halal disisiNya.
Bila memilih bahan bacaan,pilihlah yang bermanfaat dan menambah ilmu, bila memilih sahabat,lihatlah kepada akhlak dan budi pekertinya Bila memilih satu antara dua maka carilah yang terbaik antara keduanya.

Saat membuat pilihan adakala kita mampu dan berada di persimpangan,maka mohonlah kepadaNya. Mohonlah agar dia memberi kita pilihan terbaik untuk dunia dan akhirat kita pada sisiNya.

Wallahuaalam
Sent from my BlackBerry® wireless device via Celcom Mobile.

Friday, June 8, 2012

Menanti dalam Kesamaran


Saat menanti
Perasaan dan emosi bercampur baur
Bimbang resah bersatu
Bila dan bagaimana
Bersarang di minda membelah 

jiwa menjerat rasa


Jawapan itu amat dinanti
Kepastian satu perjuangan
Betapa perit penantian ini
Terkesan ia 

memberi parut pada luka lama


Penantian ini
Seperti malam kelam menanti jalur siang
Tertanya diri adakah mentarikan bersinar terang
Mungkin jua hujan rahmat
Atau ribut tsunami yang mendatang

Puas memujuk hati
Agar redha dengan ketentuan
Iman menyatakan keyakinan
Hasrat membutuhkan keikhlasan
Taqwa diraih saat penantian
Taufiq dipohon saat penantian
Moga tertunai satu harapan


Lalu
Pada Dia kupanjat doa
Agar
Penantianku dalam kesamaran

Bakal menjanjikan satu kemenangan


Ummu ieman ihsan

Allah Yang berhak Memberikan Hidayah

Salam Jumaat buat semua...

Hari ini penghulu segala hari, kita disunatkan membaca Surah Al-Kahfi. Ini telah terbukti dari hadith Sahih yang diriwayatkan oleh para sahabat.
Sewaktu saya membaca surah al-Kahfi, saya suka merujuk kepada tafsirannya. Sewaktu membaca saya amat tersentuh dengan ayat 17 Surah Al-Kahfi.
"...Barangsiapa yang di beri petunjuk oleh Allah, maka dialah yang mendapat petunjuk; dan barang siapa yang disesatkannya, maka kamu tak akan mendapatkan seorang pemimpin pun yang dapat memberi petunjuk padanya." Al-Kahfi-17.

 Ia mengingatkan kepada kita bahawa sesungguhnya hidayah itu milik Allah. Saya ingin mengaitkan ayat ini dengan cetusan persoalan dari segelintir ibu bapa... Ramai kalangan ibu bapa sering mengeluh kenapa mereka dikurniakan anak-anak yang membawa kemudharatan kepada  mereka dan keluarga. Ada anak yang terjebak dengan penagihan dadah, gejala sosial, keruntuhan moral hingga mencalit nama keluarga. Padahal anak-anak ini dibesarkan dengan didikan yang baik, mereka diasuh dengan acuan agama, bahkan ibu bapa sendiri telah memberikan contoh teladan yang baik kepada anak-anak mereka. Persoalan mereka, kenapa mereka diuji dengan keadaan sedemikian?

Ayat di atas jelas kepada kita bahawa sesungguhnya hanya DIA yang mampu memberikan hidayah dan taufik kepada hambanya. Tidak usah gundah dan bersedih hati, lagikan Nabi diuji lebih lagi. Mereka menyampaikan seruan atas suruhan Allah tetapi jika ahli keluarga mereka tertutup hatinya maka siapalah kita sebagai hamba jika Allah tidak memberi hidayah kepada mereka. Lihat sahaja kepada Nabi Ibrahim, baginda mengajak bapanya tetapi gagal, lihat juga kepada Nabi Nuh, baginda menyeru anaknya tetapi sia-sia jakan itu, tengok juga kepada Nabi Luth, baginda meminta isterinya meninggalkan perkara mungkar tetapi tidak diendahkan..

Wahai ibu bapa, kita mampu untuk mendidik dan membesarkan anak-anak atas kapasiti dan kemampuan kita. Selebihnya serahlah kepada Allah. Kita mampu berdoa, jangan berputus asa dan berputus harap, kerana Allah itu Maha Pengampun. Kekuatan doa ibu bapa itu pasti suatu masa dimakbulkan olehNya. Anak-anak kita juga insan biasa, mereka boleh berubah jika mahu berubah, berilah mereka peluang, moga apabila mereka mencapai satu peringkat kematangan, dan Allah memberikan hidayah mereka pasti akan kembali kepada jalan Allah.

