Sesungguhnya peringatan itu memberi manfaat kepada mukmin

"Sesungguhnya Allah telah membeli daripada orang-orang yang beriman (mukmin), jiwa dan harta benda mereka dengan memberikan syurga kepada mereka, disebabkan mereka berjuang di jalan Allah, …. Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan dan itulah kemenangan yang seagung-agungnya". (At-Taubah: 111)

Perjalanan kehidupan seseorang menuntut kepada suatu perjuangan yang terkandung didalamnya nilai pengorbanan. Seseorang pejuang sudah pasti mengimpikan suatu kejayaan yang memerlukan pengorbanan. Seiring dengan pengorbanan itu sudah pasti perlukan ketabahan, keyakinan, semangat dan matlamat kejayaan yang jelas dan jitu demi memastikan kejayaan yang dimiliki akan membuahkan kebahagiaan kepada si pejuang. Sesungguhnya kehidupan adalah memberi bukan sekadar menerima...ia juga untuk dimanfaatkan sebagai bekalan kehidupan abadi.

“Ya Allah, ampunilah kesalahanku, kebodohanku, sikapku yang melampaui batas dalam urusanku, dan semua dosaku yang Engkau lebih mengetahui mengenainya daripada diriku sendiri. Ya Allah, ampunilah kesungguhanku, kelalaianku, kesalahanku dan kesengajaanku yang semua itu ada pada diriku.” (Hadis riwayat Imam Al-Bukhari dan Muslim)

Saturday, September 29, 2012

Merawat Rasa Putus Asa dan Kecewa


Kenapa kita gagal? Salah satu sebab kerana kita meletakkan harapan kepada manusia dan tidak pada Allah. Kita sering gagal kerana kita menagih kasih manusia mengatasi kasih dan kecintaan kita kepada Allah.

Dek kerana itu kita sering bertemu dengan kekecewaan silih berganti.Punca kekecewaan kerana kasih sayang itu diharapkan dari yang bergelar makhluk. Contoh seseorang yang amat menyintai seseorang apabila ditinggalkan maka dia kecewa.merana putus asa dan pelbagai lagi kesan negatif memberi kesan pada dirinya.Padahal jika dia meletakkan kasih sayang kepada makhluk itu kerana Allah maka dia tidak akan kecewa dan putus asa. Kerana apa? Kerana hakikatnya cinta kepada makhluk itu tidak kekal.Makhluk itu banyak kelemahan.
Oleh itu bagi pembaca yang saat ini amat kecewa,harapan musnah,putus asa dan sebagainya, cuba tanya diri sendiri sejauh mana anda kasih dan cinta kepada Allah. Sejauh mana keyakinan dan rasa kebergantungan anda kepadaNya.Jika anda berjaya meletakkan cinta dan kasih kepada Allah mengatasi segalanya maka tiada istilah gagal dalam percintaan sesama makhluk.Percayalah Allah tahu apa yang terbaik untuk kita.
Wallahuaalam 

No comments:

Post a Comment