Sesungguhnya peringatan itu memberi manfaat kepada mukmin

"Sesungguhnya Allah telah membeli daripada orang-orang yang beriman (mukmin), jiwa dan harta benda mereka dengan memberikan syurga kepada mereka, disebabkan mereka berjuang di jalan Allah, …. Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan dan itulah kemenangan yang seagung-agungnya". (At-Taubah: 111)

Perjalanan kehidupan seseorang menuntut kepada suatu perjuangan yang terkandung didalamnya nilai pengorbanan. Seseorang pejuang sudah pasti mengimpikan suatu kejayaan yang memerlukan pengorbanan. Seiring dengan pengorbanan itu sudah pasti perlukan ketabahan, keyakinan, semangat dan matlamat kejayaan yang jelas dan jitu demi memastikan kejayaan yang dimiliki akan membuahkan kebahagiaan kepada si pejuang. Sesungguhnya kehidupan adalah memberi bukan sekadar menerima...ia juga untuk dimanfaatkan sebagai bekalan kehidupan abadi.

“Ya Allah, ampunilah kesalahanku, kebodohanku, sikapku yang melampaui batas dalam urusanku, dan semua dosaku yang Engkau lebih mengetahui mengenainya daripada diriku sendiri. Ya Allah, ampunilah kesungguhanku, kelalaianku, kesalahanku dan kesengajaanku yang semua itu ada pada diriku.” (Hadis riwayat Imam Al-Bukhari dan Muslim)

Sunday, September 30, 2012

TRANSFORMASI DIRI


TRANSFORMASI DIRI
SALAH SATUNYA
PERUBAHAN MENJADI INSAN 
YANG LEBIH BAIK DARI SEMALAM 
MEMANG SUKAR
 JIKA TIADA KETULUSAN UNTUK BERUBAH
NAMUN  PERLU BERTEKAD DAN BERAZAM 
MELAKUKAN SESUATU 
BIAR SESUKAR MANAPUN
KERANA ...
PERUBAHAN YANG POSTIF 
MENGHASILKAN SUATU YANG HEBAT
DI KEMUDIAN HARI!








Mengekalkan Kebahagiaan dan Harmoni Dalam Rumahtangga


Setiap minggu boleh dikatakan ada sahaja kes yang dikongsikan berkait rumahtangga.Kebanyakannya mahukan tips dan juga solusi dalam mengekalkan kebahagiaan dan harmoni dalam rumahtangga masing-masing. Memperkata isu dalam rumahtangga pastinya ada pelbagai rencam dan pelbagai cabaran.

Hari ini genap 17 tahun saya dan suami melayari asam garam rumahtangga. Bukanlah mengatakan rumahtangga kami tidak pernah ada ujian.Kata pepatah"lagikan lidah boleh tergigit". Namun saya bersyukur dengan nikmat kebahagiaan yang Allah limpahkan pada kami sekeluarga. Saya bersyukur Allah mengurniakan pasangan dan anak-anak sebagai penyeri kehidupan.

Saya tidak minta banyak,doa dari awal saya meminta Allah memberikan pasangan yang sekufu dengan saya.Saya tidak memilih pangkat atau harta kerana agama adalah kriteria utama. Apabila di alam rumahtangga saya tidak meminta itu dan ini,cukup sekadar yang ada.Toleransi dan kesefahaman adalah teras keutuhan rumahtangga. 
Ramai yang mengadu kenapa pasangan tidak sebagaimana yang diharapkan. Pada saya Allah telah memberi jodoh yang terbaik sesuai dengan kita, cuma untuk sesuatu perkara itu menJadi lebih baik ia perlu bermula dari diri kita sendiri. Tips yang cukup mudah untuk mencapai rumahtangga harmoni dan bahagia serta jiwa tenang walau sejuta cabaran melanda adalah MENDEKATKAN DIRI kepada ALLAH. 

Tiap kali diuji, bergantung haraplah kepadaNya walau apa jua keadaan.Ingatlah DIA MAHA MENGETAHUI apa yang TELAH,SEDANG & AKAN BERLAKU. Moga Dia memberikan kita semua rahmat dan barakah dalam meneruskan bahtera kasih sayang agar rumahtangga membawa ke syurga.  
Wallahuaalam

Saturday, September 29, 2012

Merawat Rasa Putus Asa dan Kecewa


Kenapa kita gagal? Salah satu sebab kerana kita meletakkan harapan kepada manusia dan tidak pada Allah. Kita sering gagal kerana kita menagih kasih manusia mengatasi kasih dan kecintaan kita kepada Allah.

Dek kerana itu kita sering bertemu dengan kekecewaan silih berganti.Punca kekecewaan kerana kasih sayang itu diharapkan dari yang bergelar makhluk. Contoh seseorang yang amat menyintai seseorang apabila ditinggalkan maka dia kecewa.merana putus asa dan pelbagai lagi kesan negatif memberi kesan pada dirinya.Padahal jika dia meletakkan kasih sayang kepada makhluk itu kerana Allah maka dia tidak akan kecewa dan putus asa. Kerana apa? Kerana hakikatnya cinta kepada makhluk itu tidak kekal.Makhluk itu banyak kelemahan.
Oleh itu bagi pembaca yang saat ini amat kecewa,harapan musnah,putus asa dan sebagainya, cuba tanya diri sendiri sejauh mana anda kasih dan cinta kepada Allah. Sejauh mana keyakinan dan rasa kebergantungan anda kepadaNya.Jika anda berjaya meletakkan cinta dan kasih kepada Allah mengatasi segalanya maka tiada istilah gagal dalam percintaan sesama makhluk.Percayalah Allah tahu apa yang terbaik untuk kita.
Wallahuaalam 

