Sesungguhnya peringatan itu memberi manfaat kepada mukmin

"Sesungguhnya Allah telah membeli daripada orang-orang yang beriman (mukmin), jiwa dan harta benda mereka dengan memberikan syurga kepada mereka, disebabkan mereka berjuang di jalan Allah, …. Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan dan itulah kemenangan yang seagung-agungnya". (At-Taubah: 111)

Perjalanan kehidupan seseorang menuntut kepada suatu perjuangan yang terkandung didalamnya nilai pengorbanan. Seseorang pejuang sudah pasti mengimpikan suatu kejayaan yang memerlukan pengorbanan. Seiring dengan pengorbanan itu sudah pasti perlukan ketabahan, keyakinan, semangat dan matlamat kejayaan yang jelas dan jitu demi memastikan kejayaan yang dimiliki akan membuahkan kebahagiaan kepada si pejuang. Sesungguhnya kehidupan adalah memberi bukan sekadar menerima...ia juga untuk dimanfaatkan sebagai bekalan kehidupan abadi.

“Ya Allah, ampunilah kesalahanku, kebodohanku, sikapku yang melampaui batas dalam urusanku, dan semua dosaku yang Engkau lebih mengetahui mengenainya daripada diriku sendiri. Ya Allah, ampunilah kesungguhanku, kelalaianku, kesalahanku dan kesengajaanku yang semua itu ada pada diriku.” (Hadis riwayat Imam Al-Bukhari dan Muslim)

Tuesday, September 4, 2012

Motivasi 3i: Menjaga Aurat


Hari ini saya ingin berkongsi kisah seorang sahabat yang saya kenali yang mana perubahan dirinya itu membuatkan perasaan saya gembira tidak terkata. Sungguh benar bahawa hidayah itu milik Allah. Beliau sudah berusia dan anak-anak juga sudah membesar. Boleh dikatakan beliau bertuah kerana mempunyai anak yang kesemuanya baik-baik belaka. Sifat ramah beliau serta prihatin menyebabkan beliau disukai oleh jiran-jiran.

Saya mengenali beliau di kedai dobi, dek kerana berada dalam satu taman dari situ kami berkenalan, hinggalah beliau banyak berkongsi dan sering bertanyakan pendapat tentang pelbagai permasalahan. Beliau meman tidak bertudung, bahkan sentiasa memakai seluar ketat serta baju yang sendat. Namun saya tidak pernah melabel beliau bahkan sering berdoa agar Allah memberinya hidayah. Adakala kita tidak mampu untuk menasihati secara direct namun apa yang saya lakukan adalah berbaik-baik dengan beliau dan mendengar segala keluhan berkait kehidupan.

Apabila buku 10 Tokoh diterbitkan, saya memberinya buku tersebit unutk dibaca. Selang beberapa minggu saya tereserempak dengan beliau yang sudah bertudung. Terkejut dengan perubahan itu lalu saya ucapkan tahniah dan mendoakan agar beliau istiqamah dalam menjaga syariat Allah. Menurut beliau apabila membaca buku tersebut ia menyuntik kesedaran dan kekuatan untuknya memulakan langkah bertudung.

Syukur kepada Allah yang membuka pintu-pintu hati hambanya unutk berhijrah. Realitinya semuah tahu kewajipan bertudung dan menutup aurat cuma mereka ini tidak punya kekuatan dan kesungguhan. Namun bila hidayah Allah sudah diperoleh maka jalannya akan mudah. Bagi yang beralasan "konon"nya belum sampai seru, percayalah seruan itu sudah ada cuma tanya iman kita bila mahu berubah dan memulakan. Moga kita semua diberi hidayah dan dikekalkan dalam iman oleh Allah dalam mengerjakan perkara kebaikan.

Wallahuaalam

No comments:

Post a Comment