Sesungguhnya peringatan itu memberi manfaat kepada mukmin

"Sesungguhnya Allah telah membeli daripada orang-orang yang beriman (mukmin), jiwa dan harta benda mereka dengan memberikan syurga kepada mereka, disebabkan mereka berjuang di jalan Allah, …. Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan dan itulah kemenangan yang seagung-agungnya". (At-Taubah: 111)

Perjalanan kehidupan seseorang menuntut kepada suatu perjuangan yang terkandung didalamnya nilai pengorbanan. Seseorang pejuang sudah pasti mengimpikan suatu kejayaan yang memerlukan pengorbanan. Seiring dengan pengorbanan itu sudah pasti perlukan ketabahan, keyakinan, semangat dan matlamat kejayaan yang jelas dan jitu demi memastikan kejayaan yang dimiliki akan membuahkan kebahagiaan kepada si pejuang. Sesungguhnya kehidupan adalah memberi bukan sekadar menerima...ia juga untuk dimanfaatkan sebagai bekalan kehidupan abadi.

“Ya Allah, ampunilah kesalahanku, kebodohanku, sikapku yang melampaui batas dalam urusanku, dan semua dosaku yang Engkau lebih mengetahui mengenainya daripada diriku sendiri. Ya Allah, ampunilah kesungguhanku, kelalaianku, kesalahanku dan kesengajaanku yang semua itu ada pada diriku.” (Hadis riwayat Imam Al-Bukhari dan Muslim)

Sunday, June 24, 2012

Dilemma Suami Tidak Bekerja

Bismillah,

Seringkali rungutan diterima dari segelintir wanita yang bekerjaya berada dalam dilemma bila si suami tidak bekerja dan dalam masa yang sama isteri terpaksa memikul banyak tugas-tugas baik tugas sebagai isteri dan tugas suami.
Pada peringkat awal tidak dinafikan wanita lebih ramai sekarang ini yang bekerja makan gaji kerana kelulusan yang ada. Bekerja dengan kelulusan ini adakala gaji wanita lebih banyak dari si suami maka mereka kemudian membantu suami dalam ekonomi keluarga contoh menolong membayar bil,pengasuh,rumah,kereta dan sebagainya hingga suami merasa berada dizon selesa kerana banyak tanggungjawab sedia ada telah dibantu isteri.

Dari sini ada kesannya bila timbul sikap malas suami, ada yang bekerja setakat untuk diri sendiri bermewah. Tanggungjawab memberi keperluan makan minum serta membesarkan anak-anak serta lain-lain diletakkan di atas bahu isteri dengan alasan isteri bekerja atau gaji isteri lebih banyak.
Paling menambah derita isteri bila suami merasa diri sudah punya kewangan yang lebih dan berkemampuan maka mereka mula berfikir untuk menambah cawangan.Lebih teruk lagi si suami yang tidak bekerja dan ditanggung segalanya si isteri bersikap malas dan sekadar menunggu segalanya disediakan.

Maka si isteri yang berada dalam situasi begini akan berkata :Adilkah buat mereka?Adil atau tidak tanyalah kepada si suami,tepuk dada tanya iman.Mereka tidak mahu menjawab di dunia,tapi mereka tidak akan terlepas di akhirat.

Namun jangan pula si isteri lupa, tidak semua suami malas bekerja, ini terbukti ada suami memilih untuk mengurus rumahtangga saat isteri bekerja.Suami begini perlu diberi pengiktirafan kerana mereka memberi laluan untuk isteri bekerjaya dan menjadi hebat dipersada kerjaya mereka.Jangan kerana itu si isteri mendabik dada dengat pangkat dan gaji mereka.Ada suami merasa dihina dan jauh hati bila ada isteri yang sentiasa mengungkit kekurangan suami. Penyelesaian kepada persoalan ini mudah sekiranya suami isteri menyedari hak dan tanggungjawab masing-masing.

Membina keluarga bahagia perlu ada toleransi antara suami isteri.Bagi yang terhimpit dalam dilemma begini,bersabar dan berlapang dada serta ikhlaskan segala perbuatan.Moga Allah memberi kita sebaik-baik balasan di akhirat nanti. Mengubah seseorang bukan mudah jika mereka sendiri tidak mahu berubah.Cara terbaik ubah diri kita menjadi lebih positif dan berusaha menjadi isteri yang terbaik buat suami,biarpun suami kita tidak sebagaimana yang kita impikan.Ingatlah kisah Asiah isteri Firaun.Dia pasrah dengan jodoh walhal Firaun sejahat manusia di muka bumi. Kerana itu dia wanita yang dijanjikan Syurga Allah.Moga kita bakal sebahagian isteri yang bakal mendapat syurga Allah atas segala kesabaran dan ujian. Ameen.

Wallahuaalam

Dr Sakinah Salleh
Marriage and Family Counseling

Info:
Ceramah : Muslimah dan Kerjaya 
Jemput hadir bagi yang berminat untuk mendengar perkongsian saya di Masjid Shah Alam pada Jumaat 6 Julai 2012.
9pg-1tghri
Sent from my BlackBerry® wireless device via Celcom Mobile.

3 comments:

  1. Slm..klu ikutkan hati mmg ikhlas dlm hal2 kewangan dlm rumahtangga..tp klu suami memilih sgt pkerjaan mcmana? dh berbuih mulut si isteri nasihat suami agar carik kerja xkishla ape janji halal..tp si suami masih mencari kerja yg diminatinya shj..alasannya xminat kerja yg menuntut waktu lebih minat bkerja sendiri ikut wktu sndri..berjanji yg die akn crik kerja tp da stahun lebih bermula selepas kawin tp masih tak bkerja..hanya si isteri yang membanting tulang carik rezeki..mmg si isteri kerja tetap tp semua perbelanjaan, bil2, pengasuh semua isteri tanggung..malahan makan pakai si suami pun si isteri yang tanggung..si isteri xpenah dpt nafkah drpd si suami apatah lagi duit belanja harian atau ntk byr2 bil2 bulanan...Hakikatnya si suami mmg xpernah joli2 luar atau pukul2..cume sikapnya yg memilih kerja tu yg myebabkan hidup hanya cukup makan je..bukan xbersyukur..masih bersyukur kerana si isteri ade pkerjaan tetap..tp smpi bile si isteri perlu tanggung seorang diri..kdg2 tpikir ntk hidup sorg je..tp msih bsabar n beri si suami peluang ntk berubah..
    mcmana lg nk nasihatkan si suami spya keluar bkerja??dan xmemilih kerja??

    ReplyDelete
  2. Slm, sy mempunyai mslh yg sama dgn pn shaja.. Hampir sthn suami tidak bkerja dan kami br dikurniakan cahaya mata.. Semua ditanggung sy, dan semakin hari sy berasa penat dgn kerja2 rumah dan kerja2 di pejabat.. Suami masih memilih kerja.. Keadaan semakin dingin...

    ReplyDelete