Memupuk Tabiat Solat Di Awal Waktu



Bila sebut perkataan tabiat, maka ramai yang melihat ia nya negatif dam susah untuk di ubah. Sememangnya sesuatu yang boleh menjadi tabiat apabila ia dilakukan berulang kali. Apa yang ingin saya sarankan adalah supaya kita dapat memupuk tabiat masing-masing agar boleh menunaikan solat di awal waktu. Sebenarnya kita bukan tidalk boleh untuk bersolat di awal waktu tetapi kerana kita tidak merasakan gesaan untuk menunaikan solat tersebut. Adakala kelekaan kita terhadap sesuatu perkara maka masa akan beralu begitu sahaja hingga akhirnya dipertengahan atau di hujung waktu baru kita teringat untuk menunaikan solat. Ingatlah ada ketika kita leka dan adakalanya kita tidak tahu bila allah akan mengambil nyawa kita. Contoh ada yang ingin keluar dari rumah padahal sudah masuk waktu, tetapi memberi alasan akan singgah solat di mana-mana, walhal apabila berkenderaan kita tidak tahu andai kecelakaan menimpa diptetengahan jalan. 
Oleh itu untuk selamat, maka tunaikanlah kewajipan kita terlebih dahulu kepada Allah. Hati akan merasa lapang dan tenang. Sama juga untuk memupuk tabiat solat di awal waktu, pastikan bila azan berkumandang kita terus bangkit. Boleh juga ,menggunakan alrm sebagai peringatan untuk diri. Selain itu kita boleh mengenakan ganjaran jika pada anak-anak diri sendiri seperti mengandaikan pahala itu denga duit. Contoh memberi duit sebagai tabungan jika solat di awal waktu. Untuk diri sendiri pula kita perlu ada kesedaran bahawa menunaikan solat pada awal waktu menunjukkan sejauh mana kita memberi keutamaan kepada Allah dalam apa jua hal. 

Wallahuaalam

Thursday, September 27, 2012

Tentang Cinta


Cinta .. hampir semua orang memperkatakan tentang cinta. Ada yang pernah mengucapkannya dengan lisan dan ada juga yang hanya menunjukan dengan perlakuannya. Suami mengatakannya kepada isteri, dan isteri pula sebaliknya. Ayah dan ibu kepada anak-anaknya, anak-anak pula kepada orang tua nya. Termasuk juga cinta kepada tanah air, tempat lahir dan barangkali sekolah tempat kita belajar. Yang lebih jauh dari itu ialah menyatakan rasa cinta kepada Allah, Rasul dan agama.
Di antara cinta, ada yang merupakan ibadah dan ada yang bukan. Ada cinta yang dibolehkan dan ada pula cinta yang terlarang. Cinta yang merupakan ibadah adalah cinta yang disertai dengan ketundukan, menghinakan diri, mendekat, dan mengagungkan yang dicintai. Inilah cinta atau mahabbah yang tidak boleh diberikan selain kepada Allah semata-mata.
Seluruh pengabdian yang dilakukan oleh hamba untuk Rabbnya harus dilandasi dengan cinta, selain rasa khauf/takut dan raja’/berharap. Dia meman
g Dzat yang sangat dicintai oleh para hamba-Nya yang beriman. Selain ditakuti murka, azab, dan siksa-Nya, bersamaan dengan itu diharapkan pula pengampunan, pahala, dan rahmat-Nya. Oleh itu, hamba yang benar-benar takut kepada-Nya akan terus mendekat kepada-Nya dengan melakukan ketaatan yang ikhlas, sejajar dengan bimbingan Rasulullah dengan perasaan penuh cinta dan berharap.
Namun begitu, pengakuan cinta semata-mata kepada Allah tanpa diiringi oleh ibada ketaatan dan menjauhi maksiat tidak ada nilainya serta tidak mampu menyelamatkan seorang hamba di akhirat kelak.
Di kalangan hamba pula ada yang kosong hatinya dari cinta kepada Allah karena telah dipenuhi oleh cinta yang batil, seperti cinta kepada sembahan selain Allah , cinta kepada dunia, nafsu, dan syahwat. Kalaupun ada tersisa cintanya kepada Allah namun cintanya itu telah ternoda.
Al-Imam Ibnul Qayyim dalam kitabnya al-Jawabul Kafi atau ad-Da’u wad Dawa’ (hlm. 292—293), t membagi cinta menjadi empat jenis (yang kelima tambahan) yang mana setiap satuanya harus kita bezakan agak tidak terkeliru; 
1) Mahabbatullah; cinta kepada Allah 
2) Mencintai apa yang dicintai oleh Allah 
3) Cinta untuk Allah dan kerana Allah. 
4) Mencintai sesuatu dengan kadar yang sama dengan cinta kepada Allah. 
5) Mahabbah thabi’iyah, yaitu kecondongan seseorang kepada sesuatu mengikut tabiat dan seleranya.
Insyallah Allah kita akan bercerita lagi tentang apa yang dimaksudkan oleh Al-Imam Ibnul Qayyim dalam kesempatan yang mendatang. Moga mendapat manfaat daripadanya.

