Sesungguhnya peringatan itu memberi manfaat kepada mukmin

"Sesungguhnya Allah telah membeli daripada orang-orang yang beriman (mukmin), jiwa dan harta benda mereka dengan memberikan syurga kepada mereka, disebabkan mereka berjuang di jalan Allah, …. Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan dan itulah kemenangan yang seagung-agungnya". (At-Taubah: 111)

Perjalanan kehidupan seseorang menuntut kepada suatu perjuangan yang terkandung didalamnya nilai pengorbanan. Seseorang pejuang sudah pasti mengimpikan suatu kejayaan yang memerlukan pengorbanan. Seiring dengan pengorbanan itu sudah pasti perlukan ketabahan, keyakinan, semangat dan matlamat kejayaan yang jelas dan jitu demi memastikan kejayaan yang dimiliki akan membuahkan kebahagiaan kepada si pejuang. Sesungguhnya kehidupan adalah memberi bukan sekadar menerima...ia juga untuk dimanfaatkan sebagai bekalan kehidupan abadi.

“Ya Allah, ampunilah kesalahanku, kebodohanku, sikapku yang melampaui batas dalam urusanku, dan semua dosaku yang Engkau lebih mengetahui mengenainya daripada diriku sendiri. Ya Allah, ampunilah kesungguhanku, kelalaianku, kesalahanku dan kesengajaanku yang semua itu ada pada diriku.” (Hadis riwayat Imam Al-Bukhari dan Muslim)

Thursday, September 13, 2012

GURU ADALAH IKON : TERIMAKASIH "CIKGU"

Sungguh bagai dikata, guru itu bersifat mulia andai dia kenal siapa dirinya dan tahu apa tugas dan tanggungjawabnya. Pengalaman ini sungguh manis untuk saya kongsikan pada pembaca setelah diri seringkali diuji dengan kerenah manusia sekelilimg kita yang pelbagai ragamnya. Saya kira kalian pembaca juga berhadapan perkara yang sama seperti saya. 


Bercerita tentang tugas dan tanggungjawab guru akan menjadi hangat dan panas apabila tibanya musim peperiksaan atau keluarnya result/keputusan peperiksaan. Pelbagai andaian akan dibuat serta banyak komen/kritikan negatif dan positif akan diberikan kepada yang memegang profession GURU. 
Pengalaman menjadi guru banyak mengajar diri sendiri. Bahkan pengalaman yang lebih mengajar dan membina diri adalah pengalaman jatuh bangun saat diri bergelar pelajar. Saya kira bagi guru-guru yang menghayati perjalanan sebagai pelajar boleh dilihat daripada bagaimana dia melayan kita sebagai muridnya. Jika gurunya melayan dirinya dengan cara yang negatif, penuh dengan sifat-sifat kekerasan atau ketegasan dan sebagainya (yang sering digambarkan seperti baling buku, mengherdik dll). Maka itu terpulang kepada dirinya sama ada dia mahu bersikap sebegitu atau sebaliknya akan menggunaka pendekatan yang lebih berbeza setelah dirnya pula bergelar guru.  
Sikap serta nilai inilah yang bakal menentukan bagaimana seseorang guru itu menampilkan dirnya pada mata masyarakat atau berhadapan dengan pelajarnya. Ini bukan semata tertakluk kepada guru di sekolah tetapi ia juga boleh diperhatikan di peringkat yang lebih tinggi sperti universiti. Banyak pengalaman dikongsikan tentang bagaimana layanan pensyarah kepada pelajar-pelajar. Ada yang kerana mereka dulu dilayang dengan penuh ketegasan maka begitu juga mereka melayan pelajar mereka. Tetapi ada yang menjadikan pengalaman itu sebagai sesuatu pengajaran buat mereka dan tidak mahu mengulangi perkara yang sama maka mereka memilih pendekatan yang berbeza.

Pengalaman sendiri bagaimana saya dilayani oleh segelintir pensyarah maka apabila saya sendiri bergelar pensyarah saya menggunakan pendekatan yang berbeza. Sebenarnya corak atau pendekatan ini banyak saya belajar dari insan yang amat saya kagumi sifat serta imej dirinya iaitu tak lain bekas pensyarah saya iaitu Prof.Datuk Dr Sidek Baba. Beliau menjadi IKON  guru yang sejati yang banyak meneladani kehidupan saya. Cara beliau mendekati pelajar amat berbeza. Bagi yang mengenali beliau pasti amat kenal dan tahu bagaimana berhemahnya beliau dalam melayani pelajar-pelajarnya. 
Lebih gemar dipanggil Cikgu, beliau tiada protokol tertentu, biar sesibuk manapun tugasan beliau akan melayan kita dan akan menjawab panggilan kita andai ia tidak berkesempatan dijawab. Paling saya hormat adalah beliau boleh menyimpan nombor telefon pelajar-pelajarnya. Ada segelintir pensyarah tidak menyimpan no hp pelajar kerana siapalah pelajar tersebut pada mereka. Pelajar yang perlukan guru bukan guru perlukan pelajar. 