Sebagai ibu bapa, sentiasalah memberi, menyokong dan mendorong ke arah kebenaran Islam kepada anak-anak tanpa rasa jemu . Ibu bapa sendiri perlu sentiasa meningkatkan  keimanan dan ketaqwaan kepadaNya agar memberi contoh teladan yang baik kepada anak-anak khususnya dan masyarakat amnya. Moga Allah memberikan kita anak-anak yang menyejukkan hati dan mendamaikan jiwa serta mampu mendoakan kita di alam barzah.Ameen

Allahuaalam

Thursday, June 7, 2012

Menjadi Mukmin Yang Sempurna

Menjaga kebersihan luaran dan dalaman
Menjaga silaturrahim dengan menjauhi buruk sangka "ijtanibu kathiran mina dhzan".
Menjauhi perkara mudharat
Ada beberapa tahap berkait dzhan/sangkaan.
1)Yakin-
2)Syak-tiada keraguan padanya
3)Zhan-tidak semua syak itu dosa,tapi perlu dijauhi.
a)Zhan yang haram apabila tidak bersangka baik kepada Allah dan Rasul
Kerana kita perlu memberi tanggapan baik dalam hal syariah.
b)Tinggalkan syak apabila ada dua kemungkinan iaitu baik dan buruk.Maka kita perlu bersangka baik denga orang sekeliling kita..

Reflection
TV Hijrah
Sent from my BlackBerry® wireless device via Celcom Mobile.

Wednesday, June 6, 2012

Kasih Ayah Dan Ibu

Hari ini pagi-pagi lagi sudah terpacak di depan klinik kerana membawa suami untuk memeriksa darah.Semalam sudah ke PMC untuk membuat pemeriksaan tetapi Dr tidak dapat mengesan penyakitnya maka hari ini disuruh berpuasa untuk mengambil darah dan mengesan punca penyakit. Suami saya dudah 3 hari kakinya bengkak sebelah dan tidak boleh berjalan,nampak macam gout tapi kata Dr bukan gout. Itu dugaan untuk suami,kita semua adakala akan berdepan ujian ini.

Pagi-pagi lagi sudah ramai yang menunggu,lebih dari sepuluj oran pesakit yang menunggu untuk berjumpa Doktor. Paling mengesankan saya apabila melihat satu pasangan yang membawa dua anak mereka lelaki dan perempuan.Si ayah mrndukung yang abang, si ibu mendukung yang adik.Umur ke duanya sekitar lima dan empat tahun.Apa yang menarik si bapa begitu prihatin membelai si anak yang sakit. Kerisauan terpancar di wajahnya. Ini berbeza dengan situasi sebelum ini yang saya jumpa,dimana si bapa dengan selamba tanpa peduli sibuk bermain sms,si ibu terpaksa melayan anak-anak berseorangan. Apalagi terpaksa memegang barangan lainnnya.

Sakit mata melihat keadaan begitu. Tapi tidak semua pasangan begitu. Bila anak-anak atau ahli keluarga ditimpa sakit maka ibu bapa perlu berperanan dan mengambil tanggungjawab. Jika hari ini begitu mudah melahirkan jangan pula tidakmengambil endah dalam hal membesar dan memberi kasih sayang. Kesannya kepada anak-anak yang kurang mendapat kasih sayang,mereka suatu ketika tidak akan mempedulikan ibu bapa.Maka tidak pelik ada segelintir ibu bapa yang berusia emas dihantar anak-anak mereka ke rumah orang tua.

Namun anak-anak perlu ingat walau bagaimana layanan ibu bapa,mereka perlu kita layan sebaik mungkin.Sakit demam mereka perlu kita jaga.Apalagi anak-anak yang ditatang bagai minyak yang penuh, perlu ingat jasa ibu bapa. Apa yang diberi tidak terbalas oleh kita, namun berazamlah untuk menjadi anak yang terbaik dan soleh/solehah serta ibu bapa terbaik buat anak-anak kita.

Wallahuaalam


Sent from my BlackBerry® wireless device via Celcom Mobile.

Masalah Sikap Dikalangan Pelajar

Sekarang ini musim pelajar sibuk berdepan dengan peperiksaan, maka setiap kali itu juga tenaga pengajar akan berdepan dengan pelajar yang lambat atau tidak melakukan tugasan pada masa yang ditetapkan. Walhal tugasan diberi awal semester. Dimana silapnya? Adakah kerana ada tugasan/kesibukan lain atau kerana sikap diri sendiri.

Bayangkan jika ada pensyarah yang strict sudah pasti tidak mahu melayan kerenah sebegini.Maka kosonglah markah,namun kadangkala kita ada perasaan tidak sampai hati.Dek kerana seorang maka ada hal-hal lain tergendala urusannya seperti kemasukan markah secara online,penyediaan report dan lain-lain.