Dipetik dari tulisan,
Abu Nabiilah

Kembara Ilmu


Dalam hadits Abu Barzah radhiyallahu’anhu, bahwa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam pernah bersabda, “Kedua telapak kaki seorang hamba tidak akan bergeser pada hari kiamat sampai dia akan ditanya tentang empat perkara, diantaranya adalah tentang ilmunya, apa yang sudah diamalkannya” (HR. Tirmidzi 2341). Hal ini bukan berlaku bagi para ulama saja, sebagaimana anggapan sebagian orang. Akan tetapi semua orang yang mengetahui suatu perkara agama maka itu berarti telah tegak padanya hujjah. Apabila seseorang memperoleh suatu pelajaran dari sebuah pengajian atau khutbah Jum’at yang di dalamnya dia mendapatkan peringatan dari suatu kemaksiatan yang dikerjakannya sehingga dia pun mengetahui bahwa kemaksiatan yang dilakukannya itu adalah haram maka ini juga ilmu. Sehingga hujjah juga sudah tegak dengan apa yang didengarnya tersebut. Dan terdapat hadits yang sah dari Abu Musa Al Asy’ari radhiyallahu ‘anhu bahwa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Al Qur’an itu adalah hujjah bagimu atau hujjah untuk menjatuhkan dirimu” (HR. Muslim)”(Usulul Ma’mul, hal. 18)

Wednesday, September 26, 2012

Pesanan Buat Diri


Ibnul Qayyim rahimahullah berkata, “Allah subhanahu menjadikan ilmu bagi hati laksana air hujan bagi tanah. Sebagaimana tanah/bumi tidak akan hidup kecuali dengan curahan air hujan, maka demikian pula tidak ada kehidupan bagi hati kecuali dengan ilmu.”

Tuesday, September 25, 2012

Semarakkan Silaturrahim


Rasulullah bersabda:,"Sesungguhnya dalam kalangan hamba-hamba Allah terdapat sekelompok manusia yang bukannya mereka itu para anbiya dan bukan juga golongan syuhada, tetapi mereka mendapat kedudukan yang berlumba-lumba dengan para anbiya, syuhada dan golongan lain di hari akhirat bagi mendapat kedudukan mereka di sisi Allah. Kata mereka, wahai Rasulullah! Ceritakan kepada kami tentang mereka. Sabda Rasulullah, mereka adalah satu golongan yang berkasih sayang di atas jalan Allah walaupun tiada hubungan kekeluargaan antara mereka dan bukan kerana harta benda yang dicurahkan.”

Sunday, September 23, 2012

Mengurus Masa Secara Manfaat


Terfikir sejenak pantasnya masa berlalu, padahal banyak perkara belum selesai. Mana perginya masa itu? Banyak lagi urusan dunia yang belum selesai dan terbengkalai. Saya percaya anda pasti berfikir seperti saya apabila memikirkan tentang masa. Sungguh benar bial Allah sendiri bersumpah dengan masa dalam surah Al-Asr. Betapa kita adakala begitu leka dan lalai hingga masa habis dan terbuang begitu sahaja, dan ada ketika kita amat tidak kecukupan masa. 

Cuba fikirkan!
Bagaimana 24 jam yang di isi? 
Ke mana masa ini dihabiskan? 
Adakah kita menyalurkan masa yang ada kepada perkara yang manfaat? 
Adakah masa yang ada banyak dihabiskan kepada hiburan? 
Berapa peratus masa yang kita ada kita habiskan untuk beribadah? 
Berapa banyak masa yang ada kita gunakan untuk membaca ayat-ayat Al Quran?
Berapa lagi masa berbaki yang masih kita ada?
FIKIR-FIKIRKAN! 
Moga masih ada kesempatan buat kita memburu kejayaan hakiki dan abadi..

Friday, September 21, 2012

Mencari Keserasian dalam Rumahtangga


Sedang saya santai menonton TV bersama anak-anak, satu sms tiba, bertanyakan masih ingatkah pada beliau dab bolehkah beliau berkongsi masalah di waktu-waktu begitu (maklum malam biasanya saya ingin merehatkan minda). Terasa seperti beliau dalam keadaa bersedih dan terdesak. Saya percaya jika meletak diri sebagai seorang kaunselor maka saya akan jawab, boleh jumpa saya esok hari, namun jika saya meletak diri sebagai seorang daie maka saya perlu menerima dan menjawab persoalan beliau atas dasar prihatin. 


Selepas mengetahu keseluruhan cerita maka apa yang boleh saya kongsikan bersama pembaca bahawa dalam hal berkaitan rumah tangga kita ada ketikanya berada dalam dilemma. Dilemma antara kasih sayang dan juga tanggungjawab. Pertamanya bila memperkatakan kasih sayang ramai yang sanggup berbuat apa sahaja sepeti menunggu dengan setia walau suami kaki pukul, minumarak, menagih dadah hingga mengorbankan diri sendiri, keduanya kerana merasakan satu tnaggungjawab untuk menyedarkan pasangan maka, setia dan kesanggupan bebruat apa sahaja itu lah yang dijadikan alasan. Hingga ada yang telah diberi lafaz cerai tetapi masih merasakan tidak sanggup menerima diri diceraikan dan masih berbaki rasa pelru memberi kesedaran kepada pasangan kerana sayangkan rumahtangga yang terbina.


Sebagai seorang yang mendengar saya lebih suka individu itu mencari jawapan yang ada dalam dirinya. Tanya diri apa yang kita mahu, dan juga kesanggupan untuk berhadapan sentiasa dengan cabaran atau juga mahukan perubahan berlaku dalam hidup.
Jauh disudut hati saya berkata..adakala tidak mengapa hidup berseorangan andai itu lebih membahagiakan dan mendamaikan jiwa.. Kita tidak keseorangan dan tidak akan kesunyian kerana Allah ada bersama-sama kita. Ada ketikanya kita perlu ada satu TEKAD untuk meneruskan apa yang kita rasa baik untuk diri.. Wallahuaalam.. Allah tahu apa yang terbaik buat kita di sisiNya untuk dunia dan akhirat kita... 