Saya ingat lagi waktu yang sama beberapa tahun dulu saya menghubungi dua orang pensyarah serentak (berbeza minit sahaja), namun salah seorangnya tidak membalas atau memberi apa-apa pesanan kepada saya walau berkali saya call dan sms. Namun berbeza dengan Prof Sidek, biarpun tidak menjawab panggilan tersebut namun dia tetap membalas dengan sms " Maaf, Cikgu berada di luar negara, nanti bila Cikgu balik hubungi Cikgu semula ya.."Walhal saya sudah bertahun sebelumnya mengikuti kelas dengan Prof Sidek tetapi dia tetap melayani saya sebagaimana yang sepatutnya dia rasakan.
Hari in satu hari yang bersejarah dan memberi satu lagi momen indah buat saya yang membuktikan bahawa Cikgu atau Prof Sidek Baba telah memberikan contoh teladan yang baik buat diri saya dalam mengendalikan sesuatu perkatra tanpa perlu melalui protokol-protokol tertentu sebagaimana orang lain. Entah kenapa pagi ini tiba-tiba saya seperti disentap untuk mengubah fikiran mahu Prof Sidek Baba menulis prakata untuk buku terbaru saya KOMPAS KEHIDUPAN yang bakal dilancarkan oleh Rektor UIA pada 22 hb nanti. Lalu seberapa segera saya menghubungi beliau kerana masanya sudah dipenghujung unutk saya serahkan kepada editor. 

Namun panggilan itu tidak berjawab saya sedikit hampa. Tetapi tidak sampai seminit telefon saya berdering. melihat nama tertera hati saya berbunga. Lalu saya angkat dan memberi salam, tujuan saya menelefon itu saya jelaskan kepada Prof Sidek.. Beliau memaklumkan bahawa beliau berada di airport KLIA dan sedang menunggu untuk ke Uzbekistan. Memang ia seperti dikata, saya mendengar sayup-sayup dihujung corong suasana airport. " Bila Cikgu balik? Pantas saya bertanya. "Cikgu balik 22hb" jawab beliau. Seperti tahu betapa kecewanya saya kerana sejak buku yang pertama 3i dulu saya memang inginkan beliau menulis prakata untuk saya. " Tidak mengapa Sakinah, awak boleh tulis sekarang Cikgu sebutkan butir-butirnya.. " MasyaAllah terkesima saya, lalu pantas jari saya mencari pen dan kertas. Prof Sidek lancar memberikan bait demi bait butiran kata-kata hikmahnya. Dipenghujungnya dia bertanya. "Sudah cukup?" Ya Cikgu ,Jazakallah" Hati seperti mahu menjeritkan ucapan itu dengan penuh rasa terhutang budi. " Baik Cikgu sudah mahu berangkat, ini seperti satub rekod ye ( merujuk kepada perbualan kami di telefon menulis prakata) nanti berikan satu naskah untuk Cikgu ye." Katanya. Saya mejawab dengan terharu "Baik Cikgu Selamat Jalan, salam saya untuk Datin Kak Ani"...
Apa yang tersurat dan tersirat dari kisah ini teramat banyak bagi yang mahu mengambil iktibar darinya. Pilihan kita mahu menjadi guru yang bagaimana, pendekatan/cara apa? Adakah mahu mendabik dada dengan pangkat dan ilmu yang dimiliki, atau perlukah terlalu membawa protokol-protokol tertentu bila berdepan dengan pelajar. Saya amat percaya tidak semua pelajar akan "naik toncang" apabila guru melayani dengan baik. Percayalah, kata-kata yang sering saya sebut... KITA ADALAH APA YANG KITA BERI DALAM KEHIDUPAN KITA..

Tulisan ini saya dedikasikan buat semua guru-guru yang telah mendidik saya dan menjadikan saya sebagaimana saya hari ini. 
TERIMA KASIH CIKGU, JASA MU DIKENANG

"berburu dipadang datar, dapat rusa berbelang kaki, berguru kepalang ajar, 
ibarat bunga kembang tak jadi"   

Wallahuaalam

No comments:

Post a Comment