Saya perhatikan jika seseorang pelajar yang cemerlang,komitted sudah pasti dia tidak akan memberi alasan pada diri,walaupun ada seribu kepayahan dan halangan. Pengalaman menjadi pelajar dalam kamus hidup saya sepanjang ingatan saya,saya tidak pernah missed menghantar tugasan pada tarikh yang ditentukan.Tidak juga memberi alasan-alasan remeh kepada pensyarah untuk memgelakkan diri dari melakukan apa sahaja tugasan yang perlu.Hatta jika ada urusan luar atau bimbang berlaku sesuatu maka saya pastikan menyiapkannya lebih awal. Namun tidak ramai yang berfikir begitu.Mereka seronok menangguhkan kerja.

Dua minggu lepas saya terpaksa menghadiri konferen di Turki,maka bimbang pengajaran tergendala saya gantikan terlebih dahulu sesi pengajaran.Namun Alhamdulillah saya masih diberi kekuatan untuk hadir ke kelas walau tiada rehat. Kenapa saya mampu melakukan?Mudah saja kerana keinginan dan kerana ketlusan untuk menyamaikan ilmu.

Ramai pelajar saya memberi alasan sibuk dengan kerja hingga ada juga pelajar sewenangnya datang lambat ke kelas. Pengalaman menjadi pelajar saya menunggu guru,tetapi dalam kes saya seringkali saya terpaksa menunggu pelajar.

Dalam melihat semua ini saya percaya sikap mempengaruhi individu dalam banyak perkara.Ada pelajar saya yan punya anak berderet tapi mampu cemerlang segenap segi dibanding dengan pelajar bujang.Oleh itu tepuk dada tanya diri kita,kita mahu jadi orang yang bagaimana.Ingat,tidak semua hal keadaan akan berpihak kepada kita.Orang cemerlang tidak suka memberi alasan tetapi mencari ruang dan peluang.

Allahualam
Sent from my BlackBerry® wireless device via Celcom Mobile.

Monday, June 4, 2012

Cabaran Membesar dan Mendidik Anak-anak



Menjadi ibu bapa pastinya kita akan berhadapan dengan pelbagai cabaran dalam mendidik dan membesarkan anak-anak. Sementelah bila kita diuji Allah dengan pelbagai kerenah anak-anak. Ibu bapa perlu berkorban dan meletak azam untuk mendidik dan mentarbiyyah anak-anak menjadi anak-anak yang soleh dan terpuji. Keazaman ini akan membantu ibu bapa mendapatkan kekuatan dan semangat dalam membuat pengorbanan. Sememangnya kita akan cepat merasa letih dan penat jika kita mudah putus asa dan mengaku kalah.

Pada saya mendidik anak tidak susah jika kita ada kesanggupan unutk membentuk diri sendiri terlebih dahulu. Jika mahu anak mendengar kata, maka tiliklah diri adakah kita sendiri mendengar kata-kata dan nasihat ibu bapa kita sebelum ini. Sama juga kita dengan pasangan, adakala kita lebih suka mengharapkan pasangan untuk memainkan peranan, walhal kita diri sendiri perlu meletakkan satu noktah andai pasangan tidak kisah atau mendidik anak sambil lewa maka peranan itu perlu dimainkan oleh kita. Terutamanya yang bergelar IBU, perlu memberikan usaha dan memainkan peranan yang lebih kerana ibu itu sifatnya adalah mendidik.

Ramai mengeluh anak sendiri banyak masalah, bagitu begini..  Bersabar dan bersyukur dengan pemberian Allah kerana ada ibu bapa dikurniakan anak yang sakit kronik, hilang upaya, perlu dijaga 24 jam dan pelbagai lagi ujian berat yang diuji Allah. Maka jika anak kita sekadar diuji dengan kerenah mereka.. maka bersabar dan carilah jalan bagaimana menangani mereka. Tanya diri berapa kali kita menunjukkan belas ihsan kepada anak setiap hari dibanding kita mencemuh dan memarahi anak-anak. Kadang-kadan ibu bapa sendiri tanpa sedar lebih banyak berleter dari bercakap dan menjalin hubungna kasih sayang dengan naka-anak. Saya teringat satu peristiwa di sebuah kedai, sewaktu itu saya sedangberada di surau menunggu waktu solat. Pintu surau itu tidak ditutup rapat jadi saya boleh melihat dan mendengar suara dari luar dan anak kecil menangis, rupanya anak kecil tadi terjatuh sewaktu berlari, maka ibunya datang sambil memukul si kakak yang baru berusia lima tahun, dengan suara yang keras memarahi si anak dan tangannya tidak berhenti memukul paha dan mencubit si kaka tadi.. ayat nya berbunyi.. "kan ibu dah cakap tengokkan adik? kamu buat apa?.. " Saya terasa sungguh sedih dengan layanan si ibu pada anaknya. Bukan salah si kakak bila si adik berlari dan terjatuh.. Selain itu wajarkah memukul si kakak dan wajrkah juga memberi tugasan meilhat si adik. Lima tahun belum mengerti apa-apa.. sekdar mengajar dan mendidik mengambil tanggungjawab sebagai kakak itu tidak mengapa, namun jangan diperlaku demikan. Jauh sudut hati mahu sahaj say buka pintu surau dan menegur perbuatan si ibu terhadap anaknya. Tidak tahan saya mendengar lolongan anak yang sakit dipukul si ibu...