Thursday, September 20, 2012

Good Will Hunting

Filem Good Will Hunting biarpun amat popular namun saya tidak pernah berkesempatan menontonnya. Hinggalah kelmarin ia ditayangkan di TV. Cerita ini memang sungguh bagus unutk motivasi diri seseoarang yang tercari-cari apa yang mahu dilakukan berkait perjalanan kerjaya dan juga cita-citanya. 
Kelemahan seseorang invividu biasanya adalah kerana kurangnya rasa yakin dalam diri apabila mahu berbuat sesuatu atau juga ada sesuatu persepsi yang sudah sebati dalam diri yang amat menebal hingga menghalang dirnya untuk membuat perubahan dalam hidup atau berhijrah dari satu keadaan yang lama kepada suasana baru.
Untuk membuat perubahan ia memerlukan kesedaran serta kemahuan yang tinggi. Kisah di sebalik Good Will Hunting ini banyak memberi manfaat bagi yang sekarang ini berada dalam dilemma. Ambik manay ang manfaat, percaya kepada suara hati, mohonlah kepada Allah melalui istkharah, bertekad dan terus Istiqamah. InsyaAllah apa yang baik itu pasti kita peroleh.

Hargai Nikmat Syukuri Apa yang Dimiliki


http://www.hmetro.com.my/articles/2012092102175920120921021759/Article

Membaca satu artikel di Harian Metro yang bertajuk "Hilang Nikmat Tidur" secara spontan mengingatkan diri saya sendiri. Sungguh jika dihitung di kira bagitu banyak Allah memberikan kita rahmat dan nikmatnya.Cuma adakala kita terlupa untuk menilai nikmatb tersebut hingga membawa kita berkeluh kesah dan berkira-kira apa lagi yang belum kita miliki. Kita juga sering kali lupa unutk mensyukuri apa yang telah kita miliki hingga kita mengungkit-ungkit apa yang belum ada pada kita untuk dijadikan koleksi. 

Bila masanya kita sedar bahawa banyak nikmat yang allah beri kepada kita. Iaitu bila nikmat tersebut telah Allah tarik dari sisi kita maka barulah kita sedari. ini sama juga keadaanya apabila kita seing mencemuh dan mempersoal kenapa ibu bapa, adik beradik, anak-anak, kawan-kawan.. dll tidak sebagaimana orang lain. semua cacat cela yang ada pada mereka kita ungkit dan buat perbandingan. Contoh kenapa suami ktia tidak seperti suami dia? kenapa ibu bapa kita seing berleter.. dan sebagainya? Hingga Allah hilangkan apa yang kita ada baru kita merasakan betapa berharga apa yang kita miliki selama ini. Fikir-fikir!

Wallahuaalam.

Wednesday, September 19, 2012

Kunci Kejayaan


Sungguh benar bagai dikata..
tiada jalan singkat untuk berjaya..
Namun ramai yang mudah terpedaya
Percaya semua benda datang ke riba

Jika diri kuat berusaha
Pasti kejayaan digengaman jua
Jangan lupa doa pada Nya
Agar dipermudah semua perkara

ERTI SEBUAH HARAPAN


Kehidupan seringberkait dengan harapan dan impian. Saat hati terdetik mengharapkan sesuatu perkara itu menjadi realti maka saat itu juga perasaan dan emosi menjadi berkecamuk apabila mengenangkan bila harapan itu bakal menjadi realiti. Mengharap itu tidak sesusah menjadikan harapan itu menjadi kenyataan. Seringkali harapan dan impian tersasar dek cabaran yang melanda. Adakala kita hampir kecundang dan putus asa kerana harapan tersebut. Ada ketikanya kita tenggelam dalam resah apabila harapan diletakkan teralu tinggi dan perasaan sudah tidak sabar lagi mahu menunggu. Sungguh harapan itu menuntut jutaan dan ribuan kesabaran. Ada ketikanya seperti kesabaran sudah dipenghujung maka barulah apa yang diharapkan itu muncul. 
Bercerita tentang harapan, sememangnya ia satru perkara yang datang dan pergi silih berganti. Apabila harapan yang satu telah dipenuhi maka adapula harapan yang baru terbina. itulah warna warni kehiduoan yang bakal tercipta bila adanya harapan. Orang yang putus asa biasanya sudah berhenti dari mengharap, walhal perasaan mengahrap itu mendekatkan kita kepada Allah. Ini kerana saat kita meletakkan harapan sudah pasti kita akan mempertaruhkan harapan itu kepada Qada dan Qadar Allah s.w.t. Oleh itu jangalah berhenti mengharap kerana kita pelru yakin dan percaya jka harapan itu tidak sebagaimana yang kita mahukan pasti ada hikmah disebaliknya. Yang pasti harapan bakal menjadi penggerak kepada semangat yang semakin pudar.. Jika harapan masih lagi segar maka ia membantu semangat untuk pulih dan meneruskan apa yang belum selesai untuk merelisasikan satu HARAPAN 

Tuesday, September 18, 2012

Mari Membaca Menambah Pengetahuan

Pertemuan Antara Sahabat


Berlalu sudah Syawal memberi pelbagai kenangan buat diri. Paling memberi momen yang manis apabila Syawal berakhir dengan majlis hari raya bersama bekas pelajar Maahad Muhammadi yang berada di Kuala Lumpur. Program yang diatur atas dasar kerjasama dan semangat bekerja satu pasukan memberi satu kejayaan buat semua. Sungguh bagai dikata, apabila satu perkara dibuat dengan penuh keikhlasan tanpa ada rasa waswas dan agenda kepentingan peribadi maka hasilnya ia berjaya. Semoga ukhuwwah yang terjalin akan lebih erat serta utuh. 


Cover Photo

Saturday, September 15, 2012

Demi Keberkatan Hidup


Ada banyak perkara yang boleh menghasilkan kekayaan, namun ia bukan melalui cara yang mudah. Segalanya perlukan usaha, ikhtiar, doa, dan niat yang ikhlas. Oleh itu kita dituntut bagi melawan hawa nafsu yang mahukan segalanya tanpa mengira halal ataupun haram iaitu mencari sebanyak mungkin rezeki Allah yang halal, kerana rezeki yang halal menjamin keberkatan manakala keberkatan menjamin kejayaan dan kebahagiaan hidup. Sebagaimana hadis Rasullulah menerangkan,
”Jika Allah menghendaki kebaikan untuk hambanya, maka dia menyegerakan hukuman di dunia. Jika Allah menghendaki keburukan untuk hambanya, maka dia menahan hukuman kesalahannya sehingga disempurnakannya pada hari kiamat." (Riwayat Imam Ahmad, At-Tirmizi, Al-Hakim, Ath-Thabrani, dan Al-Baihaqi)

Thursday, September 13, 2012

GURU ADALAH IKON : TERIMAKASIH "CIKGU"

Sungguh bagai dikata, guru itu bersifat mulia andai dia kenal siapa dirinya dan tahu apa tugas dan tanggungjawabnya. Pengalaman ini sungguh manis untuk saya kongsikan pada pembaca setelah diri seringkali diuji dengan kerenah manusia sekelilimg kita yang pelbagai ragamnya. Saya kira kalian pembaca juga berhadapan perkara yang sama seperti saya. 


Bercerita tentang tugas dan tanggungjawab guru akan menjadi hangat dan panas apabila tibanya musim peperiksaan atau keluarnya result/keputusan peperiksaan. Pelbagai andaian akan dibuat serta banyak komen/kritikan negatif dan positif akan diberikan kepada yang memegang profession GURU. 
Pengalaman menjadi guru banyak mengajar diri sendiri. Bahkan pengalaman yang lebih mengajar dan membina diri adalah pengalaman jatuh bangun saat diri bergelar pelajar. Saya kira bagi guru-guru yang menghayati perjalanan sebagai pelajar boleh dilihat daripada bagaimana dia melayan kita sebagai muridnya. Jika gurunya melayan dirinya dengan cara yang negatif, penuh dengan sifat-sifat kekerasan atau ketegasan dan sebagainya (yang sering digambarkan seperti baling buku, mengherdik dll). Maka itu terpulang kepada dirinya sama ada dia mahu bersikap sebegitu atau sebaliknya akan menggunaka pendekatan yang lebih berbeza setelah dirnya pula bergelar guru.  
Sikap serta nilai inilah yang bakal menentukan bagaimana seseorang guru itu menampilkan dirnya pada mata masyarakat atau berhadapan dengan pelajarnya. Ini bukan semata tertakluk kepada guru di sekolah tetapi ia juga boleh diperhatikan di peringkat yang lebih tinggi sperti universiti. Banyak pengalaman dikongsikan tentang bagaimana layanan pensyarah kepada pelajar-pelajar. Ada yang kerana mereka dulu dilayang dengan penuh ketegasan maka begitu juga mereka melayan pelajar mereka. Tetapi ada yang menjadikan pengalaman itu sebagai sesuatu pengajaran buat mereka dan tidak mahu mengulangi perkara yang sama maka mereka memilih pendekatan yang berbeza.

Pengalaman sendiri bagaimana saya dilayani oleh segelintir pensyarah maka apabila saya sendiri bergelar pensyarah saya menggunakan pendekatan yang berbeza. Sebenarnya corak atau pendekatan ini banyak saya belajar dari insan yang amat saya kagumi sifat serta imej dirinya iaitu tak lain bekas pensyarah saya iaitu Prof.Datuk Dr Sidek Baba. Beliau menjadi IKON  guru yang sejati yang banyak meneladani kehidupan saya. Cara beliau mendekati pelajar amat berbeza. Bagi yang mengenali beliau pasti amat kenal dan tahu bagaimana berhemahnya beliau dalam melayani pelajar-pelajarnya. 
Lebih gemar dipanggil Cikgu, beliau tiada protokol tertentu, biar sesibuk manapun tugasan beliau akan melayan kita dan akan menjawab panggilan kita andai ia tidak berkesempatan dijawab. Paling saya hormat adalah beliau boleh menyimpan nombor telefon pelajar-pelajarnya. Ada segelintir pensyarah tidak menyimpan no hp pelajar kerana siapalah pelajar tersebut pada mereka. Pelajar yang perlukan guru bukan guru perlukan pelajar. 

Saya ingat lagi waktu yang sama beberapa tahun dulu saya menghubungi dua orang pensyarah serentak (berbeza minit sahaja), namun salah seorangnya tidak membalas atau memberi apa-apa pesanan kepada saya walau berkali saya call dan sms. Namun berbeza dengan Prof Sidek, biarpun tidak menjawab panggilan tersebut namun dia tetap membalas dengan sms " Maaf, Cikgu berada di luar negara, nanti bila Cikgu balik hubungi Cikgu semula ya.."Walhal saya sudah bertahun sebelumnya mengikuti kelas dengan Prof Sidek tetapi dia tetap melayani saya sebagaimana yang sepatutnya dia rasakan.
Hari in satu hari yang bersejarah dan memberi satu lagi momen indah buat saya yang membuktikan bahawa Cikgu atau Prof Sidek Baba telah memberikan contoh teladan yang baik buat diri saya dalam mengendalikan sesuatu perkatra tanpa perlu melalui protokol-protokol tertentu sebagaimana orang lain. Entah kenapa pagi ini tiba-tiba saya seperti disentap untuk mengubah fikiran mahu Prof Sidek Baba menulis prakata untuk buku terbaru saya KOMPAS KEHIDUPAN yang bakal dilancarkan oleh Rektor UIA pada 22 hb nanti. Lalu seberapa segera saya menghubungi beliau kerana masanya sudah dipenghujung unutk saya serahkan kepada editor. 