Sepanjang saya bergelar ibu... saya tidak suka mendidik dengan cara sedemikian. Cukuplah dengan komunikasi lisan. InsyaAllah anak-anak akan mendengar apa yang kita perkatakan jika kita ikhlas mendidik mereka dan bukannya melampiaskan nafsu rakus memukul mengikut kehendak hati. Memukul untuk mendidik itu tidak salah tapi perlu ada kewajarannya. Saya dididik ibu dan ayah saya bukan dengan kekerasan, maka anak-anak saya juga begitulah juga saya didik. Menjadi anak saya cuba sebaik mungkin membalas jasa ibu maka anak-anak kitaj uag akan demikian.

Menjadi ibu bapa adalah amanah... jika kita tidak mahu memikul amanah maka kita sebenarnya jauh dari Allah. Kita adalah khalifah yang pelru mengurus banyak perkara.. uruslah diri dan keluarga maka kita akan dapat mengurus masyarakat.
Oleh itu bila ada kesilapan pada anak-anak..selidiklah diri kita.. bagaimana kita memperlakukan ibu bapa kita.. bagaimana kita melayan anak-anak kita? Sewaktu kecil anak masih boleh dibentuk , masih belum telrambat unutk mengubah apa yang ada.. begitu juga keadaanyaq sewaktu ibu bapa masih ada belum terlambat unutk membalas jasa mereka..
Ingatlah ..KEHIDUPAN ADALAH DARI APA YANG KITA BERI PADANYA...

Wallahuaalam.

Sunday, June 3, 2012

Mengatasi Perasaan Marah


Sebut perkataan marah sudah pasti tiada yang tidak pernah merasa marah, cuma mungkin ada marah yang biasa-biasa ada marah tahap yang tidak boleh dikawal. Pokok pangkalnya marah pasti ada sebab-sebabnya. Ada yang marah berpunca dari perkara remeh tetapi kemarahannya luar biasa ada juga marah yang berpunca dari perkara besar. Marah ini ada juga marah yang kena pada tempatnya dan ada marah yang tidak sepatutnya. Contoh marah ibu bapa kepada anak-anak yang tidak solat, maka itu adalah wajar, namun marah seseorang yang pantang tersilap atau berlaku perkara yang tidak disengajakan, maka kemarahnya seperti halilintar, ibarat meletupnya sebuah bom.

Marah... bagaimana mengatasi perasaan marah yang apabila berlaku memberi kesan kepada diri dan orang lain. Ada banyak peristiwa yang berlaku dek marah seseorang sanggup membunuh, memukul, mekai hamun dan pelbagai lagi. Persoalannya apabila marah perlukah kita membalas dengan perbuatan sebegittu walaupun kita berhak untuk memarahi orang yang berkelakuan tidak baik atau yang melakukan kesilapan?. Wajarkah seseorang yang marah meggunakan perkataan kesat? Bolehkah kita yang dalam keadaan marah melakukan sesuatu yang melampaui batas atas tiket marah?

Marah .. tiada guna memarahi dengan cara yang kasar jika orangy ang dimarahi tidak mengendahkan pesanan kita. Oleh itu ada banyak wadah lain yang boleh digunapakai. Oleh itu bila marah, jangan cepat hilang pertimbangan, jangan cepat melatah, jangan mudah beremosi. Apabila marah kita akan hilang rasional dan pertimbangan. Apabila kita sudah melepaskan kemarahan kadangkala ia banyak memberi kesan kepada diri dan orang lain. Ada hati yang tercalar, ada persaan yang terluka...  

Maka bila marah itu menguasai diri..caranya mudah. Kembali kepada agama, marah itu adalah nafsu, maka ia tida sepatutnya dilayan. marah perlu diurus, Maka sifat marah itu lawannya sabar. Memang mengungkap perkataan sabar itu mudah, tapi tidak mudah untuk melaksanakannya. Namun ia boleh dipraktikkan bagi mengatasi perasaan marah. Menjadi orang yang sabar sudah pasti kita boleh menahan kemarahan. Selain itu kekuatan iman adalah salah satu cara unutk mengawal rasa marah. Berada dalam wuduk, sering bersolat membolehkan seseorang mengawal kemarahannya dan memupuk sikap sabar.

Allahuaalam.