Namun panggilan itu tidak berjawab saya sedikit hampa. Tetapi tidak sampai seminit telefon saya berdering. melihat nama tertera hati saya berbunga. Lalu saya angkat dan memberi salam, tujuan saya menelefon itu saya jelaskan kepada Prof Sidek.. Beliau memaklumkan bahawa beliau berada di airport KLIA dan sedang menunggu untuk ke Uzbekistan. Memang ia seperti dikata, saya mendengar sayup-sayup dihujung corong suasana airport. " Bila Cikgu balik? Pantas saya bertanya. "Cikgu balik 22hb" jawab beliau. Seperti tahu betapa kecewanya saya kerana sejak buku yang pertama 3i dulu saya memang inginkan beliau menulis prakata untuk saya. " Tidak mengapa Sakinah, awak boleh tulis sekarang Cikgu sebutkan butir-butirnya.. " MasyaAllah terkesima saya, lalu pantas jari saya mencari pen dan kertas. Prof Sidek lancar memberikan bait demi bait butiran kata-kata hikmahnya. Dipenghujungnya dia bertanya. "Sudah cukup?" Ya Cikgu ,Jazakallah" Hati seperti mahu menjeritkan ucapan itu dengan penuh rasa terhutang budi. " Baik Cikgu sudah mahu berangkat, ini seperti satub rekod ye ( merujuk kepada perbualan kami di telefon menulis prakata) nanti berikan satu naskah untuk Cikgu ye." Katanya. Saya mejawab dengan terharu "Baik Cikgu Selamat Jalan, salam saya untuk Datin Kak Ani"...
Apa yang tersurat dan tersirat dari kisah ini teramat banyak bagi yang mahu mengambil iktibar darinya. Pilihan kita mahu menjadi guru yang bagaimana, pendekatan/cara apa? Adakah mahu mendabik dada dengan pangkat dan ilmu yang dimiliki, atau perlukah terlalu membawa protokol-protokol tertentu bila berdepan dengan pelajar. Saya amat percaya tidak semua pelajar akan "naik toncang" apabila guru melayani dengan baik. Percayalah, kata-kata yang sering saya sebut... KITA ADALAH APA YANG KITA BERI DALAM KEHIDUPAN KITA..

Tulisan ini saya dedikasikan buat semua guru-guru yang telah mendidik saya dan menjadikan saya sebagaimana saya hari ini. 
TERIMA KASIH CIKGU, JASA MU DIKENANG

"berburu dipadang datar, dapat rusa berbelang kaki, berguru kepalang ajar, 
ibarat bunga kembang tak jadi"   

Wallahuaalam

Wednesday, September 12, 2012

Mensyukuri Nikmat Iman



 Allah berfirman yang bermaksud:
Allah yang menerangi langit dan bumi. Bandingan nur hidayah pertunjuk Allah (Kitab Suci Al-Quran) adalah sebagai sebuah "misykaat" yang berisi sebuah lampu; lampu itu dalam gelok kaca (gandil), gelok itu pula (jernih terang) laksana bintang yang bersinar cemerlang; lampu itu dinyalakan dengan minyak dari pokok yang banyak manfaatnya, (iaitu) pokok zaitun yang bukan sahaja disinari matahari semasa naiknya dan bukan sahaja semasa turunnya (tetapi ia sentiasa terdedah kepada matahari); hampir-hampir minyaknya itu - dengan sendirinya - memancarkan cahaya bersinar (kerana jernihnya) walaupun ia tidak disentuh api (sinaran nur hidayah yang demikian bandingannya adalah sinaran yang berganda-ganda): cahaya berlapis cahaya. Allah memimpin sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang dan peraturanNya) kepada nur hidayahNya itu; dan Allah mengemukakan berbagai-bagai misal perbandingan untuk umat manusia; dan Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu. Surah An-Nur:35-36.
 Berdasarkan ayat di atas, hidayah adalah milik Allah semata-mata. Hanya Dia yang berhak bagi menentukan seseorang itu mendapat hidayah. Walaupun begitu, usaha bagi mendapatkan hidayah itu perlu dilaksanakan. 

Petikan dari buku terbaru Kompas Jiwa

OPTIMIST



Bila yang berlaku tidak sebagaiamana jangkaan kita ... "WHEN THINGS GO WRONG... ". Bila seperti tiada lagi harapan.. bila seperti tiada lagi jalan penyelesaian.. Untuk kesekian kalinya.. letaklah kepercayaan, jadilah seorang yang optimist, sesungguhnya keberanian menghadapi kesukaran itu satu cara untuk kekal optimist.... 
Good luck for my you dear...

Selamat Menempuh UPSR



Setiapkali peperiksaan tiba maka setiap kali itu ibubapa mengharapkan agar dipermudahkan anak-anak mereka serta bakal mendapat keputusan cemerlang. Bagi anak-anak yang bakal menduduki UPSR selamat menduduki peperiksaan. Ingatlah ini hanya anak tangga pertama dalam menempuh perjalanan akademik. Masih banyak anak tangga yang bakal didaki. Sentiasalah membekalkan diri dengan azam dan doa agar berjaya cemerlang dunia dan akhirat.

Monday, September 10, 2012

Langkah ke Puncak Jaya

Terasa beribu tangga telah ku daki
Penat dan lelah sering berganti
Terdetik dihati mahu berhenti seketika
Melepas lelah mengesat keringat
Tertanya diminda
Apa masih jauh menuju puncak
Semangat yang berbaki cuma
Mampukah aku
Meneruskan langkah
Bolehkah menggapai awan
Menyentuh pelangi di puncak sana
Sungguh kesukaran dan cabaran
Mendaki tangga demi tangga
Tiada daya tiada upaya
Tanpa kudrat dari Dia
Ku mohon Ya Rabb
Kekuatan dan kesabaran
Ke garis penamat
Nun di puncak jaya
Ameen

Nukilan
Ummu Ieman Ihsan

Sent from my BlackBerry® wireless device via Celcom Mobile.

Friday, September 7, 2012

JIKA BERKALAU


Jika masa itu mampu ku ubah
kembali semula  ke masa lampau
sudah pasti
ia tidak akan jadi begini
Andai keadaan itu tidak berlaku
sudah pasti
ia tidak jadi begini
Andai peristiwa itu tidak berlaku
sudah pasti
ia kejadian itu tidak berlaku
Bolehkah berandaian
Kenapa mahu berkalau
Yang berlaku pasti berlaku
Perkara terjadi akan terjadi
Jangan lagi berfikir perkara yang lepas
Mari renungi apa yang akan datang
Agar kita mampu mengubahnya...

Nukilan:
Ummu Ieman Ihsan

Sifat Bias atau Pilih kasih



Sebut perkataan 'bias' iaitu perkataan yang berasal dari Bahasa Inggeris iaitu bermaksud berat sebelah atau berprasangka terhadap seseorang . Bias lebih kepada perbuatan pilih kasih serta membawa kepada berlakunya ketidakadilan dalam sesuatu hal. Perkara ini sering terjadi sekelilig kita baik dalam suasan pekerjaan, keluarga, perhubungan serta pelbagai situasi.
Persoalanya mengapa seseorang itu perlu meletakkan sesuatu perkara itu dengan cara yang tidak adil? Adakah orang yang bersifat bias ini kerana dipengaruhi oleh inidividu lain atau kerana memang dia sendiri tidak boleh menilai dengan baik sesuatu perkara itu kerana ada kepentingan. Seringkali unsur bias ini membawa kepada kesan atau  impak yang amat besar kepada inidividu lain. Sebagai contoh seseorang guru bias kepada pelajarnya hanya kerana dia tidak suka pelajar tersebut. Ada juga ibubapa yang bias dalam memberi kasih sayang kepada anak-anaknya. Begitu juga bias berlaku di kalangan majikan dan juga sesama pekerja.

Sebagai inidividu Muslim kita sepatutnya mengelakkan diri dari bersikpa bias ini kerana adil itu dituntut dalam Islam. Seseorang yang tidak berlaku adil pasti akan dipersoal di akhirat nanti. Bagi yang menjadi mangsa kepada sifat ini, bersabarlah, ada hikmah disebaliknya. Orang yang bersikap bias itu sebenarnya menipu diri sendiri dan tidak mampu melihat secara telus mana yang baik dan buruk ,mana yang betul mana yang salah, mana kaca mana intan. Lambat laun Allah akan memperlihatkan... memetik kata-kata.. "the truth is prevail"..
Wallahuaalam

Thursday, September 6, 2012

CABARAN IBU BAPA DALAM MEMAHAMI KEHIDUPAN REMAJA

Meniti kehidupan remaja tidaklah mudah, kerana ada banyak cabaran yang harus dihadapi terutama cabaran emosi. Diperingkat ini, emosi remaja mudah tersentuh, sangat sensitif dan mudah dipengaruhi. Ramaja juga adakala sukar untuk difahami. Mereka seringkali akan memberontak bila keinginnan tidak dipenuhi. Selain itu mereka juga tercari-cari identiti diri. Maka sebab itu ramai yang terpengaruh dengan pelbagai gaya hidup baik dari segi pakaian mahupun tingkahlaku. Disebabkan itu juga mereka amat perlukan kepada idola atau ikon. Kebiasaanya mereka memilih ikon yang dekat dengan minat dan jiwa mereka. 

Membesarkan anak remaja bukan satu perkara mudah buat ibu bapa. Sebagai ibu atau ayah mereka seperti perlu menarik rambut di dalam tepung apabila berdepan anak-anak remaja. Ia seperti menarik tali yang tersimpul. Agar tidak tersimpul mata maka simpulannya perlu dibuka berhati-hati. Hari ini kita sering dihadapkan dengan pelbagai tingkahkalu remaja yang dilihat sebagai menentang arus budaya dan kehendak agama. Maka seringkali ibu bapa dipersalahkan kerana tidak pandai membentuk anak-anak menjadi terbaik.
Menjadi ibu bapa hari ini tidak sesukar menjadi ibu bapa pada zaman nenek moyang kita dulul. Hari ini tidak kita nafikan betapa media massa tidak mampu untuk dikawal oleh ibu bapa. Dunia internet seperti facebook, twitter dan pelbagai lagi saluran banyak mendedahkan remaja kepada cara hidup yang songsang. Walhal pada peringkat awal mereka dididik dan di asuh dengan baik oleh kedua ibubapa. Namun kerana mudah terpengaruh maka apabila meningkat remaja mereka mula berubah. Perubahan ini seiring dengan berubahnya persekitaran dan cara hidup yang sekatang ini lebih menilai material dibanding yang lainnnya.

Bagi yang bergelar remaja. gunalah saat dan masa ini untuk sesuatu yang manfaat. Carilah diri dengan berbekalkan ilmu agam. Kukuhkan aqidah yang sebenar sebagai senjata menangkis pengaruh yang tidak baik disekeliling anda. Manakala unutk ibu bapa, sempurnakan diri agar kita mampu menjadi model dan ikon kepada anak-anak kita. Agar satu masa kita tidak dikata "umpama ketam mengajar anaknya berjalan"
Wallahuaalam

Wednesday, September 5, 2012

Membangun Jiwa Merdeka


Menyambut ulangtahun kemerdekaan dan membangun jiwa merdeka adalah dua hal yang saling berkaitan. Ulangtahun kemerdekaan mengajak kita mengingati kembali sejarah perjuangan kemerdekaan, termeterinya perlembagaan dan membebaskan kita dari belenggu penjajahan.

Membangun jiwa merdeka adalah sifatnya sepanjang zaman. Di awal kemerdekaan kebencian kita kepada penjajah amat luar biasa. Tetapi selepas merdeka kekaguman kita kepada ilmu Barat dan kemajuan orang-orang Barat agak luar biasa juga sifatnya.

Membangun jiwa merdeka memberi erti bagaimana pembebasan belenggu pemikiran Barat supaya kita mampu membangunkan negara merdeka berasaskan Acuan Kita Sendiri. Jiwa merdeka tidak menolak menfaat berbanding dalam ilmu dan ketrampilan masyarakat Barat dan Timur tetapi harus mampu membangun negara sendiri berasaskan nilai-nilai dan etika yang dapat diterima oleh semua.

Membangun jiwa merdeka mesti bermula dengan membangun pemikiran terlebih dahulu. Umat Islam umpamanya sering mengalami sindrom penjajahan pemikiran ( al qhazwul fikr) termasuk di negara kita. Walaupun penjajah telah lama pergi tetapi pendewaan terhadap bahasa penjajah, model pentadbiran penjajah dan sistem ekonomi dan gaya hidup penjajah menjadi ukuran untuk maju dan membangun.

Dalam masyarakat Malaysia yang merdeka asas-asas ketamadunan di kalangan masyarakat sama didukung oleh prinsip agama atau pedoman tamadun, budaya dan tradisi harus mampu diolah supaya landasan perubahan berasaskan Acuan Kita dijadikan landasan memberikan imej dan jatidiri baru supaya makna kemerdekaan itu dikecapi.
 
Dalam tradisi yang mendukung tamadun Islam umpamanya faktor rahmah alamiah dijadikan pedoman bagaimana umat manusia mampu membebaskan diri dari belenggu kejahilan berasaskan nilai dan etika yang sifatnya sejagat. Islam dan tamadunnya bukan hanya untuk orang Islam saja.

Tamadun Andalusia umpamanya menjadi sumber penting bagi Eropah membebaskan diri mereka dari belenggu kejahilan dan zaman kegelapan. Ilmu Islam yang disuluh oleh al Quran menjadikan fikir dan zikir jalan seiring, menjadikan akal dan budi sepadu dan menjadikan hasil pemikiran dan wahyu jalan bersama.Kalau tidak masakan Andalusia mampu bertahan lebih 700 tahun. Asas ilmu Islam ini jugalah yang meletakkan Eropah maju sehingga ke hari ini.

Membebaskan belenggu kejahilan umat Islam kini memerlukan pemerkasaan ilmu kembali. Bersikap reflektif terhadap tamadun silam Islami amat dituntut. Bersikap nostalgik semata-mata terhadap kejayaan silam hanya menjadikan kita pengkagum yang lesu. Tetapi sikap reflektif terhadap faktor-faktor kejayaan silam dan mengambil iktibar dari jatuh-bangun tamadun membawa kita merenung kembali dengan rasa insaf yang tinggi tanpa ilmu dan penguasaan teknologi pada hari ini kita akan terus dijajah dalam bentuknya yang baru.

Penjajahan bentuk baru boleh mengambil bentuknya yang pelbagai. Ada penjajahan yang bentuknya sains dan teknologi. Ada penjajahan yang bentuknya menguasai sumber dan sistem maklumat. Ada penjajahan yang bentuknya kebudayaan popular dan hiburan yang melampau. Dan ada penjajahan dalam bentuknya pola gay dan lesbian , biseksual, transseksual(LGBT) yang membenarkan seks bebas berkembang tanpa bendungan.

Membangun jiwa mereka pastinya dengan dukungan ketamadunan berasaskan ilmu dan binaan sahsiah yang baik.
Tanpa kekuatan ini manusia akan terus dalam pencarian diri dan pencarian sistem yang fitrahnya amat utama untuk membangun diri manusia dan kemanusiaan.

Islam dalam bentuk kesilaman melakukan integrasi ilmu supaya ulum naqliah (wahyu) dan ulum akliah (pemikiran) dapat ditemukan dalam nilai dan etika yang sifatnya mendukung kemajuan. Hari ini manusia sedang tercari-cari makna kemerdekaan itu. Apakah kemerdekaan memberi erti hidup yang lebih bebas tanpa pedoman hukum dan syariat sehingga yang hak dan batil bercampur, makruf dan mungkar saling mengukuh dan yang benar dan salah menjadi kabur.

Justeru membangun jiwa merdeka dengan merintis jalan perhambaan terhadap benda dan kebendaan sekiranya kebendaan menjadi metlamat hidup manusia. Sikap nafsu nafsi yang haiwani bukanlah landasan yang baik bagi menyuburkan jiwa merdeka ini. Melainkan manusia kembali kepada dirinya yang fitrah supaya rahmah dan nikmah Allah disyukuri dan hubungan baik sesama insan dijadikan metlamat kehidupan.
 
Kembalinya manusia kepada aqidah tauhid adalah jalan terbaik menemukan diri dengan Allah. Inilah sebenarnya rukun kemerdekaan yang paling unggul bagi manusia kerana bila manusia merasakan dirinya hamba dan Pencipta itu adalah Khaliq maka barulah manusia mampu memiliki jiwa kehambaan yang tinggi mendukung maksud taat, patuh, akur dan tunduk.
Itulah namanya kemerdekaan jiwa insan.

Oleh Prof.Datuk Dr. Sidek Baba